Wa Qul I'malu
Bismillahi walhamdu lillah allazi laa ilaaha siwaah wassolaatu wassalaamu 'ala rasulillah.
Pertamanya, ana memberi amaran kepada barisan MKT yang baru agar bertaqwa kepada Allah 'azza wa jall, dalaman dan luaran. Jangan biarkan hubungan antum dengan Khaliq dihalangi oleh makhluq, dan jangan biarkan hubungan antum dengan sahabat-sahabat yang lain dihalangi oleh diri antum sendiri.
Sudah terlalu lama persatuan alumni bagaikan berkubur tanpa nisan, hidup segan mati tidak mahu. Justeru dengan amanah kepemimpinan yang telah Allah berikan atas asbab undi (pos) ana dan rakan rakan, bangkitkanlah alumni keluar dari kuburnya.
Ada beberapa elemen yang perlu dipadu dalam menjayakan alumni, bak satu sistem .. tanpa adanya salah satu maka terhenti atau cacatlah suatu sistem itu.
1. Alumni sebagai wadah
2. Aktiviti yang teratur, sistematik, konsisten dan bermanhajkan Islam
3. Kewujudan ahli yang taat dan pemimpin yang berhaluan
4. Ukhuwwah fillah sesama ahli
5. Perlembagaan yang bermaqsadkan maslahah
6. Celupan iman dan biah solehah
Setiap perkara bermaqsadkan agar mendatangkan maslahah dan mengelakkan mafsadah. Maka apabila ia sudah hilang maqsadnya maka bersedialah untuk melakukan hijrah dan perubahan agar maqsad shari'ah menepati maqsad as-shari' jalla wa 'ala.
Sesungguhnya di dalam al-Qur'an terdapat bashar (berita gembira) dan nazar (amaran), agar antum berterusan takut kepada Allah s.w.t. dan senantiasa meminta keampunanNya. Bagi Allah ada hak yang perlu dipenuhi di waktu malam, dan bagi hak manusia ada yang perlu ditunaikan di waktu siang. Jika malam antum dihabiskan dengan tidur maka akan hilanglah nafs antum, dan jika siang antum dihabiskan dengan tidur maka akan larilah pengikut antum.
Ketahuilah, bahawa selagi mana antum memimpin dengan iman atas jalan Al-Qur'an dan As-Sunnah, maka antum akan dapati orang-orang beriman akan sentiasa bersama antum. Jika antum tersasar maka ana akan menjadi antara insan terawal untuk merubah dengan tangan, biiznillah.
"wa qul i'malu fa sayara Allahu 'amalakum wa rasuluhu wa al-mukminuun"
No comments:
Post a Comment