Thursday, November 16, 2006

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

"Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

"Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau....

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Atau, bisakah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini:

"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,
Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawaban pertanyaan tentang hakekat surga & neraka, silahkan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"

Atau bisa juga Anda mendengar ini :

"Komputer kami menunjukkan bahwa Anda telah satu kali menelpon hari ini. Silakan mencoba kembali esok hari."

atau...

"Kantor ini ditutup pada akhir minggu. Silakan menelpon kembali hari Senin setelah pukul 9 pagi."

Alhamdulillah... Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelpon-Nya setiap saat!!!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya kapan saja dan Dia mendengar Anda. Karena bila memanggil Allah, Anda tidak akan pernah mendapat nada sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

Saturday, November 04, 2006

Di Mana Damai Desa

"Apa yang kamu menungkan?", abang saya bertanya.

"Kosong. Sengaja Rizal kosongkan fikiran", saya membalas lesu.

Renungan saya di anjung rumah, lepas entah ke mana.

Walaupun Bandar Ipoh, mengesot-esot mengejar pembangunan semasa, kampung halaman saya tetap berjaya mengekalkan suasana kampungnya yang asli. Tanah masih subur. Bau rumput masih membangkitkan kesegaran jiwa saya. Tambahan pula dalam seminggu dua ini, hujan sentiasa membasahkan petang Syawwal. Bunyi hujan yang turun menyimbah atap zink rumah, dengan kokokan ayam mencari teduh, sungguh mententeramkan jiwa.

Aidilfitri ini saya puas. Isteri dan anak-anak ada di sisi. Bonda pula masih sihat dan rendang ayamnya masih yang pertama. Adik-beradik pulang semuanya. Ia menyembuhkan kejanggalan perasaan saya, selepas 11 tahun menempuh Aidilfitri di bumi asing. Tempoh yang cukup panjang. Dan saya hampir terlupa erti Aidilfitri mengikut makna negeri sendiri.

Saya sepatutnya gembira dan ceria kerana syarat-syarat kegembiraan itu ada. Ramadan ditempuh seadanya. Syawwal pula menjelma dalam rukun-rukun dan syarat-syarat yang sempurna.

Tetapi kenapa air muka saya masih sedih? Saya cuba untuk tersenyum tetapi cermin diri masih mempamerkan raut yang hambar.

Saya tidak berniat melukiskan wajah itu di Syawwal ini. Tetapi sudah beberapa orang ahli keluarga saya yang bertanya.

"Kenapa sedih?", tanya isteri saya.

"Apa yang tidak kena?", soal abang saya.

"Ada masalah?", ipar duai saya menduga.

Entah, saya sendiri puas mencari punca. Meneliti satu persatu kotak fikiran dan perasaan. Apa lagi yang tidak kena?

Saya duduk di tangga rumah. Bermuhasabah mencari penjelasan.

Saya amati betul-betul keindahan desa, di mana cacat celanya? Jauh di hujung perhatian, saya tersentak kerana apa yang saya sangkakan indah itu rupa-rupanya tiada warna. Rumput yang sama, ayam yang sama. Tetapi semuanya kelabu tidak berwarna. Desa ini indah, tetapi serinya tiada.

Tawar dan hambar.

Desa tetap indah. Tetapi anak desa sudah berubah. Itulah kedukaan saya.

CERITA 1

Petang tadi, anak-anak saya dan sepupu-sepupunya terkejut kerana letupan mercun. Ada budak yang membaling mercun bola ke bawah rumah kami, ketika anak-anak kecil sedang nyenyak lena di petang Syawwal.

Darah saya panas.

Selang beberapa minit, sebiji lagi mercun dibaling dan kali ini saya hilang sabar. Saya menerpa ke tingkap dan kelihatan tiga anak muda yang sepatutnya sudah melepasi usia aqil dan baligh. Mereka tersengih kepuasan.

"Baling sebiji lagi!", saya mencabar mereka. Demi Allah seumur hidup saya, tidak pernah saya menengking sesiapa dari tingkap rumah. Jiran-jiran pun ada yang terkejut. Inilah kali pertama saya meninggikan suara sedemikian gaya.

Remaja bertiga itu berpaling angkuh. Mereka mengayuh basikal sambil ketawa.

"Jangan dimarah sangat budak-budak tu. Mak takut", kata bonda.

Saya sedar apa yang bonda maksudkan. Saya hanya balik ke kampung sekali sekala. Tetapi bonda yang bakal menghadapi kesan kemarahan saya. Jika ada anak-anak remaja kampung saya yang ditegur, rumah kami akan menjadi mangsa. Mereka akan mematahkan pokok bunga, menabur rokok di bawah rumah, malah mencuri minyak tanah yang bonda simpan di gerobok usang dapur.

Emak selalu ketakutan.

CERITA 2

Beberapa hari sebelum raya saya ke kedai membeli kamera. Semasa saya sedang mengisi borang warranty, seorang lelaki Melayu datang ke kaunter di sebelah saya bersama isteri dan anaknya.

"Saya mahu model yang itu.Coolpix L1", katanya sambil menunjuk kepada kamera yang baru saya beli.

"Maaf encik. Model itu sudah habis. Tinggal satu sahaja", kata jurujual berbangsa Cina itu.

"Bagi saya yang itu laaa!", kata lelaki itu.

Saya tergamam. Biadap sungguh lelaki ini.

"Ini kamera saya. Saya sudah membelinya", saya mengeraskan suara sambil berpaling kepadanya.

Lelaki itu diam membatu. Dia beralih ke kaunter yang lain.

Benarkah apa yang saya saksikan ini? Tidak terlintas di fikiran saya Melayu, yang sebiadap itu.

CERITA 3

Saya mencapai himpunan majalah yang ada di atas almari. Majalah I sukar ditemui di Ipoh. Hanya majalah fesyen yang mudah dibeli. Ketika membelek Majalah Jelita Februari 2006, saya tergamam ketika membaca kenyataan yang dibuat oleh seorang gadis bertudung, tentang pendidikan seks. Katanya,

Seks Tidak Semestinya Selepas Berkahwin!?

"Ketika usia 14 tahun. Ibu bapa pada zaman ini lebih bersikap terbuka dalam membincangkan hal ini, berbeza dengan zaman dahulu. Namun begitu, saya lebih selesa bercakap mengenainya bersama teman lelaki dan teman rapat. Bagi saya seks tidak semestinya selepas berkahwin. Ianya bergantung kepada individu. Mungkin ada yang cuba mencari keserasian dengan pasangan melalui hubungan seks" - S*** *** ***, 22.

Seks tidak semestinya selepas berkahwin? Idea siapakah ini? Janganlah disebut Islam yang diperlambangkan oleh beliau melalui tudungnya. Cukup ditanya, Melayu mana yang berfikiran begitu? Apakah sistem nilai kita sudah berubah hingga ke tahap itu? Nama dipampang, wajah ditera, bersama kenyataan yang amat memperlekehkan Allah dan syariat-Nya.

Tiada selindung, tiada malu atau segan. Apa sudah terjadi?

Saya berulang kali membaca kenyataan gadis itu. Takut tersalah faham. Tetapi itulah yang dipaparkan. Dan Aidilfitri saya makin tidak ceria.

CERITA 4

"Kamu semua ni, tak sembahyang Jumaat ke?", bonda sudah hilang sabar.

Rumah saya terletak di sebelah masjid. Semenjak beberapa tahun ini, generasi Melayu baru semakin bertambah. Mereka datang ke masjid, mungkin kerana dihalau ibu bapa di rumah. Tetapi mereka tidak bersembahyang. Mereka duduk di tangga rumah saya, di bawah rumah dan di atas buaian. Kulit pisang, bungkusan nasi lemak, puntung rokok dan
bungkusan minuman penuh bertaburan di keliling rumah.

Mereka tidak peduli langsung teguran bonda saya. Malah dibalas pula dengan jelingan tajam seperti mengugut penuh dendam.

Terbongkok-bongkoklah bonda sendirian di waktu petang, membersihkan halaman. Anak desa itu sudah hilang budi bahasa. Lumpuh agama...

Mengapa anak desa begitu?

20 TAHUN YANG LALU

Saya juga adalah sebahagian mereka. Kumpulan kami besar. Sekali turun ke padang bermain galah panjang di waktu petang, atau membakar mercun di waktu malam, memang tidak dinafikan ada di antara kami yang `nakal'.

Tetapi nakal kami nakal yang bukan jahat. Tidak biadap dan masih tahu batas susila. Tidak sekali-kali kami menyanggah teguran orang tua.Tetapi hari ini kenakalan itu semacam jauh berbeza. Marah orang tua dibalas ketawa. Nasihat jiran tetangga dibalas maki dan nista.

Budak-budak yang kurang ajar itu, jangan ditegur di depan ibu bapa mereka. Silap-silap, kita pula yang dihamun carut olehnya.

"Engkau jangan nak mengajar aku pula! Jaga anak kamu. Jangan sibuk menegur anak orang lain!", antara dialog yang pernah saya dengar kebelakangan ini di kampung.

Eh, itu bukan bahasa desa. Di desa tiada anak sendiri, tiada anak orang. Orang tua bebas menegur anak-anak desa bahawa kesemua mereka dianggap seperti zuriat sendiri. Di mana hilangnya semua itu?

Desa tinggal desa. Walaupun rumput masih hijau, namun budayanya sudah kuning malah kelabu dan kelam. Apalah ertinya keindahan desa, kalau siang malam jiran tetangga mengeluh kehilangan barang. Jika dulu, paling buruk pun hanya telur ayam dan durian. Hari ini, basikal, gril rumah, besi penutup lubang tandas, motorsikal, malah rumah diceroboh terutamanya yang milik wanita tua kematian suami.

Allah, inikah damai desa yang mahu dibangga?

Saya terus mengelamun di anak tangga. Darah panas, sepanas air mata yang bergenang memikirkan bala ini.

CERITA 5: MALAS MELAYAN TETAMU

Sedih saya di hari raya, bertambah pula apabila saya mengamati budaya melayan tetamu di kalangan generasi muda.

Sedikit sebanyak hari-hari saya di Turki masih hangat di ingatan. Di sana, melayan tetamu adalah sebesar-besar kewajipan hablun minannaas. Setiap tetamu dimuliakan, walaupun yang datang adalah insan tidak bernama.

Tetapi di Aidilfitri desa ini, mengapa ibu bapa sahaja yang menyambut mesra? Saya tidak dapat menerima ketika ada saudara mara yang berkunjung, anak-anak muda masih menatap kaca televisyen.

Tetamu itu bukan jenis tetamu tidak diundang. Mereka bukan orang asing. Ibu saudara, bapa saudara, datuk saudara sebelah emak, adik beradik semoyang. Mereka itu darah daging belaka. Tetapi kenapa generasi muda berat mulut mahu bermesra? Lebih selesa berkurung di bilik, lebih terhormat meniarap mengadap televisyen?

Adat bersoreh sudah dilupakan. Tiada siapa lagi yang sudi mengambil tahu tentang hubungan sesama saudara mara. Mati emak, mati bapak, hilanglah selama-lamanya hubungan dan tali saudara. Tiada siapa lagi yang tahu siapa aku siapa kamu. Pernah berjumpa tetapi entah di mana.

Inilah generasi Melayu baru, di Aidilfitri 1427H.

Dan saya hilang kata-kata, tenggelam dalam keaiban melihat diri sendiri. Bahawa inilah realiti hari ini. Bangsaku sudah cemar, sudah tiada budi tiada pekerti.

Di mana lagi saya mampu mencari gembira di hari raya?

Agama diadatkan. Adat ditinggalkan. Yang tersohor hanya hedonisma dan televisyen. Busuk sungguh rupa agama yang diadatkan, dan ibadat yang dipestakan.

Apakah bangsaku ini sedang menyiapkan diri untuk layak menjadi penyaksi Kiamat? Generasi yang akan membuktikan kegerunan tanda-tanda akhir zaman?

Ampunkan hamba-Mu yang menggenggam bara Islam di akhir umur dunia ini, Ameen ya Rabb!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Tuesday, October 31, 2006

'Maafkan saya kak, saya dah tak mampu nak join kawan-kawan lain, ikut program lagi. Saya nak.' Husna mengeluh panjang dan berat, sambil menahan gejolak hatinya yang kencang. Berat sekali untuk meneruskan kata-kata yang hendak ia ucapkan buat murabbinya. Tapi di waktu lain, dia benar-benar merasakan dia tak mampu untuk bersama-sama dengan jemaah dakwah yang ia sertai selama ini.

Fikiran Husna menerawang jauh mengenangkan detik-detik awal dia memasuki dunia dakwah. Husna akui bahawa tarbiyahnya yang selama ini dia ikuti memberi impak yang sangat besar kepada pembentukan peribadinya. Dia mampu mengenakan busana muslimah secara sempurna kerana tarbiyahnya dan dia juga temukan keindahan ukhuwah dengan tarbiyah, bahkan dia mampu 'bekerja' sekarang kerana tarbiyah.

Tapi saat ini, keindahan ukhuwah yang dulu pernah dia rasakan terasa begitu hambar. Kemesraan dan kecintaan yang dibina bersama teman-teman sehalaqah sudah mula memudar. Husna merasakan teman-temannya terlalu cepat berjalan dan dia tertinggal jauh. Mereka begitu sibuk dengan amanah dakwah masing-masing, sementara pada waktu yang sama dia berasa tenggelam, malas dan letih dengan semua itu.

Dia pun tak tau mengapa. Dia ingin teman-temannya mengerti kelemahan jiwanya dan membantunya keluar daripada jeratan-jeratan maksiat yang menjadi asbab kepada kemunduran semangatnya.

Namun ketika mahu dia luahkan pada mereka, dia lantas berasa sangat malu. Teman-temannya asyik membincangkan masalah dakwah bersama murabbinya sehingga Husna tak sampai untuk mengucapkannya.

