Tuesday, February 01, 2005

Atas permintaan Ahmad, ana letakkan di sini Edisi Jiwang Islami minggu ini. Tulisan adalah karya sahabat ana ukhti Rieskaa (dari Indonesia sekarang berada di Jepang/Jepun).

Puzzle 15
Edisi Jiwang Islami

Satu hari, perempuan itu termenung, ketika salah seorang mbak mengingatkannya akan sebuah kesempatan emas yang ada dengan memiliki seorang suami seperti lelaki itu.

Dahulu, ia ingat, pada jelang pagi, saat mereka berdua selesai mengerjakan sholat malam-satu-satunya sholat dimana mereka bisa rutin berjamaah karena lelaki itu lebih sering berjamaah di masjid pada waktu sholat yang lain-perempuan itu mencium tangan lelaki itu dan mengenggamnya lebih lama dari biasa.

Sambil menatap sepenuh hati, pelan ia berkata,
"Kaka tahu, makna peristiwa saat aku mencium tangan kaka untuk pertama kalinya?

Lelaki itu memandangnya heran, lalu menggeleng pelan, menanti jawaban.

"Maknanya adalah, sejak saat itu aku azzamkan pada diriku untuk mengoptimalkan semua yang aku punya untuk jadi istri orang yang aku cium tangannya. Meskipun banyak yang lebih ganteng, lebih tinggi, lebih cakep, lebih baik, lebih soleh dari dia, dia tetap yang terbaik buat aku. Karena aku yakin bahwa lelaki ini lah yang Allah pilihkan buat aku. Dan apa yang berasal dari sisiNya senantiasa yang terbaik buat aku. Lelaki itu adalah kaka.

**
Kiriman yang terbaik.

Berulang-ulang ia katakan itu pada dirinya. Benar sekali, bahwa banyak orang yang hadir dalam hidupnya, dan dirasakannya lebih baik. Entah itu lebih cakep, baik, sholeh, banyak hapalan, banyak amalnya, banyak ibadahnya, pemurahnya, atau kesediaannya untuk menolong kala perempuan itu memerlukan pertolongan, dll. Segala kebaikan yang berlebih dibanding lelaki yang baru dikenalnya itu.

Tapi kesyukuran selalu dibisikkan pada hatinya. Kiriman terbaik dariNya. Saat kemuadian diingatkan lagi, ia makin bersyukur. Apalagi bila mengingat banyak kebaikan juga yang diterimanya dari lelaki itu.

Kekurangan pada pasangan, adalah karunia dan ujian kesabaran serta ladang untuk membantu menyempurnakan.

Kebaikan pada pasangan pun, adalah karunia dan ujian kesyukuran serta ladang untuk menimba ilmu.

Apapun yang mereka punya pada awalnya, adalah modal untuk saling menyempurnakan, saling menjadi nikmat bagi yang lain. Agar akhir nanti, sempurnalah pengabdian padaNya.

**semoga senantiasa mampu mensyukuri kiriman terbaikNya, aamiin**

Tuesday, January 25, 2005

Box

Orang tua tua selalu nasihat, jangan jadi seperti katak di bawah tempurung. Kawan saya pula menambah, katak takpe duduk bawah tempurung .. dia ada reason dia. Tapi kalau manusia duduk bawah tempurung memang bermasalah lah tu.

Semua orang tinggal dalam kotaknya yang tersendiri. Minda dia terperangkap dalam sebuah box. Besar atau kecilnya box tersebut bergantung pada individu tersebut. Dari segi time dimension ..

Mmm .. mak panggil suruh siap siap nak keluar .. sambung nanti la ye.


Monday, January 24, 2005

Nurul Izzati

Memang sejak 2002 lagi aku tak pernah berpeluang untuk lihat wajah Nurul Izzati. Dari mulut orang ramai, kata mereka Nurul Izzati ini memang wajahnya comel sangat. Pipi gebu putih melepak. Ikut emaknya kata adik aku.

Akhirnya pada hari Sabtu lepas, hari yang ditungu tunggu tiba. Hari aku akan dapat bersua dengan Nurul Izzati.

Memang pasti aku tidak dapat lupakan detik pertemuan pertama tersebut. Hati mulai berdebar-debar. Ku renung dari jauh, ini rupanya Nurul Izzati. Memang sah lah kata kata orang ramai, wajahnya memang comel sangat.

Sebaik sahaja terpandang wajahku matanya tak berkedip, bebola matanya membesar. Lebih kurang lima saat dia terkasima begitu. Kemudian perlahan lahan wajahnya berubah. "Mamaaaaa! Mamaaaa!!!". Dia mula menangis dan berlari ke ibunya.

*Hampeh*.

Ahhh .. perlahan lahan aku keluarkan sedikit gula gula yang aku bawa dari negara yang mempunyai empat musim. "Meh meh dekat Abang Faiz meh .. nah coklat ngan gula gula." Terdengar saja perkataan 'coklat dan gula gula', Nurul Izzati berhenti menangis dan mengintai Abang Faiz nya dari belakang ibunya. "Pi lah, Abang Faiz nak kasi hang coklat tu", ujar Makcik Intan.

Dengan muka yang MTM (malu tapi mau), dia berjalan segan segan ke arah Abang Faiz. Dihulurkan tangannya yang mungil. "Haa .. cakap apa?" kata Makcik Intan pada sepupuku. "Mekaciiihh", kata Izzati manja. Aihh .. bagi coklat terus jadi baik budak ni. Hatiku tersenyum sendirian.


Aku terfikir : SubhanAllah, adakah semua orang boleh untuk kita gula-gulakan?
Edisi Jiwang Islami
Warkah Ukhti Islam


Akhi fi Al Islam,

Sebelum pena mula menari merencana apa yang ditulis ,ana doakan agar helaian ini jauh dari fitnah syaitan laknatullah apatah lagi dari murka Allah swt. Alhamdulillah ana di beri kekuatan oleh Allah swt untuk menulis helaian ini. Semoga apa yang ingin disampaikan nanti akan dipermudahkan oleh Allah swt untuk mudah di fahami dan tidak disalah ertikan. Semoga dengan berkat pimpinan Allah swt segalanya akan berjalan mengikut kehendakNya dengan lancar.

Akhi,

Walaupun terasa sangat berat untuk meluahkan apa yang terbuku di hati namun dengan izin Allah swt setelah melakukan isthikharah (subhanallah..moga ianya bukan riak), ana yakin ini adalah lintasan yang benar dan dipandu dengan petunjuk Allah swt untuk mai menyatakan apa sebenar yang terbuku di lubuk hati ini.

Setelah agak lama tiada khabar berita, namun bukan beerti ana cuba berlagak sombong atau bangga diri terhadap akhi apatah lagi mempunyai niat untuk menyakiti hati akhi, . sepanjang ukhwah yang terjalin ini, ana telah cuba untuk berlaku seadilnya sebagai seorang sahabat yang baik untuk semua namun apakan daya bukan hasrat setiap orang dapat kita penuhi. Mengertilah bahawa setiap kita mempunyai banyak tugasan yang melampaui masa yang ada dan kadang-kadang menuntut kita untuk mengorban sesetengahnya. Benarlah kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna bahawa ‘kewajipan yang menuntut dari kamu lebih banyak dari masa yang kamu ada untuk menunaikannya’. Walaubagaimanapun mengertilah ianya mempunyai tafsiran yang berbeza bagi ana, ana cuba untuk menenangkan fikiran supaya berfikir secara rasional setelah apa yang terjadi di samping cuba mencari jalan keluar dengan petunjuk Allah swt. Semoga jalan yang dipilih ini sentiasa di bawah petunjuk Ilahi Rabbul Izzati bukannya dipandu dengan panahan anak panah iblis yang dilaknat Allah swt, nauzubillah.

Sesungguhnya apa yang berlaku benar-benar memerlukan pengorbanan untuk dilakukan. Segala perlakuan dan tutur bicara akhi telah membuatkan ana berfikir dan sel-sel neuron ini makin pantas rasanya merangsang perjalanan pemikiran ini, sejauh mana keikhlasan kita dalam menjalinkan ukhwah persahabatan yang suci kerana Allah swt? Tapi kenapa perlu kita berjumpa? Kenapa perlu sms selalu? Kenapa perlu miss call selalu? Kenapa perlu dengar suara? Subhanallah. Kadang-kadang perasaan yang hadir dalam diri kita turut hadir perasaan halus yang berajakan nafsu syaitan yang bisa merasuk ke dalam diri tanpa kita sedari natijahnya. Apa yang ana dambakan adalah ukhwah yang indah bersama cinta Ilahi. Subhanallah..Jangan biarkan ukhwah kita ini dicemari dengan nafsu berajakan syaitan laknatullah Maafkan ana sekiranya kata-kata ini melukakan hati.

‘enti meragui keikhlasan dan kejujuran ana terhadap enti ke?’

Memang ana berhak meragui akhi sebab akhi adalah orang asing dalam hidup ana, bukannya terdiri dari ahli keluarga ana. Sejak kecil asuhan dan didikan dari keluarga ana tersemat kemas dalam jati diri ini. Alhamdulillah pengajaran agama telah diterapkan untuk lebih mempercayai ahli keluarga sendiri lebih dari orang lain. Ibu adalah insan pertama menjadi orang yang kita percayai sebelum orang lain. Jadi tidak salah bagi ana meragui orang yang di luar rumah kami. Sememangnya kita tidak boleh menilai seseorang dari luaran sahaja malahan yang lebih penting lagi adalah dalaman insani yang menjadi tunjang kepada akidah. ‘don’t judge the book by its cover’. Siapa tahu apa yang terbuku di hati? Dapatkah kita mengukur darjah keikhlasan seseorang? Apakah bukti yang tepat tanpa sebarang ralat dalam mengukur darjah keikhlasan seseorang? Bukanlah maksud ana untuk meragui keikhlasan akhi dalam menjalinkan ukhwah ini. Siapalah ana untuk menilai keikhlasan dan kejujuran akhi dalam menjalinkan ukhwah ini. Namun, siapalah diri kita menilai keikhlasan diri sendiri..hanya Allah swt yang tahu apa yang ada di dalam hati kita..Dia Maha Mengetahui. Darjah pangkat manusia di sisi Allah swt dinilai bukan dengan keihklasan namun berdasarkan ketaqwaan kepadaNya. Rugilah siapa yang mengabaikan tanggungjawab dan amanah yang besar ini. ‘hai orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah swt, nescaya Dia akan memberikan kepadamu Furqan dan menghapuskan segala kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar’ (al-Anfal:29)

‘Kenapa? ana sudah berusaha sedaya upaya untuk jadi yang terbaik dalam mencapai kejayaan ini. Ana berusaha untuk pergi overseas juga. Kita bakal menjadi doctor, entilah yang mendorong ana untuk berusaha sampai tahap ni. Ana berusaha untuk menjadi apa yang enti impikan.’

