Jeans dan Cap
Teringat zaman muda muda dulu, masa di bangku sekolah rendah mengaji kitab akhlak and tasawwuf, satu color kuning lagi satu color hijau. Kalau tak silap semua pelajar sekolah agama di Selangor kena baca kitab tu.
Yang kelakarnya, studi masa sekolah rendah pun bukannya betul sangat pun, tengok tengok tup tup lepas habis SPM kerja jadi ustaz sekejap, mengajar kitab yang sama dekat budak budak. Kerja dekat situ sebulan je ganti seorang ustazah ni yang cuti bersalin tapi budak budak dah start panggil ustaz.
Ehe .. yang lagi kelakarnya, lepas dah berenti jadi ustaz so satu hari tu macam biasa .. jalan jalan dekat Kompleks PKNS .. pakai seluar jeans, pakai cap (biasala jiwa muda remaja masa tu :)). Sambil jalan jalan tu nampak satu keluarga ni dari jauh, anak dia lebih kurang darjah 4 masa tu nampak tersengih sengih je. Rasa macam kenaaal je budak tu. Bila berselisih dengan famili tu tiba tiba budak tu sapa, "Assalamu 'alaykum ustaz!" .. erk .. so ustaz yang ranggi berseluar jean and bercap baseball ni pun jawab la dengan merah padam "Wa'alaykumussalam warahmatullah".
Haha .. kesian tengok muka mak ayah budak tu sebab konfius macam mana la ustaz boleh end up dengan seluar jean and pakai cap ni. Cabut!
* Astaghfirullah - pendidik jenis apakah aku ini?
[Moral of the story : Jagalah akhlak kendiri]
No comments:
Post a Comment