'Ala.. masalah kecik je, diorang mesti rasa buang masa je untuk cerita' Begitu fikirnya. Akhirnya dia tenggelam keseorangan menelan permasalahannya sehinggalah dia mencari teman-teman di luar komuniti dakwahnya untuk sekadar melabuhkan masalah di hati.

Fenomena di atas bukanlah sesuautu yang mustahil dalam putaran dakwah. Jatuh bangunnya aktivis dakwah dalam meniti jalan ini, fenomena futurnya iman serta berguguran jundi-jundi dakwah adalah biasa dalam perjuangan ini. Itu adalah sunnatullah. 'Imanu Yazid way an quz- Iman itu naik dan turun'.

Akan tetapi yang patut disesalkan adalah ketika berjatuhannya aktivis dakwah ini bukan kerana mereka tidak mahu bangun dan kembali bersama dakwah, tetapi kerana orang-orang yang disekelilingnya tidak mahu membantunya bangkit semula bahkan tidak peduli sama sekali kalau saudaranya sedang terjatuh. Inilah yang patut direnungi bersama.

Kisah Husna adalah satu contoh. Kadang-kadang seorang murabbi itu merasakan bahawa anak-anak buahnya sangat bagus sekali, mendengar pengisian dengan teliti dan bersemangat, mencatat nota dengan rapi, kemudian pulang ke rumah masing-masing dengan aman. Tiada masalah. Padahal di sebalik penampilan yang bagus di hadapan murabbinya, ada jurang kemaksiatan yang dilakukan tanpa pengetahunnya. Anak buah seterusnya mahu mengundur diri dan merasa diri tidak standing dengan teman-teman halaqahnya.

Kuncinya adalah berterus-terang.

Mutu sesebuah halaqah itu sangat bergantung kuat pada kualiti dialog yang dibina di dalam halaqah itu. Tidak mungkin dialog-dialog itu mampu berlaku dengan bestnya jika tidak adanya keterbukaan pada jiwa individu(afrod) yang ada didalam halaqah tersebut. Keterbukaan di sini adalah berterus terang dalam menyampaikan segala permasalahan walaupun sekecil manapun masalah itu. Jangan memandang enteng sesuatu masalah itu jika itu memang memerlukan penyelesaian.

Bagi seorang murabbi tidak sebolehnya terlalu mempercayai bahawa ia telah memberikan banyak bahan dan terlalu yakin bahawa mad'unya telah menjadi kader-kader yang tidak mungkin jatuh tatkala ketika tersadung batu ujian.

Lihat sahaja kisah terbukaan Kaab bin Malik di perang Tabuk pada Rasulullah. Panglima besar Islam itu tidak mahu berperang hanya kerana malas! Namun dia bersimpuh di hadapan Rasulullah sambil berkata, 'wahai Rasulullah, andai aku berhadapan dengan selain engkau, aku yakin aku dapat mencari alasan, namun aku khuatir Allah akan membuatmu marah padaku dengan mengungkapkan kedustaan itu melalui wahyu."

Apa yang ditonjolkan Kaab sudah cukup menjadi renungan kite semua akan erti keterbukaan, berterus terang dan kejujuran. Di sanalah kuncinya.Ketika seorang mad'u berterus terang akan kesalahannya, makan akan legalah hati, walaupun mungkin ianya memalukan. Di saat itulah motivasi rohani dari murabbi dan nasihat teman-teman harus segera diberikan untuk mengupgradekan langkah-langkah yang sudah tertinggal.

Eratkan kembali ukhuwah.

Satu lagi perkara yang berperanan besar dalam menjaga stamina ruhiyah seorang afrod (individu) dalam tarbiyah adalah ukhuwah. Kadang-kadang kerana kesibukan yang mencengkam, hak-hak ukhuwah yang seharusnya kita berikan kepada saudara kita menjadi terabai.

Maka wajarlah bila kita rasakan sewaktu berprogram, pertemuan rutin menjadi kering tanpa makna. Kosong. Perkara sebegini haruslah diatasi. Sesibuk manapun aktiviti kita, hak-hak ukhuwah harus tetap kita berikan. Berwajah cerah ketika bertemu, saling berziarah sehingga kita tahu keadaan keluarganya, masalah yang sedang dihadapinya serta keadaan imannya.

Cari masa untuk bermalam bersamanya agar dapat bertukar cerita sehingga kita boleh berempati ( empathy ) terhadap permasalahan saudara kita. Saling nasihat menasihati baik diminta ataupun tidak, saling bertukar-tukar hadiah dan saling mendoakan doa rabithah. Andai kesemua hak-hak ukhuwah tersebut kita tunaikan, akan menjadi tipislah kemungkinan untuk bergugurannya sahabat-sahabat kita di jalan dakwah, insyaAllah.

Akhirnya saudaraku, tarbiyah itu unik. Di situ bukan sahaja sekadar perpindahan( transfer) ilmu dan bahan, tetapi adalah proses bagi setiap individu di dalamnya untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Dan lebih dari itu, langkah-langkah ke arah menjadi lebih baik itulah yang menjadikan kita mengerti akan hakikat hidup berjemaah. Tarbiyah bukanlah segalan-galanya, namun segalanya-galanya bermula dari tarbiyah.

Dari majalah ' Al-Izzah no 19; aktivis dakwah, bersaudaralah! '

Sunday, October 29, 2006

Why do some people become ugly?
by Shaykhu-l-Islâm Ibn Taymiyyah

Have you ever wondered why so many people who were bright and beautiful as children, however, as they grew older their innocence and beauty eluded them? Well, wonder no more – Shaykhul-Islaam Ibn Taymiyyah (rahimahullaah) explains to us:

"The person who is righteous and honest, his honesty is manifest from the radiance on his face, and his honesty can be known from the glow that is on his face, likewise the (opposite for the) sinful one and the liar. The older a person gets, the more this sign becomes apparent.

Thus a person as a child would have a bright face, however if he becomes a sinful person, adamant on committing sins, at the older stages in his life, an ugly face would manifest that which he used to internalise, and the opposite is also true. It has been narrated that Ibn Abbaas (radiyallaahu ‘anhu) said, ‘Indeed righteousness illuminates the heart, radiates the face, strengthens the body, increases provision, and produces a love in the hearts of the creation for that person.

Whereas sinfulness darkens the heart, greys the face, weakens the body, and produces hatred in the hearts of the creation for that person.’

It is possible that a person may not intentionally lie; he may even be a person who makes great effort in ibaadah and has zuhd (abstains from pleasures of this life that are lawful). However he has false, incorrect ‘aqeedah regarding either Allaah, His deen or His Messenger (sallallaahu ‘alayhi wa sallam) or His righteous servants. And what is on the inside affects what is on the outside. Thus, this false, incorrect ‘aqeedah that he thought was true and correct reflects
on his face, and his face would be dark in accordance with the level of falsehood he possesses. As it has been narrated that ‘Uthmaan ibn Affaan (radiyallaahu ‘anhu) said, ‘No one ever hides evil
within themselves except that Allaah makes it manifest from his facial outlook and the statements his tongues utters.
’ Hence some of the salaf used to say, ‘If a person of innovation were to dye his beard every day, the dye of innovation would remain on his face.’ On the day of judgment this would be very clear as Allaah says, He ta’ala also said, Ibn Abbaas and others have said regarding this verse,

‘The bright faces will be ahlus-sunnah, and dark faces will be the people of bid’ah and division.’" ‘Aj-jawaab as-saheeh’ (Vol.4, pg. 306-307)

"And on the Day of Resurrection you will see those who lied against Allaah their faces will be black. Is there not in Hell an abode for the arrogant ones?" [Sooratuz-Zumar,]

"On the Day when some faces will become white and some faces will become black; as for those whose faces will become dark (to them will be said): "Did you reject Faith after accepting it? Then taste the torment for rejecting Faith." [Soorah Aali-Imraan, 3:106]
Brownies with a Difference

Many parents are hard pressed to explain to their youth why some music, movies, books, and magazines are not acceptable material for them to bring into the home or to listen to or see.

One parent came up with an original idea that is hard to refute. The father listened to all the reasons his children gave for wanting to see a particular X-rated film/movie.

It had their favorite actors. Everyone else was seeing it. Even other Muslims said it was great.

It was only rated PG because of the suggestion of sex-- they never really showed it. The language was pretty decent-- only three instances of vulgar words were used in the whole movie.

The teens did admit there was a scene where a building and a bunch of people were blown up, but the violence was just the normal stuff. It wasn't too bad. And, even if there were a few minor things, the special effects were fabulous and the plot was action packed.

However, even with all the justifications the teens made for the 13' rating, the father still wouldn't give in. He didn't even give his children a satisfactory explanation for saying, "No." He just said, "No!"

A little later on that evening the father asked his teens if they would like some brownies he had baked. He explained that he'd taken the family's favorite recipe and added a little something new. The children asked what it was.

The father calmly replied that he had added dog poop. However, he quickly assured them, it was only a little bit. All other ingredients were gourmet quality and he had taken great care to bake the brownies at the precise temperature for the exact time. He was sure the brownies would be superb.

Even with their father's promise that the brownies were of almost perfect quality, the teens would not take any. The father acted surprised. After all, it was only one small part that was causing them to be so stubborn. He was certain they would hardly notice it. Still the teens held firm and would not try the brownies.

The father then told his children how the movie they wanted to see was just like the brownies. Our minds trick us into believing that just a little bit of evil won't matter. But, the truth is even a little bit of "poop" makes the difference between a great treat and something disgusting and totally unacceptable.

The father went on to explain that even though the movie industry would have us believe that most of today's movies are acceptable fare for adults and youth, they are not.

Now, when this father's children want to see something that is of questionable material, the father merely asks them if they would like some of his special dog poop brownies. That closes the subject.
Malaysians Lament 'Secularized' Ramadan

IslamOnline.net & News Agencies



Scholars lament that youths leave Tarawih prayer for merriment at luxurious malls.


KUALA LUMPUR — Malaysian scholars blasted Friday, October 2, the commercialization of Ramadan, lamenting that the holy fasting month is becoming increasingly "secularized."

"During this month the Muslims are supposed to put aside their lust and concentrate on their spirituality," Harussani Zakaria, the mufti from northern Perak state, told Agence France-Presse (AFP) Friday, October 20.



"But in our country, they fast the whole day because they have no choice but to do so and at night it is as if they are out in a vengeance the way they flock to the malls, bazaars and all types of entertainment outlets," he added.



The fasting month, which ends next week with Eid al-Fitr celebrations, is supposed to be a time of self-denial and reflection during which Muslims abstain from eating, drinking, smoking and sex from dawn to dusk.



But instead, religious leaders complain, many people are more interested in hunting bargains at Ramadan sales, attending concerts and breaking their fast at sumptuous buffets laid on by every hotel and restaurant.



"It is only in Malaysia that the commercialization of the holy month is so prevalent. You get an overdose of concerts, TV shows and all sorts of sales gimmicks. This is wrong in Islam."



"Secularized"

Harussani said that Ramadan is being increasingly secularised.



"I think the main reason is not because people have all that much money to spend but it is because the spirit of Islam itself is not deep. People do not really understand the whole reason of fasting and Ramadan," he said.



Leading consumer activist Mohamad Idris laments businesses and advertisers are taking advantage of the season to promote spending sprees and gluttony.

"This not only is against Islam but it can also shake a Muslim's faith," Mohamed said.

"Shopping malls and corporate companies are competing with each other to use the festive season to sell their products and services."

"Malls are packed with shoppers every night this season, when they are supposed to actually pack the mosques to perform prayers and meditate on the Qur'an," he said.

Retail giant Metrojaya estimates that the last three months of the year account for 60 percent of their annual business, and about half of that is generated by sales during Ramadan.



"This is the time to catch people with extra pocket money," said its assistant general manager for sales and promotions, Alice Tan.

"For all retailers, this is a festive season where we do a lot of promotions to generate sales," she said.

Mohamed, who has called for a total ban on the use of Ramadan and Eid to advertise products and services, said that the nation's poor often fall prey to the marketing campaigns.

"They are trapped into buying expensive things that they do not need and in the end they are debt-laden," he said.

"What limited income they have is further eroded by overspending and overindulging."
http://jefriharris. blogspot. com/
LURUSKAN SAF ! RAPATKAN SAF !

Ungkapan ini sering kita dengar dari mulut imam dalam solat jemaah. Akan tetapi amat mengecewakan apabila ungkapan tinggal ungkapan, tanpa perlaksanaan. Kita masih melihat ahli jemaah menjauhkan diri dari satu sama lain. Ada yang marah apabila dirapati atau ditarik untuk merapat. Walhal, hakikatnya, saf dalam solat melambangkan persatuan dan kesatuan umat, sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

"Hendaklah kalian luruskan saf kalian, atau ALLAH akan memecahbelahkan persatuan kalian." (HR Muslim no 436).

Adalah menjadi kewajipan IMAM untuk memastikan saf dibelakangnya lurus dan rapat sebelum bertakbir, sebagaimana yang dibuat oleh Rasulullah SAW,

Dari Nu'man bin Basyir RA berkata, "Adalah Rasulullah SAW meluruskan saf kami, seolah-olah meluruskan anak panah sehinggalah beliau berpuas hati bahawa kami telah memenuhi pangilannya. Pada satu hari, beliau keluar untuk solat. Beliau berdiri dan ketika hendak takbir, kelihatan seorang yang dadanya kehadapan dari saf. Beliaupun besabda, Hendaklah kalian luruskan saf kalian, atau ALLAH akan memecahbelahkan persatuan kalian." (HR Muslim no 436).