MasyaAllah. Astagfirullahalzim. Oh Allah swt hanya kepadaMu aku mengadu apa yang terbuku di hatiku. Kenapa mesti akhi niatkan macam tu? Kenapa mesti kerana ana untuk akhi menjadi seorang doctor. Kenapa akhi berusaha selama ini kerana impian ana? Kenapa akhi niat kerana ana. Subhanallah. Ya Allah swt, aku memohon keampunan dariMu ya Allah andai aku telah melalaikan khalifahMu di atas bumi ini. Ya Allah swt, aku memohon perlindungan dariMu agar memelihara diriku dari menjadi asbab kepada mujahidMu untuk lalai dalam melaksanakan ibadah keranaMu. Ana tak minta akhi buat semua tu kerana ana. Siapalah ana untuk menerima segala yang akhi lakukan. Ana tak minta dikasihi melebihi Pencipta ana, sesungguhnya hanya Allah swt yang berhak dikasihi melebihi segalanya. Sayangilah Dia yang menciptakan kita dari titisan yang hina hingga menjadi manusia yang sempurna segalanya menjadi khalifah di muka bumi Allah swt ini dengan memikul amanah yang berat untuk dilaksanakan kecuali yang beriman dan bertaqwa kepadanya. Akhi, pandanglah dengan pandangan yang hakiki hakikat kejadian manusia ciptaan Ilahi, seharusnya akhi mensyukuri hakikat ini dan cuba untuk melakukan sesuatu hanya kerana Allah bukan kerana makhluk ciptaanNya. Akhi, bukan ini yang ana pinta sepanjang ukhwah kita. Ana ingatkan akhi dah jelas perjuangan kita sebagai dai’e di bumi Allah swt ini. Lakukanlah sesuatu ikhlas hanya kerana Allah bukan kerana hambaNya. Siapalah ana untuk akhi lakukan sesuatu kerana ana, sesungguhnya Allah swt lebih berkuasa dalam menentukan sesuatu. Dia lebih berhak menerima segala-galanya. Pujian hanya untuk Allah swt Tuhan yang memiliki arasy yang Agung. Profesion yang kita tempuhi sekarang memerlukan pengorbanan yang tinggi dan merupakan kerjaya yang mulia jika diiringi dengan niat yang betul dan ikhlas kerana Allah yang Khaliq. Janganlah akhi membataskan perjalanan kerjaya ini kerana makhluk ciptaan Allah semata-mata sebaliknya lihatlah dalam konteks yang lebih meluas lagi. Sekiranya ini niat akhi untuk menjadi seorang doctor, alangkah ruginya diri akhi, perbaikilah dan perbetulkanlah niat akhi hanya kerana Yang Esa bukannya kerana ana. Subhanallah. Ya Allah swt, sesungguhnya aku meminta supaya diterangkan hati sahabatku ini dalam memperjuangkan agamaMu di bumi ini. Ya Allah, diri ini telah melalaikan khalifahMu. Astagfirullahalazim. Semoga dijauhkan dari fitnah syaitan laknatullah.

‘Berilah ana peluang untuk menjelaskan semuanya Ana ikhlas nak mengenali enti. berilah peluang untuk ana mengenali enti boleh kita jumpa untuk lebih mengenali ?’

Subhanallah. Tidak cukupkah selama ini perkenalan kita. Untuk apa lebih mengenali? Untuk membuka ruang kepada syaitan untuk memasuki lubang-lubang kelemahan dalam diri kita. Tidak ingatkah akhi, hadis rasulluh saw ‘ apabila berduaan wanita dan lelaki, yang ketiganya adalah syaitan’. Tidak takutkah akhi mengenali dengan lebih dekat seorang wanita bakal menimbulkan fitnah kelak. Rasullullah saw pernah bersabda sebelum Baginda wafat bahawa fitnah terbesar pada akhir zaman adalah dari golongan hawa. Subhanallah.semoga Allah swt memelihara diriku yang lemah ini dari panahan bisikan syaitan laknatullah. Bukan prinsip ana untuk keluar dengan lelaki bukan mahram untuk saling lebih mengenali. Ukhwah yang terjalin ni pun sudah dikira anugerah Allah swt. Sepatutnya kita menghargai anugerah ini. Sudah berapa kali akhi solat sujud syukur dengan pertemuan ini? Berapa banyak tasbih telah dipanjatkan kesyukuran kepada Allah akan ikatan persahabatan ini? Subhanallah. Adik akhi adalah kawan ana, ana hargai ukhwah ini pun kerana kawan ana. Sungguh janggal bagi ana untuk mengenali lelaki lain dalam hidup ana memandangkan kawan lelaki ana hanyalah kawan sewaktu sekolah rendah. Apabila memasuki sekolah menengah, ana berpeluang ke sekolah semua perempuan di kelantan. Alhamdulillah penekanan agamanya adalah praktikal di sana. Tambah-tambah lagi di negeri kelantan yang memang di kenali sebagai pengamalan agama yang lebih praktikal dan sekolah kami juga adalah salah sebuah sbp di pantai timur. Syukur sangat-sangat dan ustaz dan ustazahnya juga sangat baik. Kurang-kurang sudah terlepas satu halangan aurat dengan lelaki pada masa tu.Untuk apa pertemuan yang akan menimbulkan fitnah dan melalaikan kita dari Allah swt.

‘wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa serta bersuku-suku, supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah swt ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu’ (al-Hujurat:13)

Astagfirullah, ya Allah swt jauhilah diriku dari menjadi punca fitnah kepada hambaMu yang lain. Ya Allah swt sesungguhnya aku memohon perlindungan dariMu kuatkanlah iman dan ketaqwaan kepadaMu dalam menempuh dugaan ini dan yang akan datang. Hijabkanlah diriku dengan perkara yang mendatangkan kemurkaanMu. Sesungguhnya aku memohon rahmat dan barakah dariMu wahai Tuhan yang Maha Penyayang dan Pengasih.

Akhi,

Selagi ana belum walimah, my parents adalah yang paling berhak ke atas diri ana. Apapun keputusan yang ana ambil kena minta persetujuan mereka. Restu mereka lebih penting dalam hidup ana untuk membuat sesuatu keputusan. Dahulukan ibu bapa ana kerana keputusan mereka adalah keputusan ana jua. insyaAllah restu mereka yang akan mengiringi kebahagian ana nanti. Sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Buat masa sekarang. tidak perlulah akhi mengumpul duit yang banyak untuk membawa ana ke mekah untuk menunaikan fardhu haji hanya kerana itu adalah impian ana bersama bakal zauj ana nanti, namun dahulukan ibu dan bapa akhi , bahagiakan mereka terlebih dahulu. Kebahagian mereka juga adalah kebahagian ana. Simpanlah duit akhi untuk berbakti kepada mereka bukan untuk diri ana. Bawalah mereka ke mekah untuk tunaikan fardhu haji terlebih dahulu. Janganlah menjadikan diri ana sebagai asbab untuk akhi tidak menjalankan tanggungjwab seorang anak yang soleh even selepas kahwin pun syurga akhi masih di bawah tapak kaki ibu akhi, restu ibu akhi yang lebih penting. Sebaliknya, bagi ana restu suami adalah paling utama setelah walimah. Kunci pintu syurga bagi wanita yang bersuami adalah suaminya. Ya Allah swt, kurniakan diriku suami yang soleh yang boleh memimpin diriku ke arah keredhaanMu. Sepertimana ana mengasihi dan menyayangi serta mencintai kedua ibu bapa ana, begitu jugalah tumpahnya kasih dan sayang ana pada bakal mentua nanti. insyaAllah. Semoga Allah menjadikan segalanya mengikut ketentuanNya. Jodoh dan pertemuan di tangan Allah swt. Yakinlah dengan Allah swt.

Akhi,

Di akhir kalam ini, ana ingin memohon maaf di atas keterlanjuran sepanjang ukhwah kita. Tidak perlulah bagi akhi untuk membalas helaian ini supaya ianya tidak menambah lagi noda-noda hitam dalam diri ana nanti. Cukuplah akhi mengetahui apa yang tersirat dalam hati ana ini. Semoga ukhwah yang didasari dengan cinta Allah ini akan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah swt. Yakinlah dengan janji Allah bahawa wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. insyaAllah sekiranya kita sama-sama menjaga batas-batas pergaulan yang dituntut syarak, jodoh kita akan soleh dan solehah. Sememangnya setiap muslimah mengimpikan muslim yang soleh sepertimana muslim mengimpikan wanita yang solehah dalam hidupnya. Begitu jua muslim yang mengimpikan wanita bak bidadari syurga yang akan memberikan syurga di dunia, tidak terkecuali dengan muslimah sejati yang mengimpikan mujahid Allah swt yang setia dan mampu membimbing dirinya ke jalan kebenaran, yang akan mengingatkan dirinya pada Rabbul Izzati tika keyakinan dirinya lemah, yang akan meyakinkan dirinya dengan janji Allah bahawa kemanisan iman sentiasa menaungi hati-hati yang bertaqwa, yang selalu menasihati dirinya ke arah kebaikan apabila dirinya melupakan atau meragui nikmat-nikmat Allah. Subhanallah. Sekiranya telah ditakdirkan ana untuk menerima cinta bakal suami ana nanti dan terbuka pintu hati ini untuk menerima dirinya, insyaAllah tanpa ragu-ragu akan diserahkan sepenuhnya cinta ini yang didasari dengan cinta kepada Ilahi. Jodoh dan pertemuan di tangan Allah swt, kita merancang dan Allah juga merancang namun perancangan yang terbaik yang lebih mengetahui apa yang bakal berlaku hanyalah dari Allah swt. Ana letakkan sepenuhnya kepercayaan ana kepada Allah swt untuk menentukan bakal zauj ana. Ana yakin dia adalah yang terbaik yang Allah swt jadikan untuk ana. insyaAllah ana akan berusaha untuk jadi isteri yang solehah bagi dirinya nanti kerana Allah telah menetapkannya. ‘dan diriku telah memilih dirinya untukku’. Harapnya akhi pun begitu juga. Semoga Allah mempermudahkan pertemuan dan jodoh kita nanti. Put your trust in Allah. Redha lah dengan ketetapan yang telah tetapkan oleh Allah swt. Sesungguhnya Dia adalah Yang Maha Mengetahui segalanya! Oh Allah swt, diriku telah meletakkan dan memberikan sepenuhnya hati ini kepadaMu untuk dilindungi dari sebarang kejahatan yang akan merosakkan kemulian hati ini. Oh Allah swt, andainya hati ini ingin Kau berikan kepada makhluk ciptaanMu, berikanlah kepada khalifahMu yang turut mencintaiMu supaya hatiku tidak pernah berhenti dari berzikir kepadaMu dan rahmatilah diriku dengan limpahan kasih sayangMu ya Allah swt.

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu... Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..... Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu.... Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.... Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...

....Amin.....

http://www.xanga.com/home.aspx?user=mysara
My choice of Web of the Week

Saturday, January 22, 2005

'Eid Mubarak

'Eid Mubarak!! Selamat Hari Raya Eid ul-Adha. Moga tadhiyyah kita meningkat dan berkadar terus dengan masa :)

Minta maaf lahir batin sebab kurang 'maya' sejak akhir akhir ni. Insha Allah dah dapat figure out the problem so lepas ni lebih broadband.

Moga ketemu bila ada kesempatan insha Allah.

- Faiz
019-6143-843 (nombor sementara)

Tuesday, January 04, 2005

Darjah demi darjah
.. zikir sebagai 'error compensation'.

Wajah hati menghadap Yang Esa
mudah amat terpaling dari Nya
bait-bait zikir usai solah
darjah demi darjah
hati kembali berkiblah.

