Sunday, March 25, 2007

FW: Help Palestine [hidayahnet] Jangan gelapkan kejayaan orang lain

Sijil Penilaian Malaysia

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Ahamad Sipon, pada tahun ini pihak kementerian tidak memilih pelajar terbaik untuk SPM tahun 2006 sebagaimana tahun-tahun lepas. Katanya seramai 4,779 pelajar yang menduduki SPM tahun tersebut mencapai semua A dan daripada jumlah itu seramai 105 pelajar, termasuk lima pelajar istimewa dipilih sebagai cemerlang, iaitu 100 orang yang memperoleh gred 1A dalam semua mata pelajaran

Kata Ahamad lagi daripada kumpulan murid cemerlang, hanya Yeo Jie Ming dari SMK Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang berjaya memperoleh gred 1A dalam kesemua 16 mata pelajaran yang diambilnya.

Apabila ditanya pemberita mengapa tidak ada pelajar cemerlang untuk tahun ini, Ahmad menjelaskan bahawa dalam kelompok 105 pelajar itu semuanya mendapat pencapaian yang hampir sama.

Benarkah demikian? Mengapa Yeo Jie Ming sahaja yang ditonjolkan, tidak adakah yang setara atau mungkin lebih baik dari beliau? Jika ada mengapa digelapkan?

[]


Kalau sesiapa yang berkesempatan membaca akhbar NST hari ini kita akan dapati bahawa seorang pelajar perempuan Siti Fatimah Mukhtar, muncul sebagai pelajar terbaik bagi negeri Kelantan. Beliau memperolehi 17A1 iaitu1A bagi subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Geografi, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Fizik, Kimia, Biologi, Tamadun Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah, Pendidikan Syariah Islam serta Bahasa Inggeris dalam Sains dan Teknologi, manakala 2A untuk Bahasa Arab Tinggi.

Kenapa, tak hebatkah Siti Fatimah? Rasanya jauh lebih hebat dari Jie Ming lagi. Tetapi kenapa bukan nama beliau yang ditonjolkan?

Kalau mahu tahu cuba lihat nama sekolahnya. Siti Fatimah bersekolah di Sekolah Agama Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu. Sekolah milih kerajaan negeri di bawah naungan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Inilah masalah sebenarnya!

Kalau kementerian mahu tonjolkan maka tak secara langsung kementerian terpaksa tonjolkan sekolahnya. Menonjolkan sekolahnya maka terpaksalah juga menonjolkan YIK dan kerajaan negeri Kelantan, itulah sebenarnya masalahnya.

Menurut Berita Harian Siti Fatimah mengaitkan kejayaannya dengan tumpuan ketika guru mengajar serta ulang kaji secara konsisten sepanjang tahun dan berdoa. Kata beliau lagi:
Saya juga menghafaz al-Quran setiap hari bagi menguatkan ingatan saya terhadap pelajaran yang diajar guru.


Apalah yang prejudis sangat. Ini anak Melayu yang cemerlang, takkanlah kerana benci pada PAS yang memerintah kerajaan negeri maka anak-anak bangsa yang cemerlang yang dilahirkan oleh kerajaan negeri ini juga mahu dianak-tirikan!

Sesungguhnya inilah masalahnya dengan orang-orang kita. Sepatutnya apa sahaja yang baik yang disumbangkan oleh sesiapa sahaja antara kita, maka berilah pengiktirafan yang sewajarnya. Yang baik dijadikan contoh yang buruk dijadikan sempadan. Kita tidak akan lihat perkara yang serupa terjadi dikalangan masyarakat bukan Melayu tetapi terlalu biasa sangat sesama kita.

Semoga Siti Fatimah akan terus berjaya dan semoga YIK dan kerajaan Kelantan akan terus berjaya melahirkan anak-anak bangsa yang cemerlang seumpama ini. Mudah-mudahan mereka nanti akan melangkah keluar dengan jaya dan akhirnya berjaya merobah pemikiran bangsa supaya tidak jumud dan ekstrim sebagaimana yang ada pada hari ini.


Author: Unknown

Monday, March 19, 2007

Gentle Reminder

Received a message from my friend:

 

Just to share...one of my Korean colleague passed away recently while warming up to play soccer. He is in his mid 30's leaving his wife and 2 small kids. They just arrived Doha 5 months ago. Took us by surprise but a gentle reminder by Allah that we all belong to Him.

 

Another egyptian friend also related a story, when he was stressed from work and returning home, his wife asked him to go for a drive. Then she told him to stop at the maqabir (tanah perkuburan). The wife then made a remark that touched this brother, "If you think you're stress, then those being buried (while pointing to the maqabir) are more stressed than you are!". Thus my friend, let's not forget our true aim and priority in this life, da'wah ilallah wa jihadun fi sabilillah.

 

Janganlah kerana kesibukan bekerja atau berkeluarga, kita lalai dengan peranan yang harus dimainkan di atas muka bumi ini.

 

Tazkirah buat myself and sahabat,

Megat

 

DISCLAIMER : This e-mail and any files transmitted with it ("Message") is intended only for the use of the recipient(s) named above and may contain confidential information. You are hereby notified that the taking of any action in reliance upon, or any review, retransmission, dissemination, distribution, printing or copying of this Message or any part thereof by anyone other than the intended recipient(s) is strictly prohibited. If you have received this Message in error, you should delete this Message immediately and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions and other information in this Message that do not relate to the official business of PETRONAS or its Group of Companies shall be understood as neither given nor endorsed by PETRONAS or any of the companies within the Group.