Atas kesedaran tentang pentingnya perkara ini, Umar bin Khattab RA mewakilkan seorang untuk meluruskan saf. Beliau tidak akan bertakbir memulai solat selagi belum dikhabarkan bahawa saf telah lurus. Begitu juga Ali dan Uthman. Ali sering berkata sebelum solat, " Ke hadapan wahai fulan! Ke belakang wahai fulan!" (Jami' Tirmizi 1/439, Muwattha 1/173, Al-Umm 1/233).

Satu kesalahan yang menyelisihi sunnah, sering kita lihat di mana imam menyeru, luruskan saf! rapatkan saf! Lalu terus bertakbir memulakan solat tanpa melihat samada ahli jemaah melakukannya.

Anas bin Malik RA berkata, " Masing-masing dari kami (dahulu) menempelkan bahunya ke bahu kawan, dan mengenakan kakinya ke kaki kawannya. Jika kamu lakukan pada zaman sekarang, nescaya mereka menjadi seolah-olah KELDAI LIAR. (tidak suka dan menjauh). " (HR Abu Ya'la dalam Musnad 3720, Silsilah Sohihah 31)

Bushair bin Yasar Al-Ansari berkata, dari Anas RA, "Bahawa ketika beliau (Anas) datang ke Madinah, beliau ditanya, ' Apa yang engkau benci pada mereka semenjak engkau mengenali Rasulullah SAW ?' Beliau menjawab, ' Tidak ada yang aku benci dari mereka kecuali mereka tidak merapatkan saf." (HR Bukhari 724, sebagaimana dalam kitab Aktha Almusollin, Syaikh Masyur Hasan 207).


Sekiranya perkara ini diremehkan, maka kaum muslimin akan:

· Memberi peluang dan ruang untuk syaithan sebagaimana sabda Rasulullah SAW, "Luruskan saf kalian, dan luruskanlah bahu-bahu kalian, dan tutuplah celah-celah. Jangan biarkan celah-celah tersebut untuk syaithan. Barangsiapa yang menyambung saf, nescaya Allah akan menyambung(urusan) nya. Barangsiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah akan memutus(urusan) nya." (HR Abu Daud 666, Sohih Targhib wa Tarhib 495)

· Berpecah dan banyak beselisih sebagaimana telah disebut dalam hadith sebelum ini.

· Hilang pahala yang besar, sebagaimana diterangkan dalam sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya mendoakan orang yang menyambung saf." (HR Ahmad 4/269, 285, 304).

Alangkah ruginya kita apabila tidak mendapat pahala solat sepenuhnya hanya kerana kita lalai atau mementingkan keselesaan peribadi, lihat sabda Nabi, "Sesungguhnya seorang hamba itu mendirikan solat tetapi tidak mendapat pahala kecuali sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah." (HR Abu Daud, An Nasai).

Alhamdulillah, semoga dengan kesedaran ini kita boleh memperbaiki sifat solat kita untuk menyamai sifat solat Nabi SAW. Sabda Rasulullah SAW, "Solatlah kamu sepertimana kamu lihat aku solat" (HR Bukhari dan Ahmad, dalam Irwaul Ghalil 213).
http://www.armansur.com/viewtopic.php?forum=1&topic=95

Sudah berakhir Ramadan. Bagaimana kualiti puasa kita? Berapa agaknya markah yang nak kita beri kepada puasa kita, kalau markah penuh ialah 10?

Yang pasti puasa di Malaysia ini memang hanya menuju kepada makanan. Ada siapa yang hendak mempertikaikan? Kenapa tiba-tiba ada Bazaar Ramadan. Kenapa tiba-tiba ada makanan yang pelik-pelik belaka. Pendek kata soalannya tetap: "Mengapa bulan puasa mesti dikaitkan dengan pesta makanan?" Inilah dia suasana puasa di Malaysia: Pesta Makanan.

Akhbar yang nak mengampu Islam Hadhari pun seperti biasa membelit -- katanya, "Bazaar Ramadan wujudkan peluang perniagaan kepada umat Islam." Pandai atau tak membelit? Isunya ialah puasa dikaitkan dengan makanan dan pembaziran, kenapa dibelit kepada peluang perniagaan. Peluang perniagaan apa kalau hanya setahun sekali berjualan. Adakah ia layak disebut perniagaan atau berjualan?

Wartawan-wartawan ini perlu ditarbiyah sikit. Semasa kes Syarifah Aini vs Siti Nurhaliza dulu, ada lelaki yang kena tangkap kemudian ada beberapa komputer di rumahnya. Yang peliknya, komputer itu diangkut, kemudian wartawan menambah, "didapati ada komputer di rumahnya dipercayai digunakan untuk menulis emel." Kelakar.

Baru-baru ini ada serbuan di utara, budak UUM jual VCD palsu melalui internet. Punya bangang wartawan TV3, main tembak, "Dipercayai telah mengaut jutaan ringgit dengan menjual VCD palsu melalui internet." Hakikatnya kalau dia boleh menjual RM100 sebulan pun dah merupakan satu keajaiban.

Lepas terawih, sekali 'ter'lepak dengan sahabat yang pernah berpuasa di Mekah. Katanya, di sana suasananya amat berbeza. Di Malaysia mengejar makanan, di sana terkejar-kejar mengejar peluang untuk beribadat.

Semoga makin berubah hendaknya suasana puasa di Malaysia ini. Moga makin ada kesedaran supaya puasa di Malaysia kembali semula seperti tahun-tahun dahulu, sebelum wujudnya Bazaar Ramadan.

Bukan saya iri hati tapi sakit mata bila melihat anak-anak yatim di Pinggir Taman Tun Dr Ismail ini setiap petang berbuka puasa di hotel. Sekali lagi, mengapa mesti dikaitkan dengan makanan? Begitukah cara hendak mendidik anak (termasuk anak yatim)?

Satu risalah dari JIM telah menyedarkan saya, betapa selama ini kita membazir dan saban hari mencurahkan garam ke dalam laut. Risalah JIM itu, agak terlambat sampai ke masjid-masjid. Semoga tahun depan akan tersedar dan melaksanakan saranan JIM itu.

Kita perhatikan cara membuang garam ke laut -- adanya majlis buka puasa di masjid (bahkan setiap masjid di KL ini) setiap petang. Perlukah itu? Contohnya di Masjid Sungai Pencala ini sejak bertahun-tahun ada majlis berbuka puasa dengan bajetnya RM400 setiap petang dari mereka yang menderma. Untuk apa? Sedangkan di rumah masing-masing boleh berbuka puasa. Yang saya lihat, Indon yang menunggu makan free di masjid. Ramai yang meragui sama ada puasa atau tidak. Selepas berbuka (atau makan free) sepatutnya solat Maghrib berjemaah. Yang peliknya, ramai yang lesap selepas makan.

Bukankah bajet RM400 itu sebaiknya disalurkan kepada mereka yang sangat memerlukan makanan untuk berbuka puasa. Rasanya di Malaysia tidak ada yang memerlukan makanan di masjid sebab masing-masing berbuka puasa di rumah atau hotel. Itulah maksudnya mencurah sekilo garam ke dalam laut, setiap petang selama 30 hari. Itulah juga yang JIM anjurkan supaya bajet buka puasa itu dibawa ke tempat yang sangat memerlukan seperti di Kemboja dan Selatan Thai. Di sana menurut JIM, mereka sangat memerlukan makanan untuk berbuka puasa.

Menderma biar kena tempatnya, jika tidak, ibarat mencurahkan garam ke dalam laut. Kalau tidak, jadi seperti Robin Hood -- niatnya bagus, caranya tak bagus, sampaikah matlamatnya?

Di Balai Islam atau Masjid Al-Gufran di Pinggir Taman Tun Dr Ismail pula bajetnya RM1,900 setiap hari, walau makanannya macam makanan musafir. Saya rasa inilah masjid yang paling banyak membazir -- ada aircon. Bukan tak boleh, tetapi ada tempat lain yang lebih memerlukan, berbanding bermewah-mewah begitu. Di Kemboja terkial-kial hendak mendapatkan dana membina masjid, di sini bermewah-mewah dengan memasang aircon. Kemudian seperti di Baitul Maqdis pula, ada dua jaga Nepal mengawal. Bukan satu, tapi dua. Apa yang hendak dikawal? Bukankah itu satu lagi pembaziran? Memang agak pelik pentadbiran masjid tersebut sejak dipengerusikan oleh satu personaliti yang mukanya seperti orang kalah judi. Bila meletakkan yang bukan ahli pada tempatnya, tunggulah kehancuran. Biasa mendengar hadis begitu?

Inilah masalahnya di Malaysia ini -- masjid dan surau dipolitikkan. Memang semakin pelik bila badan-badan agama seperti jakim, jawi, rumi, ahmad jais ada kaitan dengan parti politik.

Pesta makanan dah berakhir. Kita bermewah-mewah dan membazirkan makanan setiap petang sedang di satu tempat lain, umat Islam seakan rela untuk mengutip makanan yang kita buang yang dibeli atas sebab nafsu membeli, bukan keperluan.

Pesta kedua ialah Pesta Membeli yang selalunya terjadi semasa transit antara Pesta Makanan dengan Hari Raya. Berduyun-duyunlah dari segenap pelusuk membeli-belah untuk Hari Raya. Ada tak ada mesti ada duit untuk memenuhi nafsu membeli. Masa ini tidak dapat membezakan antara kemahuan dengan keperluan.

Pesta ketiga pula terjadi semasa berduyun-duyun balik ke kampung dan balik bandar selepas balik kampung. Sejak dahulu lagi sudah 'branding' sebagai Pesta Kematian. Statistik kematian akibat kemalangan jalan raya makin meningkat. Apa puncanya? Ada yang cuba mencari punca? Orang yang gila publisiti macam Lee Lam Thye tak pernah mencari punca sebaliknya mencari kesempatan konon nak membantu mengurangkan kemalangan dan jenayah. Makin meningkat bukan makin berkurang.

Apa puncanya? Bagi pendapat saya puncanya ialah tak sabar dan nak menayang. Tak sabar nak sampai rumah nak menayang kereta yang seperti sarkis -- ekzos boleh masuk ular sawa, sport rim, dan entah apa-apa lagi. Tak sabar nak menayang kerendahan IQ di kampung halaman. Kalau nak mati, matilah seorang akibat tak sabar dan menayang itu. Masalahnya, akibat tak sabar dan menayang itu orang yang tak bersalah turut sama mati.

Tiga pesta besar berlaku dalam masa sebulan di negaraku tercinta. Sejenak menung -- rasanya tidak ada negara di dunia ini yang mengadakan 3 pesta besar dalam masa sebulan seperti itu selain di negaraku tercinta Malaysia.

Wednesday, October 18, 2006

Bismillahi rahmani rahim
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

selamat hari raya pada kawan2 semua. dalam berseronok, jgn lupa yg kurang upaya... maybe boleh gi lawat rumah anak yatim ke rumah orang2 tua2 ke waktu raya nanti kalau sempat. sometimes showing our face & sembang2 sikit lebih bermakna utk mereka dan kita (sbb kita betul2 interact & terasa sedihnya, syahdu bila tgk & reflect on our nikmat) dari just bagi duit je..

stay safe & doa byk2 dalam perjalanan.. doakan jugak utk kawan2 semua + ummat Islam as a whole. May Allah help us overcome the evilness in this world. May He accept all our good deeds and perfect them.. for HE KNOWS that even our best deeds are truly lacking and faulted. May He forgive us for all our shortcomings and help us improve and become better servants of His. Loved and beloved by Him and all good creatures, amin! taqabbala Allahu minkum wa minna...
may peace and blessings be upon our beloved leader and prophet of Allah...



minal aidin wal faizin
In pursuit of Allah's pleasure *
abu wa umm baby (belum pilih nama!)

Tuesday, October 03, 2006

Sometimes

It's nice to be close to someone, to share the warmth, to let the flow of
emotions overtake you. But as the law of nature tells us, the closer we are
.. the higher friction it would create. For each and every slight movement,
we could feel it rustle. And I couldn't agree more.

The Extra-Special Fasting

Extra-special Fasting means fasting of the heart from unworthy concerns and wordly thoughts, in total disregard of everything but God, Great and Glorious is He, and the Hereafter; it is broken by thinking of worldly matters, except for those conducive to religious ends, since these constitute provision for the Hereafter and are not of this lower world.
 
Those versed in the spiritual life of the heart have even said that a sin is recorded against one who concerns himself all day with arrangements for breaking his Fast. Such anxiety stems from lack of trust in the bounty of God, Great and Glorious is He, and from lack of certain faith in His promised sustenance.
 
Excerpted from the Inner Dimensions of Worship by Imam al-Ghazali.

Saturday, September 16, 2006

Slide Show Perkahwinan Faiz & Nur Zahirah (Putrajaya Side)

Klik di sini

Wednesday, August 09, 2006

Keutamaan Dalam Hidup

Motivasi Mutiara Dr Danial - Keutamaan Dalam Hidup
2006-07-12

Assalamualaikum wbt. Tuan-tuan & puan-puan yang saya muliakan,

Alhamdulillah pertandingan bolasepak Piala Dunia FIFA telah selesai. Semoga kesemua kita kembali seperti sediakala dan tidak lagi kita terabai dan alpa dengan perkara-perkara yang kurang penting. Pada pagi ini Dr Danial hendak mulakan dengan memohon maaf terlebih dahulu sebab saya hendak menceritakan tentang satu insiden yang berlaku yang melibatkan diri saya. Oleh sebab cerita ini mempunyai perkaitan dengan diri saya sendiri, saya perlu memohon maaf sebab takut disalah fahami oleh pihak anda. Tujuan saya menceritakannya kerana disebalik kisah ini ada satu iktibar yang hendak saya sebutkan akhirnya.