Allahumma ya muqalliba al-qulub thabbit qulubana ya Allah.
"Janganlah Engkau Marah"


Tahun baru datang lagi. Apa azam tahun baru anda? Azam tahun lepas, tercapaikah? Walau apa pun, jangan ia tinggal azam sahaja. Jadikan ia mangkin untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan.

Apa kata tahun ini, kita kurangkan sifat marah.

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi s.a.w.: “Berilah wasiat kepadaku”. Sahut Nabi: “Janganlah engkau marah”. Kemudian lelaki itu mengulangi soalan sama berulang kali. Sabda Nabi: “Janganlah engkau marah”.
[Riwayat Bukhari]

Ringkas sahaja pesanan Nabi s.a.w., tetapi mempunyai kesan yang mendalam.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah kuat itu dengan bergusti. Tetapi kekuatan yang sejati ialah orang yang menguasai dirinya ketika sedang marah”.
[Riwayat Muslim]

Tersebut sebuah kisah antara Nabi Isa a.s. dan Nabi Yahya a.s.. Berkata Nabi Isa: “Saya akan mengajar engkau satu ilmu yang berguna iaitu; Jangan engkau marah!”. Nabi Yahya bertanya kembali: “Bagaimana caranya supaya saya tidak marah?”. Jawab Nabi Isa: “Bila ada orang yang mengatakan tentang kesalahan engkau, makakatakanlah itu sememangnya dosa yang saya tidak ingat dan kerananya saya minta keampunan Allah. Dan jika ada orang mengakan satu yang tidak ada pada engkau, maka bersyukurlah kepada Allah kerana dia telah memberi kebaikan kepada engkau dengan menghina engkau”.

Akan tetapi ada masanya kita dibolehkan marah. Nabi s.a.w. marah dalam dua perkara, perkara-perkara yang menyalahi kebenaran Islam (langgar syariat) dan orang yang sengaja melengah-lengahkan solat.


Mari lihat sebuah lagi kisah, seorang budak yang panas baran sifatnya. Suatu hari, ayahnya mengajar anak tersebut bagaimana untuk mengatasi sikap marahnya. Si ayah memberikan anak tersebut sekotak paku. Lalu kata si ayah: “Wahai anakku, setiap kali engkau marah ambillah paku itu dan pakukan pada pagar rumah kita”. Hari pertama, si anak memakukan 27 batang paku, dan berterusan sehingga hari-hari yang berikutnya. Lama-kelamaan, paku yang dipaku tersebut semakin berkurangan dan sikap panas barannya semakin hilang. Hinggakan suatu hari tiada lagi paku yang hendak dipakukan.

Lalu si ayah mengajar pula bagaimana untuk mendapatkan sikap sabar. Kata si ayah “Wahai anakku, sekarang cabutlah semua paku-paku yang telah engkau pakukan dipagar kita”. Si anak lalu melakukan apa yg disuruh oleh ayahnya. Dia mengeluarkan semua paku-paku tersebut. Setelah selesai, dia bertemu dengan ayahnya. Kata si ayah: “Anakku, sifat marahmu umpama paku-paku yang telah engkau pakukan dipagar tersebut. Kamu boleh marah sebanyak mana yang kamu mahu. Tetapi kamu juga boleh meminta maaf selepasnya. Perkataan maafmu umpama paku-paku yang dicabut. Walaupun kamu meminta maaf, namun kesannya tetap ada. Lihat kesan paku-paku dipagar tersebut. Walaupun paku sudah dicabut namun lubangnya tetap ada.”

Dan begitulah diri kita dan sifat marah. Kita mudah untuk marah dan mudah pula memohon kemaafan. Namun kesannya pasti sukar untuk disembuhkan. Begitu juga dengan hati kita, tanyalah diri, tenangkah kita apabila kita memarahi seseorang? Damaikah kita? Dan belajarlah untuk memberi kemaafan dan melupakan kesalahan orang lain pada kita. Pasti hidup akan lebih tenang.


say: Cheese-Cake!!
[now u can be happy & hungry at the same time] ^_^

Selamat Tahun baru!!


Wallahu'alam

Friday, December 31, 2004

'People flung into the air like confetti'

We just watched it, and I was taking photographs of it. Then came this massive wall of water. What did I do? I just sat and watched it. I just watched it and watched it as it came in - it took maybe four seconds from the point when I was aware of it to the point when it hit the hotel.

Those four seconds were like a lifetime. Even if someone runs at you with a knife, you can hit him back, or run away or claim insurance or whatever. This time, there was nothing I could do. I could only watch, and it was coming in, and it hit the crags, and I saw those people on the crags just being flung into the air like confetti, just blown out of the water.

Read more ..

Friday, December 24, 2004

Zikir (lidah+hati)


Teringat sebuah kisah seorang soleh. Dia mempunyai bapa saudara yang kuat beribadat yang selalu didampingi. Suatu hari dia berjumpa pakciknya dan bertanya: “Wahai pakcik, apakah yang sepatutnya saya lakukan supaya menjadi seperti pakcik?”. Pakciknya menjawab: “Sebutlah 3 kali setiap hari = [Sesungguhnya Allah memeliharaku, sesungguhnya Allah melihat apa yang kulakukan]”. Lalu lelaki soleh itu mengamalkannya selama seminggu. Kemudian pakciknya menyuruh supaya menyebutnya 3 kali selepas setiap solat, lalu dia mengamalkannya. Selepas seminggu, pakciknya berpesan pula supaya menyebut dengan hatinya, bukan dengan lidah. Akhirnya zikir itu menjadi kebiasaan kepadanya sehingga dia sentiasa mengingati Allah.


Sebaik-baik zikir ialah dengan lidah disertai hati. Sekiranya lidah berzikir tetapi fikiran tidak sedar apa yang diucapkan, maka jadilah zikir itu suatu percakapan yang tidak bermakna.


Wallahu'alam


Saturday, December 18, 2004

Solat Dhuha


Kerahmatan Allah terhadap hamba²-Nya apabila alam ini berada di waktu fajar. Di ketika inilah kurniaan Allah melimpah ruah hinggakan menjadikan manusia hidup di dalam kesenangan dan kemewahan. Justeru itulah manusia yang menjadikan dirinya sebagai hamba Allah berkewajipan menyatakan rasa syukurnya yang tidak terhingga ke hadrat Allah. Di sini bertambah²nya rahmat dan kemurahan rezeki ke atas hamba²-Nya.

Ketahuilah fajar itu adalah cahaya pertama yang dapat dilihat di ufuk timur pada waktu pagi. Fajar ini terbahagi kepada dua keadaan:
1. Fajar yang pasti ialah yang nampak padanya sinar halus agak nipis menjulang tinggi ke atas tanpa perintang ini adalah fajar yang tidak mengharamkan makan dan minum bagi orang yang berpuasa.
2. Fajar yang pasti ialah yang melintang cahayanya di arah yang sama.

Maka selepas fajar menyingsing maka datangnya waktu Dhuha. Waktu ini bermula sejak matahari terbit hingga masuknya waktu Zuhur. Dalam pengertian ilmu fiqih waktu Dhuha itu sejak tingginya matahari lebih kurang satu galah.

Dengan adanya waktu Dhuha itu maka Rasulullah sangat menganjurkan kita mengerjakan solat sunatnya sebanyak dua atau empat, lapan dan dua belas rakaat, meskipun solat ini hukumnya hanyalah sunat saja tetapi amat digalakkan agar kita mengerjakannya.

Sebagaimana yang disebut dari Abu Zaid r.a katanya;
"Rasulullah SAW melaksanakan solat Dhuha sehingga kita mengira beliau tidak meninggalkannya tetapi jika telah meninggalkannya sehingga kita mengira bahawa beliau tidak pernah mengerjakannya."

Demikianlah kesungguhan Rasulullah SAW mengerjakan solat Dhuha yang ia lakukan meskipun ianya ibadah sunat sahaja. Kalaulah itu keadaannya Rasulullah SAW maka kita sebagai umatnya juga perlu mengerjakan sebagai tanda kecintaan kita terhadap-Nya disamping ada faedah dan manfaatnya.


Khasiat dan Fadhilat

Sebagaimana yang kita fahami bahawa setiap amalan yang disukai dan yang dilakukan oleh Rasulullah terkandung banyak hikmat dan fadilatnya. Begitu juga dengan fadhilat bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha secara istiqamah.

Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Dari Nuwas bin Sama'an, Rasulullah bersabda;
"Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (yakni solat Dhuha), nanti pasti akan ku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." [Al Hakim dan Thabrani]

Sementara itu di dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda:
"Hendaklah masing-masing tiap-tiap pagi bersedekah untuk persediaan badannya. Maka tiap kali bacaan tasbih itu sedekah, setiap tahmid, setiap takbir juga sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan itu sedekah dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan solat Dhuda dua rakaat." [Ahmad Muslim dan Abu Daud]

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." [Al-Tabrani]

Doa :
"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya. Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh. Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."


[sumber: Panduan Solat Dhuha - Muhammad Uzair Al Aziz, Dinie]


Wallahu'alam

Monday, December 13, 2004

Masya-Allah, TabarakaLlah


Have a look at this,

http://www.bolbol.net/islamics/videos/quranic_girl.rm

or

http://www.bolbol.net/islamics/videos/quranic_girl.ram

fatima mirloohy, 6 years old

[note: make sure u have real player/real one]




Friday, December 10, 2004

Edisi Musim Walimah


Dari Al-Hasan, bahawa 'Aqil bin Abi Thalib menikahi seorang wanita dari Jasyam. Para tetamu mengucapkan selamat dengan ucapan jahiliyah : "Birafa' Wal Banin (Semoga murah rezeki dan banyak anak)". 'Aqil bin Abi Thalib melarang mereka seraya berkata : "Janganlah kalian ucapkan demikian!!. Karena Rasulullah s.a.w melarang ucapan demikian". Para tamu bertanya :"Lalu apa yang harus kami ucapkan, wahai Abu Zaid ?". 'Aqil menjelaskan : "Ucapkanlah : Barakallahu lakum wa Baraka 'Alaiykum (Semoga Allah memberi kalian keberkatan dan melimpahkan atas kalian keberkatan). Demikianlah ucapan yang diperintahkan Rasulullah s.a.w".

(Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Darimi, Nasa'i, Ibnu Majah, Ahmad dan lain-lain).


Doa yang biasa Rasulullah s.a.w ucapkan kepada seorang mempelai ialah :

"Barakallahu laka wa baraka 'alaik, wa jama'a bainakuma fi khair"



Doa ini berdasarkan hadith sahih yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:

Dari Abu hurairah, bahawasa Nabi s.a.w jika mengucapkan selamat kepada seorang mempelai, beliau mengucapkan doa : "Barakallahu laka wa baraka 'alaik, wa jama'a bainakuma fi khair (Semoga Allah memberimu keberkatan dan mencurahkan keberkatan ke atasmu dan mudah-mudahan Dia mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan)".

(Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Darimi, Hakim, Ibnu Majah dan Baihaqi).



Wallahu'alam

Saturday, December 04, 2004

Kesinambungan Ramadhan


Sedar tak sedar, sudah 2/3 Syawal berlalu, bermakna kini hampir sebulan kita meninggalkan madrasah Ramadan. Namum begitu apakah kesan Ramadhan ke atas diri kita? Adakah ia benar-benar meninggalkan kesan, daripada amalan yang dilakukan selama sebulan itu? Adakah puasa kita benar-benar melatih dan mendisplinkan diri kita? Atau sebulan yang berlalu hanya meninggalkan kesan lapar dan dahaga.

Sabda Rasulullah saw: “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan akan diampunkan dosa-dosa yang telah lalu. “

Barangkali, ramai daripada kita telah selesai puasa enam. Puasa enam ini ibarat solat Rawatib yang melengkapkan dan menampal kekurangan-kekurangan solat, tentunya terdapat kekurangan yang kita lakukan semasa kita melakukan ibadah puasa Ramadhan yang lalu. Maka, inilah peluang untuk menampal kekurangan puasa kita.

Selain daripada berpuasa, kita dituntut meneruskan amalan-amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan. Doktor Aqram Ridho di dalam bukunya Buyutuna Fii Ramadhan (Rumah Kita di Ramadhan) menegaskan perlunya kita membuat beberapa penerusan amalan setelah Ramadhan berlalu. Antaranya :

- Menjaga sunah-sunah dalam solat.
- Melakukan solat qiam walaupun hanya satu kali dalam seminggu.
- Membiasakan diri untuk melakukan solat subuh berjamaah pada waktunya.
- Membiasakan diri melakukan puasa sunat.
- Istiqamah membaca Al Qur`an.

Marilah sama-sama kita menambahkan lagi amal ibadat kita di penghujung Syawwal ini. Semoga segala amalan kita diberkati dan diterima oleh Allah swt.

Wallahu’alam


Wednesday, December 01, 2004

A Leave From the Blog

Minta maaf zahir batin. I seek forgiveness in not updating the blog lately. I'm taking a leave from my blog for a few weeks. In that period, allow me to introduce a dear friend of mine *drumroll please* Imran Jamalul-lail to fill in the gap. Hopefully his words of wisdom will assist us in achieving a qalb that is saleem, in order to meet Him in the blissful garden of Raiyan.

With that being said, please give brother Imran a big welcome .. *clap clap clap* (with shouts of Allahu akbar in the background).

Oh Allah, please please please bind our hearts in Your love.
Please assist us in loving You, in loving the people that You love,
in loving the deeds that makes us closer to You.
Allahumma habbib ilaina al-eemaan, wa zayyanahu fi qulubina,
wa karrih ilaina al-kufra wa al-fusuuqa wa al-'isyaan,
wa ij'alna min ar-rashideen.
Ameen.

Tuesday, November 16, 2004

Eid Mubarak!



Minta maaf lahir dan batin. Jika ada tersalah kata atau andai diri sesiapa pernah terluka dan terguris hati dengan cakaran cakaran hambaNya yang penuh kelemahan ni. Ampun dipinta.

Jika 'tak sampai hati' nak maafkan atau masih ada sisa hutang yang mahu dituntut sila email di faizsahri at gmail dot com. ^_^

May Allah accept all of our good deeds.
Allahumma taqabbal minna.
Allahumma irhamna.

Ya ayyuha an-naas
afshu as-salaam
wa at-'imu at-to'am
wa silu al-arhaam
wa quumu bi al-layl
wa an-naasu niyaam
tadkhulu al-jannata bi salaam.

Wednesday, November 10, 2004

(Merc dan Volvo) vs (Kancil dan Kijang)



Hala tuju Islamis Malaysia:

Kelantan govt’s purchase of Mercedes sparks debate
Arfa’eza A Aziz
Nov 10, 04 10:48am


PAS grassroots have expressed their dissatisfaction over the Kelantan state government’s purchase of seven Mercedes automobiles for state officials.

A party supporter who declined to be named contacted malaysiakini to complain that the state should have opted for cheaper vehicles considering that its financial status is still among the weakest in the country.

“Why don’t they buy Proton Perdana which is much cheaper than a Mercedes E280 that costs more than half a million each? While the people in Kelantan suffer financial setbacks, their leaders are driving around in flashy cars,” he said.

He also said it was a bad PR-exercise on the part of the PAS-led state government which claimed to be a “public-serving administration”.

However, Kelantan’s planning, finance and community development chief Husam Musa clarified that the state had only approved the purchase of re-conditioned cars costing RM140,000 each, not brand new cars as alleged.

“We did not buy new cars. They were re-cond vehicles. We had to buy them to replace the ones bought by the retired officials who had used them during their tenure,” he said when contacted.

‘Bad’ experience with Perdana

He said that the purchase of the cars would not stretch the state’s finances stating that “everything was done in a transparent manner and in accordance with treasury regulations”.

Asked why the state did not opt for the Proton Perdana instead, Husam explained that while the Perdana is cheaper than the re-cond Mercedes, it would not benefit the state in the long run to buy the Malaysian-made vehicle.

“Yes, it is cheaper by about RM30,000 but its maintenance is very costly. We have ‘bad’ experience with the Perdana before. We can prove it,” he said.

(A check revealed that a brand new Proton Perdana sedan costs about RM99,000 while its executive version, normally used by ministers, is about RM180,000)

“Most of the official cars in the state are Proton Perdana and we found that although the cars are brand new, numerous problems would surface...the steering, doors, engine, so many others. When we complain seeking replacements, we were often refused. So the state has no choice but to cover the costs.”

He said their complaints - both verbal and written - to Proton had never been properly entertained.

Dissenting voice

Meanwhile, party sources revealed that Husam was actually ‘cornered’ into approving the purchase of the Mercedes following pressure from other state officials.

“We were told that Husam disagreed with the move but his view was a dissenting one so there was very little he could do. But we can see his reluctance as unlike others, he has never used the Mercedes. He is always seen in his old car,” said the source.

Husam however refused to comment stating that a decision has been made. However, he admitted that he had initially wanted to reject the new car.

“But I was told I could not do that as it would be unfair to the others. Anyway my office is so near to my home that there is no need for me to have another car. I prefer to use my old car which is also a Mercedes,” he said.

Sumber: malaysiakini.com


Hala tuju Islamis Indonesia:

Menteri Pertanian Tolak Volvo
Kamis, 21 Oktober 2004 18:16 WIB

TEMPO Interaktif, Jakarta:Menteri Pertanian Anton Apriantono menyatakan menolak menggunakan mobil dinas merek Volvo dan akan melakukan berbagai penghematan di lingkungan departemennya.

Hal ini diungkapkan Anton kepada wartawan usai serah terima jabatan dengan mantan Menteri Pertanian Bungaran Saragih, Kamis (21/10).

Terkait dengan upacara pelantikannya di istana hari ini, Anton mengaku terpaksa mengendarai mobil volvo tersebut. "Itu lambang kemewahan, mulai hari akan berusaha sesederhana mungkin," tegasnya. Dia juga meminta supaya mobil dinasnya itu segera diganti dengan yang lebih murah.

Anton akan segera melakukan identifikasi kemungkinan adanya pemborosan dan kebocoran anggaran. "Kita akan lakukan penghematan sebesar-besarnya," tambahnya. Dia menyatakan bahwa dana pembangunan harus benar-benar dimanfaatkan untuk kemakmuran petani.

Penghematan ini antara lain dengan mengurangi kegiatan atau program yang bersifat seremonial. "Perjalanan dinas juga akan dikurangi," tambahnya. Pemerintah juga akan berupaya supaya dana alokasi APBN untuk sektor pertanian dapat diperbesar.

Sumber: tempointeraktif.com

Lagi kepimpinan melalui teladan oleh islamis di Indonesia:

MPR Minta Kendaraan Dinas Tidak Mewah

Pimpinan MPR Tolak Fasilitas Penginapan Mewah

Hidayat: Penolakan Ini sebagai Gerakan Moral

Menteri Pertanian Tolak Volvo

Tuesday, November 09, 2004

Malam Ini

Bulan ini bulan Ramadhan
Bulan depan bulan Syawal
Malam ini malam ke-27
Malam depan malam ke-28

Malam ini
mungkin lebih baik dari seribu bulan
mungkin malam ini ada Lailatul Qadar

Esok malam
mungkin lebih baik dari seribu bulan
mungkin esok malam baru Lailatul Qadar

Malam ini
ada kemungkinan besar Lailatul Qadar
malaikat turun
memberi berita ketenangan
sehingga tersingkap mentari pagi.

Malam esok
ada kemungkinan besar datang kematian
sebelum sempat berjumpa Lailatul Qadar
malaikat turun
mencabut nyawa, menyakitkan
mentari pagi tiada lagi.

Malam ini
jom iktikaf
sementara masih diberi kesempatan.

Kematian itu sesuatu yang benar.


Friday, November 05, 2004

Tonight

Ahhh .. weekend akhirnya.

Malam ini malam ke-23. Mungkinkah malam ini dapat ku bersua dengannya? Oh .. Laila ..

Dikau lebih indah dari seribu bulan purnama.


Seriusly .. ^_^

p/s: iktikaf masjid jom!!

Thursday, November 04, 2004



How do you eat an elephant?

Answer: Take one bite at a time.


Monday, November 01, 2004

Jika 6 Ekor Paus Mati ..



6 Ikan Paus Mati

BANGKOK, 27 Nov - Di selatan perairan Thailand, 6 ikan paus dijumpai mati terdampar di Laut China Selatan tersebut. Empat dari ikan paus tersebut dijumpai dengan kesan kesan tembakan, manakala lagi dua ekor ikan paus disyaki turut terkorban disebabkan tidak dapat bernafas di perairan yang cetek ketika cuba membantu rakan mereka melawan penembak penembak yang kejam.

Pemimpin dari seluruh dunia mengutuk dengan keras terhadap apa yang berlaku. Setiausaha PBB, Kofi Annan menyifatkannya sebagai satu titik hitam dalam sejarah dunia. Presiden Bush mengatakan bahawa beliau tidak boleh percaya wujud manusia yang tergamak untuk melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini. Menurut beliau, membunuh sebanyak enam ekor ikan paus sekaligus adalah satu dosa yang tidak dapat dimaafkan.

Reaksi dari negara jiran Malaysia, Perdana Menterinya Abdullah Ahmad Badawi tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya dan menangis dalam ucapan beliau ketika diminta komen mengenai kejadian ini. Beliau menyatakan kesediaannya untuk menghantar tentera Malaysia bagi membantu mengawal perairan pantai Thailand agar tiada paus yang terbunuh lagi.

Perdana Menteri Thaksin mengatakan bahawa ini merupakan satu tragedi kejam yang menyayat hati seluruh rakyat Thailand. 2 jam selepas kejadian, beliau telah bertindak dengan menubuhkan Suruhanjaya Khas bagi menyiasat punca kejadian malah berikrar untuk menghukum mereka yang terlibat. Beliau meneruskan bahawa kerajaan Thailand tidak akan teragak-agak untuk mengenakan hukuman mati kepada pesalah.


Berita lainnya ..
84 Orang Muslim Terkorban di Selatan Thailand









Reaksi dari PM Thailand:

"Thai Prime Minister Thaksin Shinawatra then defended the actions of his security forces and refused to heed a UN call for a probe into the matter. The premier, who rushed to the scene of this week's violence before returning to Bangkok late on Monday, insisted the crackdown was justified."

Komen dari kerajaan Malaysia:

Following yesterday's violence Malaysia expressed concern over the latest clash in its northern neighbour. "The flare up in southern Thailand is a matter of concern to us," Foreign Minister Sayyid Hamid Albar said on Tuesday. "Thailand is a close neighbour. Any incidents will be watched closely here."