Baru-baru ini selepas selesai saya menyampaikan satu ceramah di luar kawasan Pulau Pinang dan di hujungnya saya mengatakan dalam masa 2 bulan lagi insyaallah buku terbaru saya akan diterbitkan. Buku yang bertajuk Kecemerlangan Islam Dari Teropong Sains. Saya
mengatakan bahawa di dalam buku itu saya memfokuskan tentang sains. Diantaranya ialah solat dan sains, Zikrullah dan sains. Kesemuanya yang berkaitan dengan islam, saya kaitkan dengan sains. Insyaallah 2 bulan lagi akan diterbitkan dan ia merupakan buku ke ? 11 Dr Danial
alhamdulillah.

Selepas itu saya telah dikerumuni oleh satu kumpulan pensyarah dari universiti tertentu. Mereka bertanya kepada saya bagaimana saya boleh memberikan masa sehingga boleh menulis sebanyak 11 buah buku sedangkan saya juga sibuk dengan klinik, motivasi di radio, khutbah, ceramah-ceramah, syarikat, keluarga dan seumpamanya. Satu soalan yang berbentuk peribadi yang susah untuk saya menjawabnya sebab jika saya menjawab, seolah-olahnya saya hendak menceritakan tentang kehebatan diri sedangkan saya masih menyedari saya masih lagi lalai,
alpa, cuai. Disudut ibadah masih banyak lagi kekurangan yang ada pada diri saya. Masakan saya bersedia untuk menceritakan tentang kehebatan saya. Itu tak mungkin bisik hati kecil saya. Saya tidak mahu menipu diri sendiri tetapi saya perlu menjawab sesuatu.

Akhirnya saya bertanya kepada mereka. Sekarang musim bolasepak piala dunia PIFA. Adakah anda semua bangun pagi untuk menonton bolasepak. Kesemua pensyarah itu tersenyum simpul sambil mengakui ada menonton bolasepak. Dalam masa sebulan ini hampir setiap pagi kami akan bangun untuk menonton pertandingan bolasepak. Saya bertanya kepada mereka adakah mereka tidak merasa mengantuk. Mereka mengakui merasa mengantuk tetapi oleh sebab mempunyai matlamat dan tujuan untuk bangun menonton bolasepak maka hilanglah mengantuknya. Saya berkata kepada mereka, saya alhamdulillah kerana tidak sekalipun saya bangun pagi untuk menonton bola.

Mereka berkata mungkin Dr Danial tidak meminati bola. Tidak!! kata saya. Saya berbohong jika mengatakan kepada anda bahawa saya tidak meminati bola. Alhamdulllah ketika di sekolah Menengah Jelutung dahulu dari tingkatan 1 ? 5 saya mewakili sekolah dan dalam masa itu kami telah menjadi johan seluruh Pulau Pinang sekali dan naib johan seluruh Pulau Pinang sekali.. Ketika belajar di luar negara iaitu Alexandria saya menjadi kapten bolasepak pelajar-pelajar Malaysia di sana. Jadi saya meminati bolasepak malah pernah menjadi kapten semasa
berada di luar negara satu ketika dahulu. Saya amat meminati bolasepak tetapi tidak bangun pagi untuk menonton bolasepak.

Mengapa??. Saya merasakan itu membuangkan masa. Saya ada perkara yang lebih penting yang perlu dilakukan. Jika tuan-tuan sanggup berkorban seperti yang dilakukan untuk bangun pagi kerana bolasepak, tuan-tuan boleh menulis lebih banyak buku daripada saya. Boleh menghafaz quran, hadis-hadis, menguasai bahasa arab untuk memahami bacaan al-quran
dan boleh melakukan banyak lagi perkara kebaikan jika tuan-tuan sanggup berkorban sebagaimana yang tuan-tuan lakukan untuk menonton bolasepak sebulan ini.

Rumusannya ialah kita ini sibuk tetapi sibuk kepada perkara yang tidak penting. Sebab itu kita tidak banyak boleh mencapai kegemilangan dalam hidup walaupun kita sibuk kesana kemari. Bagi saya, tuan-tuan & puan-puan yang saya muliakan orang yang berjaya ialah orang
yang menjadikan perkara utama itu utama dan perkara kedua itu kedua. Orang yang sentiasa tidak berjaya, cemerlang, gemilang dan terbilang ialah mereka yang menjadikan perkara kedua itu pertama atau dalam bahasa sekarang sekundar menjadi primar.

Mari sama-sama kita kenali keutamaan dalam hidup kita. Tentukan keutamaan. Meminati bolasepak adalah perkara biasa terutama bagi kaum lelaki. Sekarang kaum hawa pun nampaknya sudah meminati bolasepak. Tetapi ingat, jangan sampai bolasepak menjadikan kita
tersepak. Jangan sampai kita yang menjadi bola bukan bola yang menjadi bola. Kita yang terpelanting ke sana kemari disamping juga dengan bola. Jangan itu berlaku kepada kita. Akhirnya kita akan merungut tidak ada timelah. Tidak ada masalah untuk mengaji quran, tidak ada masa untuk menulis buku. Tidak ada masa untuk menghafaz sedikit sebanyak dari quran. Tidak masa untuk melakukan kebaikan itu dan ini. Tidak ada masa!! masa!! masa!! sedangkan persoalannya ialah bukan kita tidak ada masa cuma kita tidak pandai untuk mengurus masa. Masa ada. Kita menarik nafas sepenuh masa tetapi tidak pandai mengurus masa.

Maka benarlah Allah swt berfirman dalam surah Al-Mukminun ayat 1-3 yang bermaksud " Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman, mereka itu ialah mereka yang khusyuk dalam solatnya dan tidak menghabiskan masa untuk melakukan perkara yang sia-sia". Itulah contoh orang-orang yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Mereka menjaga solat
bukannya bangun pagi untuk menonton bolasepak kemudian tidak bersolat subuh. Mereka menjaga solat dan khusyuk dalam solat. Kedua mereka tidak membuang masa kepada perkara yang tidak penting.

Semoga insyaallah kita tidak membuang masa pada perkara yang tidak bermanafaat dan semoga Allah berikan kekuatan kepada kita bersama untuk melakukan yang terbaik bagi hidup kita. Insyaallah. Boleh saja meminati bola tetapi jangan anda dan saya menjadi bola. Semoga
Allah memberikan kekuatan kepada kita.

Monday, August 07, 2006

U6.1 Tempat Untuk Bersalin?

Knock, knock, knock!!

Assalamu 'alaykummm ..

Tumpang tanya. Ada sesiapa yang tahu hospital mana yang bagus untuk delivery/bersalin? Preferably area Shah Alam atau Putrajaya =)

Jzkk.




















* Gambar my first niece: Humaira Muhammad Munawar
KdBA2.1: Kemanisan di Indiana

Indiana merupakan satu tempat yang kaya dengan jagung. Kami selalu membeli jagung di Walmart, lima biji jagung untuk sedollar. Paling sedap jagung in apabila dibakar. Mmmm .. memang manis bangat!!



Tapi entah kenapa, kini bilamana saja saya melihat jagung saya selalu teringatkan tentang semangat saya semasa muda untuk menuntut ilmu minhaaj ul-hayaah (the knowledge of the way of life).

Di universiti dulu pada setiap minggu, hari Jumaat merupakan hari yang paling dinanti oleh saya, rakan-rakan saya, Waheed, Mahbub Majumder, Tarek Zeni dan Sarosh Arunkumar. Bukan kerana hari tersebut adalah hari terakhir kelas untuk minggu itu, tapi kerana sekejap lagi pada setiap Jumaat kami akan pergi ke Indianapolis. Usai sahaja kelas lebih kurang jam 5.30 petang, kami akan bergegas ke Islamic Center of Greater Lafayette, solat asar dan menaiki kereta untuk ke Islamic Center of Indianapolis.

Perjalanan dari Lafayette ke Indianapolis memakan masa selama sejam. Lebuhraya di antara kedua bandar tersebut dipenuhi dengan hutan dan ladang-ladang jagung. Dalam perjalanan kami akan diskusi tajuk-tajuk yang berkaitan dengan kehidupan, kepercayaan dan fiqh.
Sesampai sahaja di Islamic Center kami akan solat maghrib dan kemudian terus mendengar kuliah seerah dari seorang shaykh dari Maghribi. Beliau pernah berguru dengan Shaykh Syed Ramadhan Al-Buti (penulis buku Fiqh us-Sirah yang banyak menjadi rujukan usrah di Malaysia). Memang cara kupasan beliau cukup menyentuh hati dan menyegarkan.

Mungkin kerana itulah, setiap kali saya melihat jagung saya akan teringat akan kemanisan jagung Indiana. Dan setiap kali terbayang akan kemanisan jagung Indiana, hati saya akan berbisik, kemanisan menuntut ilmu minhaj ul-hayaah di Indiana pasti berganda manisnya.

"Dan di dalam diri manusia ada suatu kekosongan yang tidak akan dapat diisi dan tidak akan dapat dipenuhi kecuali dengan mengingati Allah".


Boikot Produk AS, Senjata Ampuh untuk Lawan Arogansi AS dan Israel
Senin, 7 Agu 06 11:21 WIB

Kampanye boikot produk-produk AS mulai menggema di sejumlah negara Muslim, karena dukungan negara adidaya itu pada agresi Israel ke Libanon dan Palestina. Para sukarelawan di Arab Saudi misalnya, mulai mencetak ribuan selebaran dan mengirimkan SMS yang berisi seruan untuk memboikot produk AS.

"Demi Palestina dan Libanon, boikot produk-produk AS," demikian bunyi tulisan sebuah selebaran.

"Bom-bom kami adalah boikot untuk menjawab bom-bom pintar mereka," bunyi sebuah SMS.

"Di kota Riyadh saja, kami akan menyebarkan satu juta selebaran," kata seorang sukarelawan bernama Mahmmad Mahmmud.

Ia meminta setiap orang yang mendapatkan selebaran itu, untuk memperbanyaknya kembali dan menyebarkannya kepada saudara dan teman-teman mereka.

Kampanye boikot itu diluncurkan pada saaat pelaksaan sholat Jumat (4/8) di seluruh kerajaan Arab Saudi.

Israel telah membunuh sekitar 1.000 orang yang kebanyakan warga sipil sejak serangannya ke Libanon pada 12 Juli lalu. Serangan itu memicu kecaman dari organisasi-organisasi hak asasi manusia, karena bom-bom Israel kebanyakan ditujukan ke wilayah pemukiman sipil.

Serangan Israel itu didukung penuh oleh pemerintahan Bush dengan mengirimkan bom-bom berpresisi tinggi dan menghalang-halangi upaya dunia internasional untuk menerapkan gencatan senjata.

Resolusi terbaru yang dikeluarkan AS-Perancis juga tidak memuaskan pemerintah Libanon karena tidak menyerukan gencatan senjata dan penarikan mundur pasukan Israel ke selatan Libanon. Perancis dalam draft aslinya, bahkan membuat sejumlah konsensi untuk mendapatkan dukungan AS atas draft yang baru.

Selain melalui selebaran dan pamflet, masyarakat Arab Saudi menyebarkan kampanye boikot melalui blog dan melalui ruang-ruang chatting di internet.

"Jika kita tidak bisa pergi dan berjuang bersama saudara-saudara kita di Libanon dan Palestina, mari dukung mereka dengan uang dan kesepakatan untuk menghancurkan perekonomian musuh-musuh mereka," tulis seorang blogger dengan semangat.

Ia mencontohkan kerugian ekonomi yang diderita Denmark ketika masyarakat Muslim memboikot produk Denmark, setelah kasus penghinaan nabi Muhammad Saw oleh sebuah surat kabar Denmark.

Kaum intelektual di Arab Saudi, telah menyuarakan dukungan mereka terhadap Hizbullah dan pemimpinnya Hassan Nasrallah. Mereka tidak mempedulikan sebuah fatwa usang yang dikeluarkan seorang ulama Saudi yang melarang Muslim Sunni di Saudi membantu perjuangan gerakan Syiah di Libanon.

Senjata Paling Ampuh

Boikot dinilai menjadi senjata paling ampuh untuk melawan kebrutalan Israel yang didukung AS, di Palestina dan Libanon. Para cendikiawan meyakini, boikot dari sisi ekonomi yang dilakukan oleh masyarakat Muslim dan Arab, yang selama ini merasa telah dikhianati oleh rejim pemerintahannya, bisa efektif

"Boikot sudah terbukti sukses sebelumnya, ketika hal itu dilakukan terhadap restoran-restoran Amerika dan produk-produk Denmark," kata Profesor Fuad Taha Abdul Halim dalam sebuah seminar di Universitas Al-Azhar hari Sabtu (5/8).

Ia mengecam sejumlah pemimpin Arab yang bisu melihat pembantaian di Palestina dan Libanon. "Para pemimpin Arab sekarang pengecut dan tidak mengizinkan rakyat mereka melakukan sesuatu," kata Abdul Halim.

Ia mengatakan, para pemimpin Arab seharusnya malu dengan negara Venezuela yang menunjukkan keprihatinannya atas pembantaian warga sipil yang dilakukan oleh Israel, dengan menarik duta besarnya di Tel Aviv.

Mesir, Yordania dan Mauritania, negara-negara Arab yang memiliki hubungan diplomatik dengan Israel, menyatakan menolak seruan agar mengusir perwakilan Israel di negaranya. (ln/iol)



*jom buat dekat Msia jugak!

^a7laam

Thursday, August 03, 2006

bismillah walhamdulillah
wassolatu wassalam
ala rasulillah

*wherever you go and find darkness in your life: what you have to do is to light the lamp within yourself

* Do not give up on yourself, because change is usually slow; you will encounter obstacles that will discourage you, but do not let those obstacles defeat you.


sharing from You Can Be The Happiest Woman in the World- Dr 'A'id al-Qarni
gift from a dear sister of mine, may Allah always protect and have mercy on her.