* Adakah darah seorang muslim akan menjadi lebih murah dari seekor paus?

Tuesday, October 26, 2004

Thailand Muslims Killed



Thai Muslims suffocated to death in custody

Tuesday 26 October 2004, 18:23 Makka Time, 15:23 GMT

At least 78 people have died in southern Thailand, many of them crushed and suffocated after they were arrested and packed tightly into trucks, officials said on Tuesday.

Read more ..


Scores of Thai Muslims Killed in Police Custody

BANGKOK, October 26 (IslamOnline.net & News Agencies) – Some 78 Muslim protestors were confirmed killed Tuesday, October 26, while in police detention, bringing the death toll from clashes that erupted in southern Thailand a day earlier to at least 84.

Read more ..


At Least 78 Die After Thailand Riot
03:21 PM EST - October 26, 2004
The Associated Press


PATTANI, Thailand
At least 78 Muslim detainees suffocated or were crushed to death after police rounded up 1,300 people and packed them into trucks following a riot in southern Thailand. Islamic leaders accused troops Tuesday of overreacting and warned the deaths could worsen sectarian violence.

Read more ..

Thai authorities insist they handled the Muslim protest peacefully, but images and the high death toll give another version. (AFP)

More photos ..

a-Ilahun Ma'a Allah?
Can there be another god besides Allah?



"Or, Who has created the heavens and the earth, and Who sends you down rain from the sky? Yea, with it We cause to grow well-planted orchards full of beauty of delight: it is not in your power to cause the growth of the trees in them. (Can there be another) god besides Allah. Nay, they are a people who swerve from justice.

Or, Who has made the earth firm to live in; made rivers in its midst; set thereon mountains immovable; and made a separating bar between the two bodies of flowing water? (can there be another) god besides Allah. Nay, most of them know not.

Or, Who listens to the (soul) distressed when it calls on Him, and Who relieves its suffering, and makes you (mankind) inheritors of the earth? (Can there be another) god besides Allah. Little it is that ye heed!

Or, Who guides you through the depths of darkness on land and sea, and Who sends the winds as heralds of glad tidings, going before His Mercy? (Can there be another) god besides Allah.- High is Allah above what they associate with Him!

Or, Who originates creation, then repeats it, and who gives you sustenance from heaven and earth? (Can there be another) god besides Allah. Say, "Bring forth your argument, if ye are telling the truth!

Say: None in the heavens or on earth, except Allah, knows what is hidden: nor can they perceive when they shall be raised up (for Judgment).

Still less can their knowledge comprehend the Hereafter: Nay, they are in doubt and uncertainty thereanent; nay, they are blind thereunto!" (27:60-66)

Sunday, October 24, 2004



33.3333% of Ramadhan is Gone

33.3333% dari Ramadhan pada tahun ini dah berlalu dan tidak kan datang kembali buat selama lamanya. Have we harvested enough fruits for the whole 11 months to come?

Madrasah tarbiyyah Ramadhan adalah madrasah tarbiyyah tahunan. Jika kita tidak serius dan ambil sambil lewa maka impaknya mungkin akan kita rasai sepanjang tahun.

Mungkin ada di antara kita yang mengeluh, *sigh* Ramadhan di US bagaikan tiada Ramadhan, tak dapat nak kecapi ruh Ramadhan langsung seperti di Malaysia. Puasa di sini hambar sedangkan homework, projects dan assignments terus sahaja menggunung.

Ketenangan ada di sini
Tak jumpa kerana kau tak menghayati
Kebahagiaan tersirat di hati
Tak rasa kerana kau tak mencari


Sedarlah bahawa ruh Ramadhan itu selalu sahaja on air. It all depends on us whether we strive the effort to tune in to the right frequency or not. Jangan disebabkan kita silap tune frequency atau disebabkan receptor hati kita yang dah rosak lagi berkarat kita salahkan ruh Ramadhan dah tidak wujud. Seperti orang yang tidak pandai menari, tapi disalahkan lantai yang bergoyang.

*Borrowing some engineering terms if you may* Hari ini usai sudah hari ke-10 Ramadhan. Jika pada saat ini kita masih tidak dapat nak tune in ke frequency Ramadhan, maka ada baiknya dicuba untuk mengaplikasikan filter bagi membuang segala noise yang mengkaburi channel langsung kita ke dimensi samawi.

Sememangnya dosa itu menggelapkan mata hati dari melihat yang haq dan dari melihat Al-Haq. Jauhkan diri dari beban dosa nescaya insha Allah kita akan dapati diri kita lebih ringan untuk melakukan ibadah.

For verily, Ramadhan is a special window in time that connects us to Allah and the heavenly attributes.

Ramadhan awwaluha rahmah, wa awsatuha maghfirah, wa aakhiruha itqun min an-naar.

Saturday, October 23, 2004

Friendship



Hari itu datang lagi, di mana kau bertikam lidah dengannya. Masing masing berpura pura seperti tiada apa yang berlaku dan ia hanyalah perkara yang kecil, namun jauh di sudut hati wujud satu perasaan yang tidak senang. Terkadang, tanpa disedari sedikit bahasa lisan itu lebih mengguriskan hati berbanding bahasa badan. Dan hati kecil itu menangis, ia berdarah kembali.

Bagaimana menukar hubungan yang wujud di dalamnya bibit permusuhan menjadi sahabat yang intim? Lawan menjadi kawan? Anda rasa perkara itu mustahil? Percaya atau tidak, sebenarnya ada tips untuk peroleh perkara tersebut. Dan tips ini Allah swt sendiri yang rakamkan di dalam al-Qur'an:

"The good deed and evil deed cannot be equal. Repel (the evil) with one which is better. Then verily he, between who and you there was enmity, (will become) as though he was an intimate friend." (41:34)

I love you for the sake of Allah.

Thursday, October 21, 2004

Tired?



"And slacken not in following up the enemy: If ye are suffering hardships, they are suffering similar hardships; but ye have Hope from Allah, while they have none. And Allah is full of knowledge and wisdom." (4:104)


Wednesday, October 20, 2004

Tahapan-tahapan Muslim
Hablun Min At-Televiziyyun



Whether we like it or not, let's face it that muslims today know more about superman and his 'supernatural' abilities rather than knowing who Abdullah ibn Mas'ud is. And yes, one of the external reason is the syaitan sitting right in your living room disguising as a harmless black box.

And tiba tiba dengan muka innocent kita akan bertanya, "sebab apa muslims hari ini jauh dari al-Qur'an, ditindas oleh musuh-musuh Islam, berakhlak dengan akhlak yang mengaibkan dan terpaksa hidup di bawah pemerintah yang korup?".

I mean .. hellooooooo.

Well, here's a list of tahapan tahapan muslim and their hablun min at-televiziyyun stage. Try and gauge at which stage you are in right now AND to what stage you want to be in.

Level 1

To hold a special deep love for TV in his/her heart. Spends three hours or more in front of the screen.

The effect? His/her mind is intoxicated and shaped up by the TV. TV becomes his/her life.
* My comments - c'mon .. have a life! call 911. you are sick.

Level 2

Only watches certain episodes. Sometimes his/her daily schedule is architectured based on that particular TV program. Once in a while, if he/she happens to switch on the TV and an interesting program comes up .. you can't take him/her out of the chair; he/she is glued!

The effect? He/she's high on TV. It becomes his/her daily 'supplement'.
* My comments - you are what you eat.

Level 3

He/She has TV at home, but only his/her household watches it. He/She refrains because he/she is afraid of Allah.

The effect? You'll start to have a blissed life.
* My comments - you want to have a more blessed life? For God's sake .. just throw it off from the balcony!

Level 4

He/She throws the TV from his/her balcony.

The effect? People will think that he/she was mad/possesed/following a cult.
* My comments - didn't the rasul pbuh and the sahabah faced the same allegations?

Level 5

He/She tells his/her friends AND the whole world AND the entire galaxy about the evil effects of the TV.

The effect? Almost all the people on earth would not believe a single word he/she says and would degrade him/her calling him/her backwards.
* My comments - but the ones in the heavens are praising him/her. and he/she is not backwards but way more futuristic than any other people on earth (in planning for the 'future' and afterlife).

Level 6

He/She is tired of talking but sets up an Islamic TV Network.

The effect? You'll become a mujaddid (reformer).
* My comments - now that's when i say .. you'll rock the world habibi!!


Tuesday, October 19, 2004

Bertilawah dengan Ayat-ayat Allah



Bismillah wa alhamdu lillah wa assolaatu wa assalaamu 'ala rasulillah

Apakah misi utama para rasul?

Menurut beberapa ulama' salah seorangnya Shaykh Sa'd Hawwa hA, misi utama bagi para anbiya' dan rusul boleh disimpulkan dalam satu ayat:

"It is He Who has sent amongst the Unlettered an apostle from among themselves,
1. to rehearse to them His Signs (yatlu 'alayhim ayaatihi)
2. to sanctify them, and (wa yuzakkeehim)
3. to instruct them in Scripture and Wisdom, (wa yu'allimuhum al-kitaab wa al-hikmah)
- although they had been, before, in manifest error" (62:2)

Usaha transformasi dari kegelapan kepada cahaya telah diterangkan oleh Allah dengan tiga komponen utama:
1. Bertilawah dengan ayat Allah
2. Melakukan tazkiyyah
3. Mengajarkan al-Kitab dan Hikmah

Pemaduan Tiga Elemen

Shaykh Sa'id Hawwa hA mengatakan, jika ketiga-tiga konsep ini berpadu dalam diri seorang muslim nescaya dia telah menjadi manusia paripurna atau insan kamil.

Pada kebiasaannya, tahapan seseorang itu berbeda-beda, ada yang memiliki dalam dirinya satu komponen sahaja, ada yang memiliki dua komponen. Memang secara realiti, jarang sekali ketiga-tiga komponen ini berkumpul sekaligus dalam diri individu.

Ada diantara kita yang begitu lembut hatinya kesan dari tazkiyyah, tetapi ilmu deennya amat kurang sekali. Ada pula yang sudah belajar ilmu agama ke tahap yang orang lain amat cemburui, namun hatinya keras sekali. Ada pula yang tazkiyyahnya terpelihara dan ilmunya penuh di dada, sayangnya hanya mahu menyendiri dan tidak ada kemahiran serta kemahuan untuk mengajarkannya kepada orang lain.

Mana Satukah yang Utama?

Di dalam al-Qur'an, ayat yang berhubung dengan misi utusan Allah ini ada disebutkan di beberapa tempat. Ia bermula dengan kisah Nabi Ibrahim a.s. di mana ia berdoa untuk kemaslahatan manusia sejagat:

"Our Lord! send amongst them a Messenger of their own, who shall:
1. rehearse Thy Signs to them and
2. instruct them in scripture and wisdom, and
3. sanctify them
For Thou art the Exalted in Might, the Wise." (2:129)

Allah mengabulkan doa Nabi Brahim a.s. Namun kita perhatikan bahawa urutan yang Allah berikan adalah berbeza:

"Allah did confer a great favour on the believers when He sent among them an apostle from among themselves,
1. rehearsing unto them the Signs of Allah,
2. sanctifying them, and
3. instructing them in Scripture and Wisdom,
while, before that, they had been in manifest error." (3:164)

Di sini Allah, mendahulukan 'to sanctify them' atau 'melakukan usaha tazkiyyah' terlebih dahulu berbanding mengajarkan al-kitab dan hikmah. Urutan ini sekali lagi Allah tekan kan di dalam 62:2 seperti yang kita lihat di awal tulisan ini.

Walaubagaimanapun, jelas di sini bahawa Allah meletakkan yang teratas sekali adalah 'to rehearse the signs of Allah' atau 'tilawah ayat-ayat Allah'. Ini jelas dalam ketiga-tiga ayat di atas.

Apa maksudnya mentilawah ayat ayat Allah?

Sayang sekali, di atas keterbatasan bahasa Malaysia, apabila kita berbicara mengenai tilawah ayat ayat Allah, lantas kita akan segera teringatkan amalan musabaqah al-Qur'an ataupun tilawah di bulan Ramadhan.

Adakah itu sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'tilawah ayat ayat Allah'? Jadi apa maksudnya yang sebenar?

(bersambung .. insha Allah )

Monday, October 18, 2004

Prof Delp Made a Breakthrough


* gambar Purdue in front of Hovde Hall

Hmm .. one of our prof untuk class Senior Design kami masuk paper. Padan la kadang kadang ada mood swing, tension finalizing his research rupa rupa nya .. ehe.

:: Printers betray document secrets ::

Belasungkawa

My super super senior di KISAS, Mohd Zaki Ayub dan Nurul Hayati Bohari serta dua anak mereka meninggal dunia di Mesir pada 1 Ramadhan, Jumaat lepas. Mereka ditikam dan mayat mereka sekeluarga dibakar. Moga ruh mereka dicucuri rahmat, moga diletakkan dalam maqam syahid bi daf'i an-nafs wa al-maal. Buat Maryam dan Mu'az, kalian bakal terbang riang di syurga.




Terjemahan dari Al-Gomhuria
Penyiasat membongkar kes pembunuhan keluarga Malaysia selepas 12 jam

Warganegara Indonesia : Bersalah dalam pembunuhan Nasr City kerana perselisihan kewangan - membunuh dan membakar kawannya sekeluarga untuk menghilangkan kesan jenayahnya.

Pegawai Penyiasat daripada pejabat Am Penyiasatan, Kaherah telah berjaya membongkar kes pembunuhan sekeluarga rakyat Malaysia dalam masa 12 jam selepas kejadian. Keluarga tersebut terdiri daripada Mohd Zaki Ayob (27 tahun) mahasiswa tahun akhir Jabatan Syariah Islamiah Universiti al-Azhar, isterinya Nurul Hayati bt Bohari (27 tahun) suri rumah dan 2 orang anak mereka Maryam (4 tahun) dan Mu'az (setahun).

Mereka dijumpai hangus terbakar dan terdapat beberapa kesan tikaman didalam rumah sewa mereka di No 51, kawasan Perumahan Swisry Nasr City.Pihak siasatan polis mengenalpasti tertuduh yang membunuh keluarga tersebut ialah Darman Agustari (33 tahun) warganegara Indonesia pemilik sebuah restoran yang merupakan kawan kepada mangsa. Tertuduh melakukan jenayah tersebut dengan membunuh mangsa dengan menikam menggunakan pisau selepas berlaku perselisihan diantara keduanya dalam perkara yang berkaitan dengan perniagaan pertukaran wang asing. Kemudian tertuduh telah membunuh isteri mangsa sewaktu beliau cuba untuk meminta tolong kepada jiran yang lain. Tertuduh meletakkan 2 mangsa yang dibunuhnya tadi dalam bilik tidur bersebelahan dengan kedua-dua anak mereka yang menangis ketakutan.

Tertuduh juga melarikan sejumlah wang dan 2 telefon bimbit seterusnya menyalakan api untuk membakar 4 ahli keluarga tersebut untuk menghilangkan kesan-kesan pembunuhan lantas menutup pintu dan melarikan diri dalam keadaan tenang dengan harapan tiada seorang pun menyedari tindakannya.Pihak polis telah berjaya menangkap tertuduh dan dia telah mengaku bersalah dan menceritakan secara terperinci apa yang telah dilakukannya.

Kejadian kebakaran dapat dikesan pada jam 10 pagi hari Jumaat ketika penghuni blok bangunan tersebut iaitu No 51, kawasan Perumahan Swisry,Nasr City menyedari ada kepulan asap yang tebal keluar daripada rumah mangsa (Mohd Zaki Ayob). Semua yang melihat kejadian itu terkejut dan mendapati api sedang marak menyala daripada rumah mangsa.

Kebakaran berlaku dalam masa yang begitu pantas dan mereka tidak mampu memadamkannya dan tiada seorang pun tahu kewujudan mangsa dalam rumah tersebut pada waktu itu.

Penduduk kawasan perumahan tersebut segera melaporkan kejadian ini kepada pihak polis dan bomba, dan tidak lama kemudian 3 buah kereta bomba sampai di tempat kejadian lalu mereka mengambil tindakan pantas memadamkan kebakaran disamping menutup mematikan elektrik dan saliran gas di blok bangunan tersebut.

Pihak bomba dengan pantas berjaya mengawal api dengan bantuan penduduk setempat. Dan mereka terkejut apabila mendapati terdapat empat jasad keluarga mangsa hangus terbakar dalam bilik tidur rumah tersebut di samping wujudnya kesan-kesan darah di dalam rumah mangsa yang mengambarkan terdapatnya unsur-unsur pembunuhan telah berlaku dalam kejadian kebakaran tersebut.Tertuduh mengambil jalan membakar rumah mangsa untuk menyembunyikan jenayahnya.

Tikaman Pisau

Ketua Polis Bahagian Penyiasatan dan pihak yang bertanggungjawab sampai ke tempat kejadian telah membongkar kes pembunuhan tersebut berdasarkan bukti-bukti yang boleh membantu siasatan mereka di antaranya wujudnya beberapa kesan tikaman di dada, tengkuk dan muka mangsa.Begitu juga yang terdapat di jasad isterinya, begitu juga pembakaran jasad mereka sekeluarga. Mereka juga mendapati tiadanya sebarang kesan ceroboh di pintu rumah dan tingkap rumah sewa mangsa.Ini menyakinkan lagi bahawa pembunuh adalah seorang yang dikenali oleh mangsa dan dia adalah tetamu kepada mangsa.

Kejadian ini sampai ke pengetahuan Ketua Polis Nabil Azby pembantu Menteri Dalam Negeri bahagian keamanan Kaherah lalu mengarahkan agar pembentukan satu pasukan penyiasat yang diketuai oleh Ketua Pejabat Am Siasatan untuk menyelesaikan kes ini dan menangkap pembunuh.Mereka telah menyoalsiasat kawan-kawan mangsa daripada mahasiswa-mahasiswi Malaysia dan sesiapa sahaja yang selalu datang ke rumah mangsa. Pihak berwajib mendapat maklumat hasil soal jawab tersebut bahawa mangsa datang ke Mesir bersama isterinya lebih kurang 5 tahun yang lalu untuk belajar di Universiti al-Azhar dan mereka berdua menyewa sebuah rumah dan tinggal di situ dan Allah mengurniakan dua orang cahayamata sepanjang tempoh tersebut.Untuk mendapatkan pendapatan tambahan mangsa telah menyewa sebuah rumah untuk dijadikan restoran makanan Malaysia dan cyber cafe serta pada masa yang sama telah membeli sebuah motosikal.

Pembunuh dikenalpasti.

Hasil siasatan mendapati mangsa yang dibunuh telah melakukan urusan perniagaan pertukaran mata wang asing tanpa permit dengan rakannya Darman Agustari (33 tahun) warganegara Indonesia pemilik Restoran makanan Asia di kawasan perumahan yang sama yang telah bersembunyi selepas kejadian.

Pihak penyiasat polis melakukan usaha pencarian untuk menjejaki rakan mangsa yang berwarganegara Indonesia ini dan berjaya menangkap dalam salah sebuah hospital swasta di Mohandesin,Giza yang sedang mendapatkan rawatan hasil kecederaan ringan tangan kirinya.

Pada permulaannya, semasa sesi soal jawab dijalankan tertuduh berusaha untuk menafikan dan mendakwa bahawa dia tiada kaitan dengan kejadian tersebut.Namun dia tidak mampu menjawab soalan yang diajukan berkaitan dengan kecederaan yang dialaminya. Setelah ditekan dan diajukan soalan yang bertubi-tubi akhirnya dia mengakui bersalah melalukan jenayah tersebut sambil menangis dan menjerit-jerit. Tertuduh berulangkali mengatakan "Ya akulah yang membunuh kawan aku rakyat Malaysia dan ahli keluarganya dan aku juga telah membakar mangsa di rumah mereka".

Tertuduh mengaku

Sambil mengingati detik-detik pembunuhan tersebut tertuduh menyatakan bahawa dia telah pergi ke rumah rakannya(mangsa) pada jam 9 pagi 1 Ramadhan untuk mendapat persetujuan urusan tukaran mata wang asing sebanyak USD 16,000 mewakili seorang kawannya yang lain.

Dan ketika perbincangan berlaku perselisihan faham di antara kedua-duanya dan ia bertukar menjadi pergelutan yang menyebabkan mangsa mengambil pisau dari dapur dan menyebabkan kecederaan di tangan tertuduh. Lantas tertuduh melawan kembali dan mengambil pisau dari tangan mangsa lalu menikamnya beberapa kali.

Mangsa mati dalam keadaan berlumuran darah di badannya, tiba-tiba isteri mangsa menyedari kejadian tersebut lantas menjerit meminta tolong sejurus selepas keluar daripada bilik tidur. Lalu tertuduh memegang isteri mangsa dan menutup mulutnya sambil menikamnya dengan pisau.

Kemudian tertuduh menarik kedua-dua jasad mangsa suami isteri dan meletakkannya disebelah kedua-dua anak mereka yang sedang menangis ketakutan.Kemudian tertuduh menggeledah rumah mangsa dan menjumpai sejumlah wang sebanyak 44,000 pound Mesir dan 2 telefon bimbit lalu melarikannya. Dalam keadaan marah tertuduh mengambil tindakan membakar rumah sewa mangsa, kemudian dia pun keluar melarikan diri dengan sangkaan tiada seorang pun yang akan mengetahui tindakan jenayah yang dilakukan.Seolah-olah kematian mangsa disebabkan oleh kebakaran ketika mereka sekeluarga sedang tidur.Namun segala-galanya terbongkar selepas beberapa jam sahaja, kejadian tersebut telah menghantui tertuduh sehingga dia tidak dapat tidur dengan lena.

Tertuduh menyambung dengan mengatakan " Sekarang saya sangat sedih kerana membunuh keluarga mangsa yang tidak berdosa". Tertuduh juga mengatakan bahawa dia bertanggungjawab sepenuhnya dan sanggup menerima sebarang tindakan atas perbuatan jenayahnya dan akan menunjukan tempat terletaknya pisau serta kedudukan barang-barang yang diambilnya.Tertuduh ditahan oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Sumber : Al-Gomhuria 17/10/2004
Tulisan : Aiman as-Sibaie
Terjemahan : Anhar Opir

Friday, October 15, 2004



Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem buat semua! Bulan yang diturunkan padanya al-Qur'an. Semoga ia menjadi bulan al-Qur'an buat kita semua insha Allah.