^a7laam (bukan braderfaiz) :)

Monday, July 31, 2006

Agar Anak Mencintai Ilmu
Monday, 31 July 2006

Perumpamaan orang yang mempelajari ilmu pada waktu kecil adalah seperti memahat batu, sedangkan perumpamaan mempelajari ilmu ketika dewasa adalah seperti menulis di atas air. [HR. ath-Thabrani dari Abu Darda' ra].

Dalam sejarah, tidak ditemukan suatu agama yang mendorong pemeluk-nya untuk memberikan pengajaran kepada anak-anak seperti Islam. Islam menjadikan seorang Muslim memiliki antusiasme yang sangat tinggi untuk belajar dan mengajar. Antusiasme inilah yang menjadikan mereka sangat isimewa sepanjang sejarahnya yang panjang. Apalagi bagi mereka, menuntut ilmu adalah ibadah yang paling utama, yang bisa dijadikan media untuk mendekatkan diri kepada Alllah.


Masa kanak-kanak merupakan fase yang paling subur untuk melakukan pembinaan keilmuan dan pemikiran. Pada masa ini daya tangkap dan daya serap otak mereka berada pada kemampuan maksimal; dada mereka lebih longgar dan lebih hapal terhadap apa yang mereka dengar. Abu Hurairah ra. meriwayatkan secara marf?', bahwa Rasulullah saw. bersabda (yang artinya): Siapa yang mempelajari al-Quran ketika masih muda, maka al-Quran itu akan menyatu dengan daging dan darahnya. Siapa yang mempelajarinya ketika dewasa, sedangkan ilmu itu akan lepas darinya dan tidak melekat pada dirinya, maka ia mendapatkan pahala dua kali. (HR al-Baihaqi, ad-Dailami, dan al-Hakim).

Agar para orangtua dapat mengarahkan anak melangkah menuju ilmu, belajar, serta mencintai ilmu dan ulama, ada beberapa hal penting yang harus ditempuh:

1. Tanamkan bahwa menuntut ilmu adalah perintah Allah Swt.

Kecintaan anak kepada Allah, yang seyogyanya sudah terlebih dulu ditanamkan, akan memunculkan ketaatan pada perintah-Nya dan takut akan azab-Nya, termasuk dalam menuntut ilmu. Cinta dan takut kepada Allah akan memunculkan sikap konsisten dalam mencari ilmu tanpa bosan dan dihinggapi rasa putus asa.

2. Tanamkan bahwa al-Quran adalah sumber kebenaran.

Al-Quran sebagai sumber kebenaran (QS al-Maidah [5]: 48) sejak awal harus disampaikan oleh orangtua kepada anak. Semua yang benar menurut al-Quran itulah yang harus dan boleh dilakukan. Ini memerlukan keteladanan orangtua. Dengan begitu, anak akan melihat realisasi al-Quran sebagai sumber kebenaran dalam setiap perilaku orangtuanya. Begitu pula ketika menilai suatu keburukan, semuanya dinilai dengan standar al-Quran.

3. Ajarkan metode belajar yang benar menurut Islam.

Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani menjelaskan dalam kitab As-Syakhshiyah al-Isl?miyyah jilid 1, bahwa Islam mengajarkan metode belajar yang benar, yaitu:
1. Mempelajari sesuatu dengan mendalam hingga dipahami apa yang dipelajari dengan benar.
2. Meyakini ilmu yang sedang dipelajari hingga bisa dijadikan dasar untuk berbuat.
3. Sesuatu yang dipelajari bersifat praktis, bukan sekadar teoretis, hingga dapat menyelesaikan suatu masalah.

Dalam mempelajari alam semesta, misalnya, dikatakan secara teoretis bahwa bulan mengelilingi bumi. Untuk menjadikannya sebagai pemahaman yang mendalam haruslah anak diajak melihat fakta bulan, yang dari hari ke hari berubah bentuk dan besarnya. Dengan demikian, anak pun menjadi yakin bahwa perubahan tanggal setiap harinya adalah karena peredaran bulan. Dengan begitu, ia dapat mengetahui bahwa menentukan tanggal satu Ramadhan, misalnya, adalah dengan melihat bulan.

4. Memilihkan guru dan sekolah yang baik bagi anak.

Guru adalah cermin yang dilihat oleh anak sehingga akan membekas di dalam jiwa dan pikiran mereka. Guru adalah sumber pengambilan ilmu. Para Sahabat dan Salaf ash-Sh?lih sangat serius di dalam memilih guru yang baik bagi anak-anak mereka.

Ibnu Sina dalam kitabnya, As-Siy?sah, mengatakan, "Seyogyanya seorang anak itu dididik oleh seorang guru yang mempunyai kecerdasan dan agama, piawai dalam membina akhlak, cakap dalam mengatur anak, jauh dari sifat ringan tangan dan dengki, dan tidak kasar di hadapan muridnya."

Imam Mawardi (dalam Nash?hah al-Mul?k hlm. 172) menegaskan urgensi memilih guru yang baik dengan mengatakan, "Wajib bersungguh-sungguh di dalam memilihkan guru dan pendidik bagi anak, seperti kesungguhan di dalam memilihkan ibu dan ibu susuan baginya, bahkan lebih dari itu. Seorang anak akan mengambil akhlak, gerak-gerik, adab dan kebiasaan dari gurunya melebihi yang diambil dari orangtuanya sendiri."

Begitupun memilihkan sekolah yang baik yang di dalamnya diajarkan hal-hal yang tidak bertentangan dengan agama, apalagi yang merusak akidah anak-anak Muslim. Banyak orangtua memilih sekolah untuk anaknya sekadar agar anak dapat memperoleh ilmu dan prestasi yang bagus, tetapi lupa akan perkembangan kekokohan akidah dan akhlaknya.

Namun demikian, tentulah guru yang paling pertama dan utama adalah orangtuanya, dan sekolah yang paling pertama dan utama adalah rumah tempat tinggalnya bersama orangtua.

5. Mengajari anak untuk memuliakan para ulama.

Abu Umamah ra. menuturkan bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda (yang artinya): Ada tiga manusia, tidak ada yang meremehkan mereka kecuali orang munafik. Mereka adalah orangtua, ulama, dan pemimpin yang adil. (HR ath-Thabrani).

Ulama adalah pewaris para nabi. Memuliakan dan menghormati mereka, bersikap santun dan lembut di dalam bergaul dengan mereka, adalah di antara adab yang harus dibiasakan sejak kanak-kanak. Memuliakan ulama menjadikan anak akan memuliakan ilmu yang diterimanya, yang dengannya Allah menghidupkan hati seseorang. Abu Umamah ra. juga menuturkan bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda (yang artinya): Sesungguhnya Luqman berkata kepada putranya, "Wahai anakku, engkau harus duduk dekat dengan ulama. Dengarkanlah perkataan para ahli hikmah, karena sesungguhnya Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah, sebagaimana Dia menghidupkan bumi yang mati dengan hujan deras." (HR ath-Thabrani).

6. Membiasakan seluruh keluarga membaca dan menghapal ayat-ayat al-Quran dan Hadis Nabi saw.

Dalam membina akidah anak, mengajarkan al-Quran dan Hadis Nabi saw. adalah hal yang utama dalam membentuk mentalitas anak. Keduanya merupakan sumber untuk menghidupkan ilmu yang akan menyinari dan menguatkan akal. Para Sahabat ra. sangat berambisi sekali mengikat anak-anak mereka dengan al-Quran. Anas bin Malik ra., setiap kali mengkhatamkan al-Quran, mengumpul-kan istri dan anak-anaknya, lalu berdoa untuk kebaikan mereka.

Pada masa Rasulullah saw. masih hidup, Ibnu Abbas ra. telah hapal al-Quran pada usia sepuluh tahun. Imam Syafii rahimahull?h telah hapal al-Quran pada usia tujuh tahun. Imam al-Bukhari mulai menghapal hadis ketika duduk dibangku madrasah dan mengarang kitab At-T?r?kh pada usia 18 tahun.

7. Membuat perpustakaan rumah, sekalipun sederhana.

Mempelajari ilmu tak akan lepas dari kitab ataupun buku-buku sebagai media referensi yang senantiasa akan memenuhi kebutuhan ilmu. Keberadaan perpustakaan rumah menjadi hal yang sangat penting untuk mengkondisikan anak-anak seantiasa dekat dengan ilmu dan bersahabat dengan kitab-kitab ilmu.

Imam asy-Syahid Hasan al-Banna dalam Ris?lah-nya, Sarana Paling Efektif dalam Mendidik Generasi Muda dengan Pendidikan Islam yang Murni, mengatakan, "Adalah sangat penting adanya perpustakaan di dalam rumah, sekalipun sederhana. Koleksi bukunya dipilihkan dari buku-buku sejarah Islam, biografi Salafus Sh?lih, buku-buku akhlak, hikmah, kisah perjalanan para ulama ke berbagai negeri, kisah-kisah penaklukan berbagai negeri, dan semisalnya…."

8. Mengajak anak menghadiri majelis-majelis kaum dewasa.

Nabi saw. pernah menceritakan bahwa beliau ketika masih kecil juga turut menghadiri majelis-majelis kaum dewasa. Beliau mengatakan: "Aku biasa menghadiri pertemuan-pertemuan para pemuka kaum bersama paman-pamanku…." (Diriwayatkan oleh Abu Ya'la dengan sanad sahih dalam Musnad-nya [2/157] dan oleh Ahmad [1/190]).

Dengan membawa anak-anak ke majelis orang dewasa, akalnya akan meningkat, jiwanya akan terdidik, semangat dan kecintaannya kepada ilmu akan semakin kuat. Wall?hu a'lam bi ash-shaw?b.

Oleh: Rasyidah Munir

Wednesday, July 26, 2006

Jordan Islamic Hospital: Hospital Tubuh Badan dan Sekolah Kehidupan Saya

Oleh: Muhammad Haleem

Semasa di Jordan, saya pernah dirawat sebanyak dua kali di Jordan Islamic
Hospital. Nama itu adalah nama yang berat untuk dipikul oleh sebuah
hospital kerana ia membawa kepada masyarakat menilai setiap aspek hospital
tersebut sama ada menepati Islam atau tidak. Memang tidak dinafikan,
hospital tersebut cuba menjaga pelbagai sudut operasinya agar
menepati Islam. Saya menghargainya.

Misalnya, wad lelaki dan perempuan diasingkan, di mana wad perempuan
dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan perempuan. Daripada jururawat,
hinggalah kepada kerani dan pekerja membersih lantai. Manakala di wad
lelaki pula, keadaannya sama iaitu semua jururawat dan kakitangan yang
lain, lelaki. Mungkin kita sinis dengan situasi begini, tetapi
sekurang-kurangnya Jordan Islamic Hospital telah mengorak langkah.

Namun, apa yang saya kenang sampai bila-bila adalah budi bahasa kakitangan
hospital tersebut. Selepas menerima rawatan, saya diserahkan bil sebanyak
JD1200 iaitu kira-kira RM7 ribu. Tentulah jumlah ini mustahil untuk saya.
Saya bertanya, apakah ada peluang untuk saya memohon bantuan kewangan atau
mungkin dikurangkan jumlah bil tersebut. Saya diberitahu oleh kakitangan
kewangan hospital, agar berjumpa terus dengan pegawai yang bertanggungjawab
di dalam hal ini.

"Saya mohon agar dikurangkan bayaran bil ini kerana jumlahnya terlalu
besar. Saya memilih untuk menjalani pembedahan di hospital ini kerana saya
yakin dengan 'kualiti perkhidmatan' yang diberikan, di samping suasana
Islamnya', saya cuba memohon pertimbangan.

"Ya akhuy!, bagaimanakah kesihatan kamu sekarang?", itu ayat yang keluar
dari mulut pegawai tersebut.

"Alhamdulillah beransur baik. Syukur kepada Allah.", saya menjawab sambil
terpinga-pinga menanti jawapan tentang bil itu tadi.

"Selain rawatan, apakah yang kamu dapat selama kamu berada di hospital
ini?", tanyanya lagi.

"Saya dapat dua orang kawan baru. Seorang pesakit berbangsa Sudan yang
menghadiahkan saya lawatan setiap hari. Dia sentiasa membantu saya bangun
untuk mengerjakan Solat. Seorang lagi adalah pesakit dari selatan Jordan.
Dia menghadiahkan saya senaskhah al-Quran dan seutas tasbih.

Pelajaran berharga yang saya dapat adalah PERSAUDARAAN ISLAM", saya cuba
memberikan penjelasan.

"Setujukah kamu kalau saya katakan Islam itu indah?", beliau seakan-akan
cuba menduga saya.

"Ya, memang indah", saya menjawab.

"Jika persaudaraan menjadi Islam, ia menjadi persaudaraan yang indah. Jika
kehidupan kita menjadi Islam, ia menjadi kehidupan yang indah. Jika
hospital ini menjadi Islam, ia pasti menjadi hospital yang indah. Betul
tak?", beliau tersenyum kepada saya.

"Ya, saya hanya sakit fizikal, tetapi fikiran dan jiwa saya tenang.", saya
membalas.

" Ya akhi, tulislah di kertas ini apa-apa cadangan kamu untuk kami
tingkatkan kualiti perkhidmatan kami di sini. Kamu sudah membayar 200 Dinar
semasa pendaftaran tempoh hari, betul tak?", ujarnya.

"Ya. JD200", saya menjawab.

"Nah, ambillah baki 60 Dinar. Jagalah kesihatan kamu sebab kamu pelajar
Syariah. Kamu perlukan kesihatan yang baik untuk melaksanakan tugas kamu di
dalam masyarakat", pegawai itu menghulurkan tiga keping wang kertas 20
Dinar bersama sekuntum senyuman.

Subhanallah, saya jadi keliru. Saya sepatutnya membayar JD1200 tetapi
akhirnya, menjadi hanya JD140 sahaja.

Saya cuba mendapatkan penjelasan berkenaan dengan hal ini. Kata pegawai
terbabit, mereka meletakkan cas yang standard kepada pesakit kerana
hospital itu adalah hospital pakar swasta. Namun, ia adalah keperluan,
bukan tujuan. Sebarang bantuan kewangan, hanya dihulurkan jika pesakit atau
warisnya mahu bertemu dengan pegawai yang telah ditetapkan. Dan apabila
bertemu, pegawai itu akan melaksanakan misinya menyampaikan mesej-mesej
Islam kepada pesakit atau waris tersebut.

Itulah kenangan saya semasa menerima rawatan dan pembedahan di Jordan
Islamic Hospital. Apa yang menjadi ingatan saya hingga ke hari ini,
bukanlah pada kecantikan landskapnya, atau wad dan bilik pembedahan yang
canggih. Tetapi yang menjadi ingatan untuk saya terus mendoakan kemajuan
hospital tersebut adalah pada budi bahasa pegawainya, serta
'pelajaran-pelajaran berharga' selama saya di hospital tersebut.

Mungkin ada yang ketawa sinis membaca cerita saya ini. Alahai macam
hospital di kayangan pula bunyinya!

Izinkan saya untuk membalas ketawa itu dengan senyuman. Seorang yang mahu
menikmati Syurga Akhirat, mestilah terlebih dahulu menikmati Syurga dunia.
Syurga dunia itu adalah pada kesejahteraan iman dan ketenangan diri yang
syukur, sabar dan redha. Jika rumah tangga kita bagai neraka, jika tempat
kerja kita bagai neraka,....

Maafkan saya, dari Allah jua dipohon keampunan.
Wassalamualaikum wbt.

Hizbullah: Siapakah Mereka?

oleh : Maszlee Malik

Jika umat Islam sedunia hanya mampu bersedih semenjak rakyat Palestin sekeluarga dibunuh dengan kejam oleh tentera rejim Zionis di Pantai Gaza, kini mereka boleh berasa bersemangat kembali. Serangan-serangan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat pasca kemenangan HAMAS di dalam pilihanraya Majlis Legaslatif yang lalu kini agak terubat. Pertamanya, operasi "al-Wahm al-Mubaddad" (prasangka yang dihapuskan) yang dilancarkan bersama oleh Briged al-Qassam (HAMAS), Alwiyat al-Nasir (Mantan Fatah) dan al-Jaysh al-Islami ke atas pos tentera Zionis di Kufr Abu Salim di dalam Palestin 1948. Operasi yang telah menyaksikan bagaimana pos kawalan tentera itu telah berjaya ditembusi dari bawah tanah dan menyebabkan tiga orang tentera mereka terkorban, tawanan seorang tentera mereka , kecedaraan ramai yang lain serta kemusnahan dua kereta kebal tercanggih rejim Zionis. Operasi tersebut benar-benar telah mengejutkan rejim Zionis yang selama ini menyangkakan bahawa rakyat Palestin lemah dan tidak berupaya menyerang balas.

Malangnya dengan alasan untuk membebaskan tenteranya yang ditawan itu, rejim Zionis telah mengorbankan (sehingga 18 Julai 2006) lebih 85 nyawa warga awam Palestin, mencederakan ratusan yang lain, merobohkan puluhan rumah dengan bedilan roket dan kereta kebal, menyerang universiti Islam Gaza, membedil pejabat-pejabat kerajaan, menculik 24 ahli parlimen HAMAS, menangkap 40 pegawai-pegawai kerajaan dan Dato' Bandar serta memenjarakan lima orang menteri kabinet kerajaan Palestin. Setiap hari semenjak 25 Jun 2006 (hari operasi tersebut dilaksanakan), bandar-bandar di Gaza dan Tebing Barat menjadi mangsa serangan tentera rejim Zionis. Malang sekali lagi, seperti yang diungkapkan oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyyeh, kemanakah dunia?, kemanakah masyarakat antarabangsa?, mengapakah sepi dan sunyi tanpa mengutuk kekejaman rejim Zionis tersebut.

Akhirnya kesunyian masyarakat antarabangsa ini telah dipecahkan oleh tindakan berani Hizbullah yang berpusat di selatan Lubnan. Kejayaan mereka menyerang konvoi tentera Zionis serta membunuh lapan orang tentera dan menawan dua yang lain adalah tindakan yang paling nekad dilakukan oleh Hizbullah. Sekali lagi rejim Zionis ditekan apabila Hizbullah memberikan syarat pemulangan dua tentera tersebut dengan pertukaran tahanan warga Lubnan, Syria dan Arab yang lain di penjara Zionis. Tindakan mereka juga seolah-olah menunjukkan kepada para pemimpin Arab yang bacul bagaimanakah caranya untuk mengajar rejim Zionis. Persoalan yang berlegar di dalam masyarakat masa kini adalah, "Siapakah Hizbullah?"


Pejuang Hizbullah sedang bersiap sedia menggempur rejim Zionis


Artikel ini akan cuba menjawabnya...

Syiah di Lubnan

Di dalam membicarakan tentang Hizbullah kita tidak dapat lari daripada membincangkan perihal komuniti Syiah di Lubnan. Lubnan merupakan sebuah negara Arab yang unik. Lubnan merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat dari pelbagai latar belakag agama dan mazhab. Kristian dari pelbagai gerejanya, seperti Maronites (yang dominan), Ortodoks, Katolik, Muslim Sunni dan Muslim Syiah, Druze dan lain-lain lagi merupakan di antara pluralisme masyarakat Lubnan. Keunikan ini telah menyebabkan mereka terpaksa bersatu di bawah sistem demokrasi versi kepuakan (taifiyyah). Sistem ini juga telah menjadi sebahagian daripada perlembagaan mereka. Kononnya sistem tersebut bertujuan untuk menjaga keharmonian. Pada hakikatnya bukanlah keharmonian yang ingin dijaga, tetapi kepentingan kaum Kristian Maronites yang merasakan ketuanan mereka di bumi tersebut. Bayangkan bilangan mereka yang kurang dari 30% dan dikelilingi oleh majoriti umat Islam, tetapi mereka mempunyai kuasa yang lebih dan berpengaruh di negara tersebut

Di kalangan kesemua kelompok itu, Syiah merupakan golongan yang paling minoriti dan lemah pada asalnya. Awal kurun ke-20 sehingga tahun 60'an telah menyaksikan bagaimana kelompok Syiah merupakan golongan yang terkebelakang dalam bidang ekonomi, pelajaran dan juga sosial. Mereka lebih dikenali sebagai kelompok yang mengasingkan diri dan sering dilayan sebagai warga kelas kedua di Lubnan. Walau bagaimanapun hal ini telah mula berubah pada tahun-tahun 70'an. AMAL, sebuah pertubuhan yang menjadi payung kepada masyarakat Syiah, terutamanya di kawasan selatan Lubnan telah berusaha memperjuangkan nasib dan hak mereka sebagai rakyat Lubnan. AMAL adalah singkatan kepada "Afwaj al-Muqawimah al-Lubnaniyah" (Batalion Penentangan Lubnan) dan AMAL di dalam bahasa Arab membawa maksud "Harapan". .

Perubahan ini disebabkan oleh kehadiran Musa Sadr, seorang ulama berketurunan Syiah Najaf yang tinggal di Iran telah berhijrah ke selatan Lubnan. Sebagai anak murid kepada Khomeini dan seorang ulama Syiah yang disegani beliau telah berjaya menyatukan kelompok Syiah di Lubnan yang sebelum itu bepecah belah. Beliau seorang pemimpin yang amat karismatik. Ucapan-ucapan beliau telah dapat menarik ramai pemuda-pemuda Syiah untuk bangkit dan memperbaiki kehidupan mereka. AMAL yang diasaskan oleh beliau telah berjaya menyatukan para pemuda Syiah untuk melakukan perubahan terhadap kehidupan masyarakat syiah di sana. Anak-anak muda yang sebelum itu kebanyakannya terpengaruh dengan fahaman kiri dan sosialis kini telah kembali ke jalan agama dan ke jalan Syiah yang dibawa oleh Sadr.


Hassan Nasrallah berjaya menggerakkan tentera-tenteranya menyerang rejim Zionis di selatan Lubnan.


Beliau telah berjaya meniupkan semangat revolusi di dalam hati para pemuda Syiah dengan membawa ideologi "Jihad Karbala" yang berinspirasikan kematian Hussein, cucu Rasualullah SAW yang telah dibunuh oleh Yazid bin Muawiyah. Pada thaun 1975, ketika meletusnya peperangan saudara di Lubnan, Sadr telah menubuhkan sayap ketenteraan AMAL. Keadaan sosio ekonomi golongan Syiah yang teruk itu telah mendorong ramai pemuda Syiah untuk menyertai sayap ketenteraan tersebut. Sikap tidak puas hati terhadap golongan Kristian Maronites yang berkuasa di Lubnan dan juga ahli Sunnah yang dominan juga telah mendorong AMAL untuk bersikap radikal.

Pada tahun 1978, ketika berkunjung ke Tripoli, Libya, Musa Sadr telah diculik dan hilang sehingga hari ini. Kehilangan beliau telah menimbulkan rasa marah para pengikutnya yang telah diterjemahkan kepada sikap radikalisme dan kesungguhan untuk berjuang demi Syiah. Walaupun beliau telah hilang, namun semangat revolusi beliau dan juga karismatik beliau sentiasa berada di dalam hati-hati para penganut mazhab Syiah di Lubnan sehingga ke hari ini. Setiausaha Agung Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah sehingga kini sentiasa menyebut nama Sadr di dalam ucapan-ucapannya. Bagi Nasrallah, Sadr merupakan ikon kepada perjuangan Syiah di Lubnan.

AMAL dan AMAL Islamiyyah

Kehilangan Sadr telah membawa perubahan di dalam AMAL. Perkembangan AMAL yang drastik dan juga kemajuan mereka telah membawa pertubuhan tersebut menceburkan diri ke dalam bidang politik. AMAL, pasca Sadr telah dipimpin oleh golongan professional Syiah dari kalangan pemuda mereka. Nabih Berri, seorang peguam dan wakil golongan profesional Syiah telah diberikan amanah untuk memimpin AMAL. Di bawah pimpinan Berri, AMAL telah bertukar menjadi sebuah pertubuhan nasionalis Syiah. Beliau lebih memperjuangkan nasib Syiah sebagai rakyat Lubnan dan memastikan golongan Syiah mendapat peranan yang lebih di dalam sistem politik Lubnan. Hal ini telah membuatkan golongan agama dan pemuda-pemuda pro-Iran tidak puas hati dengan Berri. Bagi mereka, tujuan asal penubuhan AMAL menurut inspirasi Sadr adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam seperti Iran.

Pada tahun 1982, satu peristiwa besar telah berlaku dan telah menyebabkan AMAL terus berpecah. Penjajahan rejim Zionis ke atas Lubnan dan juga operasi "Peace in Galilee" yang dilancarkan oleh Sharon pada ketika itu telah merubah lanskap AMAL. Rejim Zionis yang telah menerima kekalahan besar pada awalnya. Ini dapat dilihat pada angka kematian 500 tentera mereka akibat operasi tersebut, sepertimana yang telah disebutkan oleh Robert Fisk di dalam bukunya Pity the poor nation. (Lihat: Fisk (1992), Pity, London: Oxford Univ. Press, hal. 270). Kerugian yang amat besar di pihak Zionis ini telah memaksa pati Likud yang memerintah pada waktu itu untuk menerima usul AS demi menyelesaikan isu penjajahan tersebut. Likud terpaksa akur dengan keputusan tersebut kerana bimbang kehilangan sokongan rakyat terhadap mereka akibat kerugian besar di alami oleh pihak tentera rejim lewat peperangan itu.

Ronald reagen, Presiden AS pada waktu tersebut telah menghantar Philip Habib sebagai wakil mereka untuk menyelesaikan peperangan tersebut. Philip telah menjadi orang tengah di antara rejim Zionis dengan kumpulan-kumpulan di Lubnan. Presiden Lubnan pada waktu itu, Ilyas Sikis telah membentuk Jawatankuasa Penyelamat Nasional yang terdiri daripada lima orang wakil kelompok-kelompok di Lubnan. Berri merupakan salah seorang daripada mereka. Melalui perbincangan dengan Philip, beberapa keputusan telah dicapai. Antaranya, Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk gencatan senjata dan juga mengahalau para pejuang PLO yang berpusat di Lubnan keluar daripada negara tersebut. Perkara ini telah mendapat bantahan umat Islam secara majoriti di Lubnan. Presiden Lubnan yang baru naik menggantikan Sirkis, Rached Karami sendiri telah membantah keputusan tersebut. Menurutnya, ia adalah pengkhianatan terhadap perjuangan rakyat Palestin dan perjuangan menentang penjajahan Zionis. Keputusan tersebut juga dianggap bertentangan dengan inspirasi rakyat Lubnan yang ingin menghalau tentera Zionis keluar daripada negara mereka.