* my most favourite qurra', Muhammad al-Barrak reciting surah al-Fatihah and al-Mulk [on the right side of the menu]

Monday, October 11, 2004



MAWAS RAKSAKSA & SI PEMAKAI TOPENG
OLEH FAISAL TEHRANI

TUAN presiden bermimpi ngeri, Michael Moore telah memenangi anugerah tertinggi di Pesta Filem Cannes. Kemudian David Letterman telah mengundang lelaki gemuk itu untuk mentertawakannya di dalam rancangan lewat malam. Letterman dan Moore telah memanggilnya mawas dan penonton pun ketawa bersama-sama. Perkataan itu dieja lambat-lambat untuk tujuan mengejek: M-A-W-A-S.


Apabila tuan presiden terjaga, separuh menjerit, separuh tersedak dia mengejutkan isterinya Laura. Laura buat seketika terpisat, membetulkan fesyen rambutnya supaya kekal anggun. Seperti wanita-wanita pertama yang setia, Laura pun memujuk suaminya supaya tidak terlalu takut. “Ala nama pun mimpi. Kita mengantuklah, nak tidur lagi.” Laura menguap.

Tuan Presiden menempik kuat, bingung juga bengang dengan reaksi selamba Laura. Tempikan itu menggegar seluruh Rumah Putih.

“Okaylah. Suka buat bising pagi-pagi tau. Mimpi apa sayang?” Laura bangun seraya membetulkan gaun tidur yang nipis. Perempuan itu berjalan gemalai semula ke tubir katil membawakan segelas susu segar dari peti sejuk kecil.

“Kenapa madu?” Tanya Laura lagi. Sedikit mendesak. “Tadi terpekik-pekik macam king kong.”

“Aku telah bermimpi menjadi mawas. Seekor mawas yang hodoh, mawas raksaksa yang terlalu agam dan terkeruk-keruk seperti beruk. Itu mimpi yang sangat ngeri sekali.”

Tuan presiden mengesat peluh di dahi, mengemaskan ikal rambut yang kucar dan menggetap bibir dari terus terketar. Susu itu disuakan. Tuan presiden mengesip-ngesipkan mata, menyambut susu dan meneguk terburu-buru. Tertumpah sedikit susu membasahi kain seluar di bahagian kelangkang.

“Sayang minumlah perlahan-lahan. Macam monyet…” Laura mengusap rambut suaminya sambil ketawa lembut-lembut. Tuan presiden menepis tangan Laura. Perkataan ‘monyet’ dan ‘king kong’ menyinggung perasaannya. Senyuman manis seperti madu dikuntumkan membuatkan tuan presiden hilang gamam untuk seketika.

Tuan presiden menghela nafas. Cuba bertenang.

“Suka sangat bila minum ke atau makan ke dengan gopoh. Dulu nyaris tak mati tercekik biskut.” Laura menggigit bibir bawah semacam geram. “Buat malu dengan Saddam dan Osama saja tau.”

Tuan presiden dilanda geram. “Mimpi itu ngeri sekali!” Kata tuan presiden lagi, meski meninggikan suara ia lebih bertujuan untuk menagih simpati isterinya.

Laura menyeluruhi tuan presiden. Memegang pipi suaminya, mengelus lembut dahi dan memicit dagu. Tuan presiden membiarkan. Jantung berdebar. Laura perlu mendengar. Mimpi itu seperti sesuatu yang benar.

Laura membulatkan mata, membiar retina mata bertentangan. “Sayang, kau memang seekor mawas. Mawas raksaksa. Kenapa pula perlu berasa ngeri?” Laura ketawa kecil, semacam menggoda.

Tuan presiden terjegil sedikit, minum susu lagi dengan gopoh. Laura masih menggulakan senyuman yang dirasai masih tawar. “Cuba suluh depan cermin tu.”

Tuan presiden bangun terburu-buru, berdiri di hadapan cermin dan menggeletar cemas, paluan jantungnya melaju, gigi atas bawah berlagaan dan lutut terasa amat lemah. Imej yang terpantul di cermin ialah seekor mawas, berbulu perang menutup seluruh muka, sepenuhnya, dalam pijama yang basah di celah kelangkangnya. Dia lihat seekor raksaksa yang buruk, hodoh, bibirnya tipis, hidung itu pesek secara amat memualkan dan matanya kesepetan.Presiden meraung, menjerit, melaung,meronta-ronta dan terasa pandangan semuanya gelap. Pengsan.

Apabila dia terjaga semula, dia di atas katil dengan Laura duduk mengesat air mata di sisi, anak-anak yang terkebil kebil, doktor khas mengangguk-angguk seolah bersyukur, paderi gendut yang melekapkan kitab di dada dan Ketua Majlis Keselamatan berkulit hitam tetapi masih mahu bergaun merah cili. Presiden menyeluruhi mereka satu persatu.

Dalam gagap, sedikit tersangkak dan nada haru dipekati sebak bersuara getar, “Kalian telah lama tahu yang aku seekor mawas?”

Laura mengesat air mata pilu. “Dah lama dah.”

Tuan presiden pejam mata, kecewa, benar, ia bukan mimpi. Dia harus mendepani hakikat ini. Dia ialah seekor mawas raksaksa. Memang rasa hampa amat menekan tetapi dia berusaha memujuk hati. Ini ialah satu hukuman barangkali. Kebimbangannya ialah pilihanraya yang sudah terlalu dekat.

Dia tidak akan dapat memenangi hati rakyat tentunya. Orang ramai tidak akan mahu mengundi seekor mawas, siamang, beruk, kera, monyet, chimpanzee, ungka atau babun sepertinya. Manusia tentu sahaja mahukan seorang manusia yang manusiawi memimpin mereka. Mawas tidak akan dapat keluar berkempen memenangi hati rakyat, ‘Celaka, konvensyen Republikan sudah amat hampir’, getus hatinya gusar.

Terlalu banyak yang berbuncah bergalau bersesak menyesakkan ruang di dalam cepu fikir. Bagaimana menjadi seorang presiden begini? Dia tidak akan dapat berucap lagi di hadapan televisyen meskipun berkali-kali kesasar menyebut nama penjara Abu Gharib sebagai abugebu atau abugebeh atau abugebi atau abubabi.

Dia tidak akan dapat keluar ke mana-mana pun, tidak dapat ke Capitol Hill, dia tidak akan dapat memenuhi undangan pertemuan pemimpin Nato di Istanbul bulan hadapan atau mendakap hangat si pendek gemuk dari Tel Aviv, dia tidak dapat muncul di khalayak – dalam erti kata lain dia tidak dapat buat satu apa pun!

Buat seketika tuan presiden menangis semau-maunya. Air mata itu berjujuhan. Pulas dia menangis puas-puas sehingga merah-merah biji mata. Ketua Majlis Keselamatan Negara berdehem setelah kira-kira satu jam dia melalak tersedu-sedan sambil berpeluk-pelukan dengan Laura dan anak-anak.

“Tuan, hidup mesti diteruskan. Meskipun tuan seekor mawas tetapi tuan memerintah dan memimpin sebuah kuasa besar dunia. Jangan malu. Buatlah muka tak malu. Tuan tidak sepatutnya segan atau terkedu. Meskipun tuan punya banyak bulu, tuan tetap seorang presiden. Marilah bekerja terus untuk menguasai dunia ini sehingga tidak ada seinci pun yang tidak akan tunduk kepada kita. Tuan presiden, tuan tidak boleh berasa rendah diri. Lawan tuan dari parti Demokrat yang bernama John Kerry itu bukanlah hebat sangat.” Perempuan kulit hitam, bergigi besar dengan pakaian serba merah (warna cili) mengeluarkan ucapan yang berapi-api hingga tempias air liurnya berhujanan rebas menimpa muka tuan presiden yang masih mengugu kesedihan.

Tuan presiden seolah-olah menerima satu pencerahan yang penuh tanggungjawab lalu menyerap setiap kata-kata Ketua Majlis Keselamatan Negara. Dia berasa terpanggil untuk bangkit dari rasa rendah diri. Dia penah menjadi tukang sorak semasa di sekolah menengah, dia harus bangun dan kembali bersemangat. Maka tuan presiden pun keluar dari gebar tebal, berdiri di hadapan cermin.

“Betul, meskipun aku seekor mawas. Aku seekor mawas yang memimpin sebuah kuasa besar dunia. Sesiapa sahaja di dunia akan kecut perut mendengar namaku, aku berhak melabel sesiapa sahaja sebagai raksaksa…”

Laura mendekati suami. “Benar sayang. Abang bukan mawas raksaksa…orang lain sebenarnya mawas raksaksa…abang boleh tuduh siapa sahaja mawas, kabinet abang boleh membantu sepenuhnya. Manusia pun boleh abang katakan mawas kerana kuasa menuduh itu ada pada abang.”

Tuan presiden mengangguk. Mengemas-ngemas pijamanya, menyikat rambut ke belakang dengan tangan. “Betul…sekarang apa yang harus aku lakukan?”

Bertitik tolak dari pertanyaan itulah. Beberapa bulan kemudian dia menjadi kembali kuat dan ada keyakinan diri. Spin doctor juga cuba membantu. Peduli apa kalau aku seekor mawas pun? Pertanyaan keramat itu juga telah membolehkan tuan presiden memberanikan diri keluar di khalayak ramai untuk berucap secara siaran langsung kemudiannya: “Meskipun saya seekor mawas tetapi ada mawas lain yang mesti dibanteras!”

John Kerry yang berwajah manusia telah menuduhnya mawas yang sukakan perang. ‘Mawas dari parti Republikan memang sukakan perang. Jika saya dilantik sebagai pemimpin saya akan memanusiakan kembali semua ini. Saya akan bekerja rapat dengan Kyoto Protocol. Saya akan memperbaharui semula hubungan dan menghormati orang lain dan tidak akan sesuka hati lag menuduh sesiapa yang dikehendaki sebagai mawas.’

Tuan presiden sangat marah, tidakkah rakyat negara yang hebat ini tahu, atau tidakkah seluruh dunia tahu (khususnya bangsa Arab) bahawa parti Demokratlah parti mawas siamang ungka dan parti beruk yang paling hebat? Parti Demokrat ialah parti perang. Dalam perang Mexico, presiden James K Polk, ahli Demokratlah yang melancarkan perang. Perang dunia, kedua-duanya, dikerah oleh presiden dari parti Demokrat. Perang dingin, perang Korea dan perang Vietnam dicetuskan oleh presiden dari Demokrat. Krisis misil Cuba dimulakan oleh Presiden John F Kenndey juga seorang Demokrat. Bill Clinton yang menceroboh masuk Bosnia Herzegovina dan Kosovo tanpa mandat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga dari Demokrat. Bill Clinton juga menyerang kilang susu di Khartoum Sudan dan kemudian menuduh ia sebuah kilang membuat senjata pemusnah besar-besaran. 22 perang besar dan kecil dimulakan oleh Demokrat. Republikan hanya memulakan tiga. Perang membebaskan Kuwait, perang ke atas Taliban di Afghanistan dan perang di Iraq sekarang.

Tiga sahaja. Siapa mawas perang?

Akan tetapi rakyat tidak makan hujahnya, bangsa-bangsa lain di dunia lebih menaruh harapan pada John Kerry. Dia manusia. Dia akan bawa perubahan, arghh kononnya!
Tuan presiden sekarang ialah seekor mawas. Mawas bukan manusia. Mawas tidak boleh memimpin manusia.

Tetapi dia menerima nasib seperti bapa mawas. Dia kalah. Beberapa bulan kemudian, John Kerry memenangi pilihanraya dan dia amat kecil hati kerana ditewaskan dengan tipis sekali. Dia pulang ke kampungnya di Texas sambil memujuk hati, meskipun dia mawas, dia adalah mawas yang bertanggungjawab dan hebat dalam mempertahankan negaranya dari serangan pengganas. Itulah yang dia semat di hati.

Pada pagi John Kerry mengangkat sumpah sebagai tuan presiden baru, di hadapan cermin, dia membetulkan tuxedo dan merapikan rambutnya. Teresa, isterinya datang dekat membawakan topeng. “Jangan lupa mengenakan topeng ini. Manusia dan seluruh dunia tidak perlu tahu yang awak seekor mawas sehingga tiba masanya nanti.”
John Kerry tersenyum simpul, mengucup dahi isterinya dan bersuara lembut. “Terima kasih sayang. Benar mawas yang bijak ialah mawas yang bertopeng. Kita tentu tidak mahu orang berasa takut awal-awal lagi bukan?”

Mawas bertopeng melangkah keluar dan bertekad untuk memimpin manusia. Dalam hati tersedik, ‘Fuhh alangkah bodohnya dunia!’

Cerpen ini tersiar di Mingguan Malaysia pada 11 Julai 2004

Tuesday, October 05, 2004



Ramadan Warriors
By Muhammad Al-Shareef

Sahl ibn Sa'd - radi Allahu 'anhu - narrates that An-Nabee - sal Allahu alayhi wa sallam - said, "In Jannah there is a gate called Ar-Rayyan, a door which the Saa'imoon will enter from, no one else except them. It will be announced, 'Where are the Saa'imoon?' and the Saa'imoon will stand. No one except them will enter from the Rayyan gate."

Have you ever heard of a weekend warrior? They are employees who sit in cubicles and relax at a coffee station weighed down with donuts all week long. Then on the weekend they rip off their suits bearing their Reebok gear underneath and spend the entire weekend playing basketball, hang gliding, and mountain climbing. What happens? They break their knees, pull a dozen muscles, and are hospitalized on Monday.

This is in relation to the physical body. But there are people that should be known as Ramadan warriors. They are those that haven't fasted all year long and then shock their bodies with a whole month. Or haven't prayed in the Masjid or haven't woken up to pray in the night all year long. What happens to them? As one Muslim doctor said, "In normal days, we have about 5 - 7 patients a day. On the first day of Ramadan,the patients increase to over 50!"

Ramadan warriors were rare in our Islamic history. To illustrate, let's all remember where we were at the beginning of Safar - corresponding this year to the second week of May. We were probably praying for work to end, or just finished up with exams, or looking through brochures for a holiday getaway.

Interestingly, if we were sitting beside a taabi'ee over a thousand years ago in a simple Masjid, we would have heard him raising his hands asking Allah to grant him the blessing of being around when a guest comes, a guest called Ramadan!

There are different ways that we can 'warm up' for Ramadan. One of those ways is by increasing the frequency of our Du'a:

Allah ta'ala says in the Qur'an ... the verse before it is talking about Ramadan and the verse after it is speaking about Ramadan, and right in the middle we read: [And when My servants ask you, (O Muhammad), concerning Me - Indeed I am near. I respond to the invocation of the supplicant when he calls upon Me. So let them respond to Me (by obedience) and believe in Me that they may be guided.]

- Surah Al Baqarah 2/186

Every goodness on earth is from Allah. And one of the most exclusive blessings is Ramadan. So let us ask the Lord of Ramadan to help us find His Mercy in the coming days.

Last year, we gave a khutbah here on Hajj entitled 'The Call of Ibraheem'. A brother just a few weeks ago told me that during that Khutbah he raised his hands to Allah and asked Allah to find him a way to make Hajj. He said that he had no money to make the trip, but that night more then one brother approached him with the offer, "Brother we have a Hajj program for new Muslims, would you like to come!" Alhamdulillah, that brother made Hajj last year from a Du'a that came straight from the heart - in sha' Allah.

The early generations of the Ummah used to make Du'a 6 months after Ramadan that Allah accept their deeds in Ramadan. And for the next 6 months, they would make du'a to Allah to grant them the blessing of being alive in the coming Ramadan.

Cleanliness - Whenever a guest comes, we prepare in advance for his arrival by vacuuming the carpet, dusting the shelves, and scrubbing the sinks. We should do this for our guest called Ramadan. But the scrubbing should not just be of our physical surroundings, it should include the scrubbing of our sins.

Listen to the words of an-Nabee - sal Allahu alayhi wa sallam - speaking about those people that don't want to clean up for Ramadan, "Whoever doesn't desist from speaking falsehood and acting upon it, Allah has no need that he desist from his food and drink." - Bukhari

Fasting in Sha'baan (this Month that we are now in) - The biggest downfall of the weekend warriors was that they were not properly warmed up for the exercise which caused the injuries. Similarily, when Fasting, some people only do it once a year making their bodies very foreign to going without food and drink.

From here we see the following Sunnah: Umm Al-Mu'mineen Aisha - radiAllahu 'anha - observes, "Allah's Messenger never fasted an entire month other than Ramadan and I haven't seen him fast more than he did in Sha'baan."

A poet said: Oh ye who isn't satisfied with his sins in Rajab / so much so that you continued disobedience in Sha'baan / The month of fasting has now come upon you / so do not convert it also to a month of disobedience.

Part II
When we look at the celebrations, 'the holy days' of this country, we see that they put all their time and effort and spirit in preparation. I tell you, go to any store outside this Masjid and you will see preparations of Candy Canes, red and green bouquets, even Eggnog all in the wait for the annual celebration of the birth - as they falsely claim- of Prophet 'Esa (alayhis salam.) They are preparing for their falsehood almost 2 months in advance! One of the ways to prepare for Ramadan is to educate ourselves in the Fiqh of Ramadan. Alhamdulillah - sitting in this Masjid today are many brothers and sisters for whom this will be their first Ramadan. Allahu Akbar! May Allah accept it from them and allow them and us to share in the blessing of Ramadan for many years to come. Let us briefly review what fasting is:

Fasting Ramadan is not optional - it is a must. The evidence for this is found in the Qur'aan and Sunnah. Allaah says (interpretation of the meaning):

"O you who believe! Observing al-sawn (the fasting) is prescribed for you as it was prescribed for those before you, that you may become al-muttaqoon (the pious)." [al-Baqarah 2:183]

The Prophet said: "Islam is built on five [pillars]..." among which he mentioned fasting in Ramadaan. - Bukhari

The Arabic word for fasting is Sawm. In Arabic it literally means to abstain from something. And in Islamic Law it is to abstain from those things that break the fast starting from dawn (Fajr Prayer) and ending with sunset (Maghrib prayer) having first made the intention to do so.

The things which break ones Fast, the things which he or she must abstain from from dawn to sunset are as follows:

(a) Eating and Drinking

(b) Marital Relations

These apply if 3 conditions are met (1) That the person is not ignorant that this thing breaks ones fast (2) That he is aware that he is doing something that breaks his fast (meaning he did not do so in forgetfulness) (3) He does so out of his free will and no one forced him to break his fast.

In conclusion, as the month of Ramadan draws nearer, we should prepare for this special guest by preparing a Ramadan program *Operation: Valuable Time* in our homes and at our Masjids. The program should in sha' Allah include:

1. Locked times of the day when we will consistently recite Qur'an, learning it's meanings and memorizing new Sur'ahs.

2. Something useful for the time before Taraweeh prayers and the time after Taraweeh. And how to increase our worship in the last ten nights - i.e. what will we do extra.

3. We should make sure that there are days of this month when we feed people. Bring dates or milk to the Masjid for Maghrib. Invite people over to have dinner with your family. Organize a dinner in the Masjid and invite people that don't normally get invited because they are new. Take care of the New Muslims in your community and for the sake of Allah ta'ala make their Ramadan special.

4. Make the intention to double and triple the amount of Sadaqah we give, the worship we normally do, the Dhikr we do, and the deeds that'll help us purify our souls, etc.

And finally, for those that can afford it plan a Umrah to the Ka'bah in Ramadan!

After returning from the farewell Hajj, Rasul Allah - sal Allahu alayhi wa sallam - saw an Ansari women who had not made the Hajj. He asked her, "What kept you back from joining in the Hajj?" She said, "We had a camel that we used to ride which Abu Fulan and his son went on, and another we used for farming." So Rasul Allah - sal Allahu alayhi wa
sallam - said, "Verily, Umrah in Ramadan is the same (reward) as performing Hajj with me!" - Bukhari and Muslim

Source: Khutbah.com

Monday, October 04, 2004

It's a Land to Humble the Soul



pssstt .. i posted some new pictures up ^_^

Sunday, October 03, 2004



Semerbak Haruman Ikhlas

Antum ingin merasai betapa manisnya menghirup haruman ikhlas? Dipersilahkan saban hari, atau paling kurang sepekan sekali .. melawati laman orang orang soleh :

http://risvya.blogspot.com/
http://helvytianarosa.com/dyna/catatan/default.asp

nahsabuhum kazalik, wala nuzakki 'ala Allahi ahada.

* posting dialih bahasa ke bahasa indonesia agar bersesuaian dengan link di atas.

Saturday, October 02, 2004



.. to forgive and forget
to stop giving yourself excuses ..

Forgive and Forget Not .. But Give Excuses

The Taste and The Weather.

When a relationship turns sour, people say let's just forgive and forget.

Yes, I know it's hard and tough. At times it's harder than a rock and tougher than steel.

So I say, let's stop doing that. But instead, let's forgive and forget not. For to forgive is divine, and to forget not creates a sunshine. It lights the path, to cease us from falling into the same hole twice.

For only the one who remembers the dark stormy days in the winter would appreciate the warmth of the blazing sunshine on a bright summer day. And the one who has just tasted bitterness, would appreciate more that taste of sweetness.

Flip and Flop

Things flip and flop.

And at times it flops, and flops, and keeps on flopping. Tired of getting ourself out from the mess by covering it up with our excuses?

Instead, let's put our skills of excuse-making somewhere else. Give it to someone who is more in need of it than we are.

For when our brother(s) or sister(s) do something which is wrong or unacceptable, create an excuse for them. If that excuse doesn't work, create another one, and another, and another.

Maybe he/she just didn't know ..
or maybe he/she wasn't aware of it ..
or maybe he/she didn't remember at that time ..
or maybe he/she just had a really bad day ..
or maybe he/she was brought up that way .. etc.

If those excuses still doesn't work, then we should scold our own self. For our beloved mu'allim s.a.w. taught us to make 70 excuses for our brother(s) and sister(s). But we only came up with less than twenty? Shame on ourselves.

If we have created 70 excuses, yet in our heart there still remains a feeling of uncontent, then we should weep for ourselves. For there's a possibility our heart is on the verge of dying or has a fatal permanent disease.

Weep. And pray that Allah gives us another heart.

* bismillahi awwaluhu wa aakhiruhu *