Walaupun sepanjang tempoh penjajahan Zionis, sayap ketenteraan AMAL telah mendapatkan momentum mereka. Malangnya, apabila Nabih Berri menyertai Jawatankuasa Penyelamat Nasional tersebut, pendokong AMAL, terutamanya golongan agama, para pemuda dan mujahidin telah menentang beliau. Perkara tersebut telah memaksa Hussain Musawi, orang nombor dua di dalam AMAL untuk membuat bantahan terbuka. Krisis tersebut telah cuba diselesaikan oleh Iran yang ingin menjadi orang tengah. Malangnya Berri enggan tunduk kepada keputusan Iran yang dilihat menyebelahi Musawi. Natijahnya, Musawi dan ramai dari kalangan anggota AMAL meninggalkan AMAL secara beramai-ramai dan berpusat di Baalbak, di Lembah Bika. Di sana, pada 12 Julai 1982, dia telah menubuhkan AMAL al-Islamiyyah. AMAL al-Islamiyyah ini menurut beliau adalah usaha untuk mengekalkan keaslian ajaran Khomeini dan juga Sadr di kalangan pengikut Syiah Lubnan. Kemunculan AMAL al-Islamiyyah ini merupakan titik awal tertubuhnya Hizbullah.

Pengawal Revolusi

Peperangan di antara Zionis dan rakyat Lubnan telah mengundang campurtangan Iran. Pada waktu yang sama penubuhan AMAL al-Islamiyyah, Iran telah menghantarkan lebih 1500 pengawal revolusi mereka ke sana melalui Syria. Pada asalnya, tujuan para pengawal yang merupakan para komando revolusi Iran itu adalah untuk menyertai peperangan membantu rakyat Lubnan melawan rejim Zionis. Keadaan pejuang Syiah Lubnan yang serba kekurangan dan juga tidak terlatih telah menukar haluan para pengawal tersebut. Mereka telah mengambil peranan sebagai pelatih kepada para pejuang Syiah AMAL al-Islamiyyah dengan pelbagai latihan peperangan. Mereka juga telah mendidik para pemuda Syiah dengan ajaran Syiah yang sebenarnya dan juga doktrin-doktrin Khomeini. Akhlak, kesungguhan dan juga semangat para pengawal revolusi telah berjaya menawan hati penganut Syiah Lubnan. Di samping melatih para komando AMAL al-Islamiyyah dan mendidik mereka dengan ajaran agama, para pengawal tersebut juga tidak ketinggalan melakukan usaha-usaha kebajikan kepada masyarakat Syiah yang serba dhaif di Lubnan. Bermula dari saat inilah Syiah di Lubnan mula menjadi salinan karbon kepada kerajaan Syiah Iran.

Para pengawal ini pada akhirnya telah berjaya menukarkan kawasan Bika kepada kawasan yang dikuasai sepenuhnya oleh Syiah berteraskan ideologi revolusi Iran. Rakyat Syiah Lubnan yang paa asalnya telah putus asa untuk berjuang telah berjaya dipulih semangat untuk berjuang. Di bawah panji "Kehancuran bagi negara Zionis" yang dilaungkan oleh Khomeini, para pemuda Syiah Lubnan telah bangkit untuk memperjuangkan kemerdekaan Lubnan dan berusaha untuk membebaskan al-Aqsa. Antara para pemuda Syiah Lubnan yang telah dilatih oleh para pengawal tersebut ialah Abbas Musawi, pemimpin tertinggi pertama Hizbullah. Antara fenomena baru yang berlaku pasca kedatangan pengawal revolusi juga ialah budaya cadur dan bertudung. Wanita-wanita Syiah Lubnan pra-kedatangan para pengawal tersebut adalah seperti wanita-wanita Lubnan yang lain. Budaya bertudung bukanlah sesuatu yang popular di kalangan mereka. Namun enam bulan selepas kedatangan para pengawal segalanya telah berubah selaras dengan kesedaran beragama di kalangan masyarakat Syiah Lubnan, terutamanya di kawasan Bika.


Di bawah dua slogan dan doktrin tersebut, akhirnya pada tahun 1983, penyatuan kumpulan-kumpulan Syiah tersebut telah menubuhkan Majlis Syura Lubnan.


Pengaruh revolusi ini akhirnya merebak ke selatan Lubnan yang didominasi oleh masyarakat Syiah. Suasana penjajahan Zionis dan juga peperangan yang berlaku di selatan telah mempercepatkan lagi pengaruh revolusi untuk tersebar. Para pejuang Syiah telah menunjukkan kehandalan mereka bertempur dengan tentera Zionis secara militia. Perkara ini telah menyebabkan tentera Zionis menghadapi tentangan yang hebat dan juga kerugian nyawa yang banyak. Pencapaian yang mengkagumkan ini telah berjaya menarik ramai lagi para pemuda Syiah untuk menyertai jihad menentang Zionis.

Hizbullah

Projek jihad Syiah ini semakin berkembang. Pelbagai arus dan individu yang berpengaruh telah menyertainya, namun setipa kumpulan dan setiap individu mempunyai agenda yang tersendiri. Iran telah mengambil peluang untuk menyatukan mereka di bawah dua doktrin utama, "Bersatu di bawah Wilayah al-Faqih (Khomeini)" dan "Bersatu menentang Zionis". Khomeini yang telah diziarahi oleh para pemimpin kumpulan-kumpulan Syiah Lubnan tersebut telah merestui penyatuan mereka dan menyeru mereka agar meneruskan perjuangan. Di bawah dua slogan dan doktrin tersebut, akhirnya pada tahun 1983, penyatuan kumpulan-kumpulan Syiah tersebut telah menubuhkan Majlis Syura Lubnan. Mereka dipimpin oleh kepimpinan kolektif yang dianggotai oleh para ulama, iaitu Said Abbas Musawi, Syeikh Subhi Tafeili, Syeikh Hassan Korani, Said Hassan Nasrallah, Syeikh Muhammad Yezbek, Syeikh Afif al-Nablusi, Said Ibrahim Amin dan beberapa anggota profesional seperti Hussain Musawi, Muhammad Fineish dan Muhammad Ra'ad.

Penyatuan ini telah berjaya menarik minat Syiah di selatan Lubnan untuk menyertai mereka. Kebanyakan Syiah di Selatan Lubnan, samada bersama AMAL ataupun merupakan mantan komando PLO. Mereka telah menjadi komando PLO sewaktu zaman kegemilangan PLO di zaman 70'an menentang Zionis. Di bawah restu Khomeini dan juga Iran, para komando-komando tersebut akhirnya menyertai penyatuan Syiah yang baru ini. Mereka akhirnya telah dilantik menjadi para komando Majlis Syura Lubnan dan berjuang untuk tujuan revolusi Syiah. Usai penubuhan Majlis Syura Lubnan, pertempuran dengan tentera penjajah Zionis menjadi semakin intensif. Majlis Syura Lubnan akhirnya telah menggunakan syiar "Kami adalah Hizbullah (kumpulan Allah)" bersumberkan Surah al-Maidah (5): ayat 55-56.

Syiar atau moto ini akhirnya ditukarkan menjadi nama rasmi kepada kumpulan Syiah tersebut pada awal tahun 1984 menggantikan nama "Majlis Syura Lubnan".

"Hizbullah - Revolusi Islam Lubnan" telah dipilih oleh Majlis Syura Lubnan menjadi nama baru mereka. Walau bagaimanapun nama ini tidak dihebahkan kepada umum. Nama tersebut hanya popular di kalangan kepimpinan dan pejuang Hizbullah sahaja. Mereka lebih menonjolkan nama "Perjuangan Penentangan Lubnan" sahaja di dalam media dan di khalayak ramai. Mereka juga telah cuba menonjolkan diri mereka sebagai gerakan politik dan cuba menempatkan diri di dalam lanskap politik Lubnan.

Antara jasa Hizbullah kepada masyarakat Lubnan adalah keupayaan mereka untuk menghalau tentera rejim Zionis daripada Bairut dan selatan Beirut. Mereka juga telah berjaya membuatkan tentera-tentera Zionis berundur sehingga ke selatan Saida. Di Saida mereka telah membina pejabat rasmi Hizbullah. Di sana jugalah para pemuda Syiah yang lebih radikal telah mengambil keputusan meneruskan jihad melawan tentera Zionis tanpa memperdulikan strategi pertahapan Hizbullah di dalam peperangan. Kumpulan ini kemudiannya diketuai oleh Syeikh Ragheb Harb yang telah berjaya memimpin beberapa operasi melawan tentera Zionis. Di atas usaha para pemuda inilah akhirnya pengaruh Hizbullah telah merebak ke Selatan Lubnan.

Hizbullah dan kemerdekaan Selatan Lubnan 2000

Berdasarkan keputusan perundingan Philip Habib, para pejuang PLO terpaksa meninggalkan Lubnan secara beransur-ansur. Vakum perjuangan ini telah berjaya diisikan oleh Hizbullah. Di waktu kemunculan mereka, para pejuang ideologi lain seperti para pejuang Sosialis dan AMAL di bawah pimpinan Berri sudah lemah dan tidak berpengaruh lagi. Peluang ini telah diambil oleh Iran untuk memperhebatkan bantuan kepada Hizbullah untuk meluaskan pengaruh mereka dan memperhebatkan perjuangan menentang penjajahan rejim Zionis. Selain daripada bantuan latihan ketenteraan, Iran juga telah menyalurkan bantuan kewangan kepada Hizbullah. Sehingga 1987, dianggarkan jumlah bantuan Iran kepada Hizbullah mencapai 10 juta dollar sebulan. Bantuan kewangan ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh Hizbullah untuk khidmat-khidmat sosial mereka.

Pelbagai sumber dari Iran telah dimanfaatkan oleh Hizbullah untuk melatih dan menerapkan fahaman jihad dan revolusi kepada generasi baru. Pada masa yang sama Hizbullah telah berjaya memenangi hati dan minda pengikut baru dan mengekalkan kesetiaan mereka melalui program bantuan sosial, hospital, klinik, pasaraya, restoran, koperasi, bantuan kewangan serta biasiswa kepada anak-anak mangsa perang. Kebajikan mangsa perang juga sentiasa diambil berat oleh Hizbullah. J.L. esposito di dalam bukunya "The Islamic Threat: Myth or Reality" telah memetik laporan yang mengatakan bahawa Hizbullah telah menyediakan biasiswa kepada lebih kurang 40,000 orang pelajar pada tempoh tersebut. Majoriti daripada pelajar-pelajar tersebut kini telah menjadi aktivis mereka dan juga para mujahidin.

Oleh kerana kerajaan Lubnan tidak mempunyai kekuatan ketenteraan yang hebat, maka kekuatan ketenteraan Hizbullah telah menjadi pelengkapnya. Rejim Zionis, walaupun telah berundur daripada Beirut, tetapi tetap menjajah selatan Lubnan. Kawasan yang didominasi oleh puak Syiah itu telah menjadi sebahagian daripada wilayah "Israel". Pada waktu inilah Hizbullah mula menunjukkan kehebatan mereka. Sepanjang tempoh penjajahan, Hizbullah telah melancarkan peperangan gerila terhadap tentera-tentera Zionis yang menduduki wilayah selatan tersebut. Bukan sekadar serangan di dalam Lubnan, Hizbullah juga telah melancarkan serangan ke atas kedutaan-kedutaan rejim Zionis di luar. Akhirnya, disebabkan kekelahan demi kekalahan dan juga kerugian nyawa yang semakin meningkat setiap hari, rejim Zionis terpaksa berundur dari Selatan Lubnan pada Mei tahun 2000. Pengunduran tentera rejim setelah menjajah Selatan Lubnan lebih 22 tahun tersebut telah mengharumkan nama Hizbullah dan telah meningkatkan lagi populariti mereka di mata rakyat Lubnan, terutamanya di kalangan pendudukan kawasan Selatan. Maka, tidak hairanlah sehingga kini, kawasan selatan Lubnan masih lagi menjadi kubu kuat para penyokong Hizbullah.

Hizbullah dan 1559

Kematian Rafiq Hariri, mantan Perdana Menteri Lubnan pada tahun 2005 telah merubah lanskap politik Lubnan. Syria telah dituduh terlibat di dalam komplot pembunuhan tersebut. PBB akhirnya telah mengeluarkan ketetapan 1559 yang menggesa Syria mengeluarkan tentera mereka yang berada di seluruh Lubnan demi mengawal Lubnan dari serangan Zionis. Ketetapan itu juga memaksa Hizbullah agar melucutkan senjata mereka demi keamanan di Lubnan. Syria terpaksa akur dengan tuntutan tersebut walaupun mereka tahu ianya akan membahayakan rakyat Lubnan sendiri. Malangnya agenda yang dipaksakan ke atas mereka ini telah berjaya mendapat sokongan rakyat Lubnan yang pro-AS sendiri.


Oleh kerana kerajaan Lubnan tidak mempunyai kekuatan ketenteraan yang hebat, maka kekuatan ketenteraan Hizbullah telah menjadi pelengkapnya.


Hizbullah pula, semenjak awal lagi telah menentang ketetapan tersebut. Mereka tahu bahaya yang bakal diundang jika mereka melucutkan senjata. Tindakan tersebut hanya akan menjadikan Lubnan berada di dalam keadaan yang sangat lemah dan amat terdedah kepada serangan Zionis. Inilah yang telah berlaku pada hari ini!

Kini, rejim Zionis menggunakan sepenuh kuasa lobinya dan juga media untuk memaksa UN membuatkan Hizbullah mematuhi ketetapan 1559.

Hizbullah dan HAMAS

Hizbullah mempunyai hubungan yang amat istimewa dengan HAMAS. Walaupun dari segi aqidah dan juga prinsip mereka berbeza, namun mereka sedang menghadapi situasi dan musuh yang sama. Kedua-dua pertubuhan tersebut mempunyai objektif yang sama, iaitu untuk memerdekakan al-Aqsa dan juga Palestin. Mereka sedang menghadapi musuh yang sama, iaitu penjajah Zionis. Di dalam keadaan seperti ini, kedua-dua kumpulan ini terpaksa melupakan perselisihan aqidah di antara mereka. Berbeza dengan hubungan Syiah-Sunnah di Iraq, hubungan di antara Hizbullah -HAMAS agak berbeza. Mereka bersetuju di antara satu sama lain di dalam banyak perkara, terutamanya yang berkaitan dengan isu penentangan terhadap rejim Zionis. Hubungan ini semakin dikuatkan dengan kunjungan-kunjungan dan juga perbincangan yang berterusan di antara kedua-dua buah pertubuhan pembebasan tersebut.


Walaupun dari segi aqidah dan juga prinsip mereka berbeza, namun mereka sedang menghadapi situasi dan musuh yang sama.


Di kala HAMAS dan rakyat Palestin dihukum oleh rejim Zionis, AS dan EU, Hizbullah telah bersikap pro-aktif. Usaha jahat rejim Zionis membunuh orang awam Palestin di Gaza, menculik para pemimpin kerajaan HAMAS, menangkap rakyat yang tidak berdosa pasca operasi "al-Wahm al-Mubaddad" tidak langsung mengundang reaksi daripada kebanyakan pemimpin-pemimpin umat Islam. Bukan sekadar tidak membantu, malah mereka juga bagaikan bisu dan tuli dengan tidak membuat apa-apa usaha mengutuk ataupun menggesa rejim Zionis agar menghentikan keganasan tersebut. Di kala rakyat Palestin bagaikan yatim piatu yang terbiar disiksa dan disembelih oleh rejim Zionis, pada waktu itulah Hizbullah terpakasa menunaikan janji persahabatan mereka. Tindakan mereka menyerang tentera Zionis di sempadan Lubnan merupakan usaha suci Hizbullah untuk melarikan tumpuan Zionis daripada terus menerus menyiksa rakyat Palestin. Walaupun Hizbullah tahu harga yang terpaksa dibayar, namun demi mengajar puak Zionis dan menyelamatkan nyawa lebih ramai rakyat Palestin di Gaza, mereka terpaksa melakukannya.

Ke mana seterusnya

Persoalan yang timbul, kemanakah seterusnya?, apakah kesudahan Hizbullah? Adakah mereka akan dapat bertahan dan menggempur tentera-tentera Zionis dan mengulangi kegemilangan mereka menghalau mereka seperti pada tahun 2000 yang lalu ? Berjayakah mereka menuntut supaya para tahanan mereka di dalam penjara-penjara Zionis sebagai pertukaran dengan dua orang tentera Zionis yang telah ditawan? Apakah mereka akan kalah dan berjaya dihapuskan terus dari bumi Lubnan seperti yang diimpikan oleh rejim Zionis ?

Jikalau soalan itu yang sedang kita fikirkan, maka ada soalan yang lebih besar lagi...kemanakah OIC ?, Ke manakah perginya para pemimpin umat Islam ?, ke mana juakah perginya semangat ukhuwwah di kalangan umat Islam ?, Apakah pemimpin-pemimpin umat Islam dan kerajaan mereka semuanya buta, tuli, pekak, pondan, pengecut, bengap, bahalol dan tiada "bola"?...hanya diktator-diktator yang korup di cooffee house yang bernama OIC sahaja yang mampu menjawabnya! "

http://palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=1143
Asal Usul "Sejarah"

Ramai dari kita tahu bahawa perkataan 'sirah' (seperti Sirah Rasul etc) itu berasal dari perkataan arab 'seerah' yang membawa makna yang serupa. Jika sirah itu berasal dari bahasa arab, maka dari mana pula datangnya perkataan sejarah?

Sejarah juga adalah perkataan yang digunakan untuk menerangkan tentang asal usul perihal sesuatu perkara. Dengan kata lain apabila kita berbincang tentang sejarah perkara/individu X, maka kita berdiskusi mengenai 'its roots' (akar umbinya).

Maka tidak pelik dan tidak keterlaluan sebenarnya kita membuat spekulasi bahawa asal sebenar perkataan sejarah adalah 'pokok'. Pokok? Ya, POKOK. Pokok yang apabila kita telusuri kekuatannya, kita akan berjumpa dengan akarnya.

Pokok dalam bahasa arab disebut sebagai SHA-JA-RAH. Memang sesuai bagi sha-ja-rah(pokok) ini menjadi lambang bagi menerangkan asal usul sesuatu peristiwa/individu.

Justeru, terjawablah soalan dan terciptalah spekulasi bahawa perkataan 'sejarah' itu sendiri adalah perkataan Arab. Terbuktilah bahawa, warisan kita adalah suatu warisan Islam. Terima kasih kepada mubaligh mubaligh pedagang Arab dahulu yang hadir ke Selat Melaka untuk usaha perniagaan dan dakwah sejagat.

Tuesday, July 25, 2006

Elaun Makanan Khalifah Pertama

Elaun makanan Abu Bakr as-Siddiq r.a. ialah seekor kambing setiap hari.

1 ekor kambing = RM 400.00

Elaun makanan sebulan = (RM 400.00 / hari) x (30 hari/sebulan)
= RM 12,000.00

* penghargaan ummah kepada para pekerja Islam pada zaman kegemilangan Islam.

Thursday, July 20, 2006

Dialog Hari Jumaat

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
"Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?"

Lima puluh menjawab " aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, "hmm.. bosan.. balik balik tempat sama.. surau, masjid, surau... ".

Thursday, July 13, 2006

Menggapai Kesabaran dalam Perkahwinan

Pada zaman Khalifah Al-Manshur, salah seorang menterinya, Al-Ashma'i,
melakukan perburuan. Kerana terlalu asyik mengejar haiwan buruan, dia
terpisah dari kelompoknya dan tersesat di tengah padang sahara.

Ketika rasa haus mulai mencekiknya, di kejauhan dia melihat sebuah khemah.
Terasing dan sendirian. Dia memacu kudanya ke arah sana dan menemukan
penghuni yang memukau; wanita muda dan jelita. Dia meminta air. Wanita itu
berkata, "Ada air sedikit, tetapi aku persiapkan hanya untuk suamiku. Ada
sisa minumanku. Kalau engkau ingin, ambillah".

Tiba-tiba wajah wanita itu tampak berwaspada. Dia memandang kepulan debu
dari kejauhan. "Suamiku datang," katanya. Wanita itu kemudian menyiapkan
air minuman dan kain pembersih. Lelaki yang datang itu lebih mudah disebut
"manusia kasar". Seorang tua yang jelek dan menakutkan. Mulutnya tidak
henti-hentinya mengherdik isterinya. Tidak satu pun perkataan keluar dari
mulut perempuan itu. Dia membersihkan kaki suaminya, menyerahkan minuman
dengan khidmat, dan memimpinnya dengan mesra masuk ke khemah.

Sebelum pergi, Al-Ashma'i bertanya, "Engkau muda, cantik, dan setia.
Kombinasi yang jarang sekali terjadi. Mengapa engkau korbankan dirimu untuk
melayani lelaki tua yang berakhlak buruk".

Jawapan wanita itu mengejutkan Al-Ashma'i, "Rasulullah bersabda, agama itu
terdiri dari dua bahagian: syukur dan sabar. Aku bersyukur kerana Allah
telah menganugerahkan kepadaku kemudaan, kecantikan, dan perlindungan. Ia
membimbingku untuk berakhlak baik. Aku telah melaksanakan separuh agamaku.
Kerana itu, aku ingin melengkapi agamaku dengan separuhnya lagi, yakni
bersabar."

Empat Bidang Kesabaran

Kesabaran dapat melahirkan keajaiban. Salah satunya tergambar dalam kisah
di atas. Dengan kesabaran, wanita cantik tadi mampu berbakti kepada
suaminya yang berakhlak buruk. Sesuatu yang terkadang sukar dicerna oleh
rasional.

Tidak diragukan lagi, kesabaran adalah satu tiang penting dalam pernikahan
setelah lurusnya niat. Kekal tidaknya sebuah pernikahan sangat ditentukan
oleh seberapa jauh tingkat kesabaran yang dimiliki suami isteri. Makin
banyak bekal kesabaran yang dimiliki, maka akan makin kukuh pula bangunan
pernikahan yang dijalani. Tapi makin sedikit kesabaran yang dimiliki, maka
makin besar pula kemungkinan hancurnya sebuah pernikahan.

Demikian pentingnya sabar dalam pernikahan, ada orang mengatakan; "Bila
sebelum nikah kesabaran kita hanya satu, maka setelah nikah kesabaran kita
harus seratus." Persoalannya, kesabaran bagaimanakah yang harus kita miliki
dalam menjalani pernikahan?

Ada Empat Macam Bidang Kesabaran

Pertama :

Sabar menghadapi kekurangan pasangan. Pernikahan adalah kesimpulan terakhir
setelah seseorang mempertimbangkan semua kekurangan dan kelebihan pasangan.
Tidak pada tempatnya bila setelah menikah seorang suami mengeluhkan
kekurangan yang ada pada isterinya. Demikian pula sebaliknya. Masing-masing
harus menerima kekurangan atau kelebihan pasangannya dengan penuh
kesabaran. Pernikahan adalah perantaraan untuk saling melengkapi, bukan
untuk saling mengalahkan.

" Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah
menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan
daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang
membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai
dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan
menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum
kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. "

QS An-Nisaa' : 1

Salah satu hakikat sabar dalam pernikahan adalah menghilangkan keluh kesah
pada saat tidak enaknya menghadapi segala kekurangan. Tidak ada keluh kesah
selain pada Allah SWT. Kerana itu, Rasulullah SAW mengingatkan bahawa
sesiapa sahaja yang menikah kerana ketampanan atau kecantikan, maka satu
saat rupa tersebut akan menghinakannya. Kecantikan dan ketampanan itu
sementara sifatnya, tidak kekal. Ketika belum menikah, pasangan kita begitu
cantik, tapi setelah mempunyai anak maka kecantikan itu akan semakin
menurun untuk kemudian hilang sama sekali setelah tua. Tanpa adanya
kesabaran, sebuah rumahtangga tidak akan bertahan lama.

Kedua :

Sabar menghadapi godaan. Rumahtangga itu laksana perahu. Untuk mencapai
pula kebahagiaan di syurga, perahu itu harus belayar mengharungi luasnya
samudera masalah. Indahnya pernikahan analog dengan indahnya pantai. Namun
jangan lupa, sesiapa sahaja siapa yang bertolak dari pantai untuk
menyeberangi lautan, maka ia akan menemukan ganasnya ombak. Sesiapa saja
yang tidak membawa bekal dan persiapan yang matang, tidak mustahil bahtera
rumahtangganya akan karam ditelan gelombang.

Nikah adalah ikatan yang teramat suci lagi kuat, mitsaqan ghalidza,
sehingga jangan dinodai dengan saling menyakiti. Dalam Al-Quran, kata
mitsaqan ghalidza dipakai untuk menyebutkan ikatan antara Allah dengan
RasulNya. Tidak akan pernah sukses seorang suami yang sering menyakiti
isterinya. Walau awalnya bergelimang harta, sukses dalam kerjaya, tetapi
pada suatu saat ia akan menemui kehancuran. Begitu pula seorang isteri yang
tidak taat dan selalu menyakiti suaminya, hidupnya tidak akan berkah dan
bahagia.

Kerana itu, suami isteri harus mempunyai komitmen untuk saling setia.
Inilah hakikat mitsaqan ghalidza. Sehingga, menjaga tali pernikahan agar
tetap kukuh adalah jihad akbar. Arasy' tidak akan bergoncang saat seseorang
meninggalkan shaum wajib, tidak akan bergoncang saat seseorang lalai dalam
sholat, namun ia akan bergoncang tatkala sepasangan suami isteri memutuskan
untuk bercerai.

Pernikahan itu menandai bersatunya darah daging suami dan isteri. Kerana
sudah bersatu, maka tidak mungkin lagi ada rahsia. Syurga boleh terbuka
kerana pernikahan, dan neraka pun boleh terbuka lebar kerana pernikahan.
Orang yang menyayangi isteri atau suaminya, mereka akan disayangi Yang Maha
Penyayang. Rasulullah SAW bersabda;

" Orang-orang yang kasih sayang (al-rahimun) akan dikasih sayangi oleh yang
Maha Kasih Sayang (Al-Rahman). Kerana itu kasih sayangilah manusia dibumi
maka Dia yang di langit akan kasih-sayang kepadamu".

Ketiga :

Sabar menghadapi kekurangan dan keterbatasan rezeki . Berapa pun rezeki
yang kita dapat , kita harus mampu mensyukurinya . Dengan syukur itulah
Allah akan menolong rumahtangga kita dan melipat gandakan rezeki yang kita
dapatkan . Allah SWT berfirman ;

" Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Kami akan menambah ( nikmat)
kepadamu , dan jika kamu mengingkari ( nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu
sangat pedih "

QS Ibrahim : 7

Keempat :

Sabar menghadapi keluarga dari pihak suami atau isteri. Dalam sebuah
hadith, Rasulullah SAW mengungkapkan bahawa pernikahan itu mengawali
bertemunya dua keluarga besar . Kerana pertemuan dua keluarga, maka yang
nikah bukan aku , tetapi kami . Berkaitan dengan hal ini , Imam Syafi 'i
menganjurkan agar orang tua memilihkan jodoh untuk anaknya , dengan catatan
anaknya harus saling mencintai .

Sesiapa pun yang akan menikah, maka ia harus sedia mempunyai dua ayah dan
dua ibu . Ia pun harus bersedia menghurmati mertua sebagaimana menghurmati
kedua orangtuanya.

"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah
menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan
daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang
membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai
dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan
menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum
kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."

QS Az-Zumar : 10

Sabar adalah sebuah kenescayaan. Kerana itu, dalam QS Az-Zumar Ayat 10,
Allah SWT menjanjikan pahala luar biasa bagi orang yang sabar. Sesungguhnya
hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa
batas.

Wallahua'lam.

" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke
nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah
Pengampun dosa² ku. Amin Ya Rabbal'alamin "