Sunday, May 23, 2004

Lipatan Sejarah Membuktikan Haya' Pakaian Lelaki





Salah satu endangered species dalam dunia hari ini bernama haya'. Orang melayu kenali haya' dengan nama PEMALU atau SIFAT MALU.

Ramai orang cakap yang dulu dulu sifat malu ni diassociatekan dengan perempuan, zaman sekarang ramai perempuan yang dah hilang sifat malu mereka. "Malu dah bukan lagi jadi pakaian anak anak perempuan kita", rungut pakcik pakcik and makcik makcik kita.

[Permisi, I beg to differ.]

Yang sebetulnya, sifat haya' ni dulu dulu bukan sahaja diassociatekan pada perempuan, lelaki juga famous dulu dengan pakaian haya' mereka. Haaa .. buktinya?

Teori ni baru je bermain di kepala, so kali ni nak cuba ketengahkan pada netters. Ini mungkin lebih make sense pada netters yang pernah pergi sekolah agama banding dengan yang tak pernah.

Kalau sesiapa yang ingat masa zaman muda muda, semasa fitrah insani masih lagi kuat tertunjang dalam diri, ketika sekolah agama asrama dulu, budak budak perempuan biasanya pakai kain almost 24/7. Jarang nak tgk mereka ni pakai seluar kecuali time pendidikan jasmani, itu pun masa tu lelaki dengan perempuan tak sekali biasanya. Kira kalau ada pelajar putera nampak pelajar puteri dekat kawasan sekolah pakai seluar itu dah kira minah set set 'auta'/gangster atau ganas la kiranya. Jika tak pun, kalau pelajar puteri ni pakai seluar, (here's a very interesting point to bear in mind) mereka akan pakai baju yang agak labuh sampai ke sekurang kurangnya paras lutut atau separuh peha. Kalau pakai baju yang atas dari tu memang akan dilabel oleh students sebagai budak yang tak tau malu atau yang sewaktu dengannya.

[Okeh, kesian pelajar puteri kena put on the spot dalam tulisan ni .. kita alihkan spotlight kepada pelajar putera balik.]

Amazingly, sebenarnya kalau kita imbas balik lintasan sejarah on the surface, pakaian lelaki zaman zaman tok kadok dulu memang tak jauh bezanya dengan pakaian perempuan sekarang. Jepun misalnya (satu culture yang betul betuul titik beratkan haya' dan kesopanan), pendekar samurai mereka pakai seluar yang baggy teramat sangat sampai sekali pandang memang nampak macam pakai kain.

Kita lihat kepada komik komik pendekar China pulak, walaupun pendekar pendekar memakai seluar .. teetapi baju mereka labuh sampai ke lutut! Ini satu frekuensi dengan pakaian haya' pelajar puteri asrama dulu!

Orang orang Pakistan and India jangan cerita lah, pakaian tradisional mereka either berkain pelikat atau kalaupun berseluar, baju mereka labuh sampai ke lutut. Fenemona ini melekat sehingga ke hari ini. Dari Timur tadi, kita pergi ke tengah tengah dunia sikit ke tempat negara negara Arab. Kalau kita perhatikan, orang orang Arab memang pakaian rasmi mereka pagi petang siang malam pakai 'kain yang besar' atau lebih dikenali dengan jubah/jubba, dari dulu sampai sekarang.

Habis meneroka dunia, kita kembali ke tanah tumpah darah kita. Realiti sepertimana yang kita tahu, orang melayu juga berkain pelikat. Tambah peliknya, kalau untuk urusan rasmi lelaki lelaki melayu terakhir ni akan pakai kain pendek menutupi seluar mereka :)

Jadi, persoalannya .. adakah ini hanya satu kebetulan, yang lelaki zaman dahulu memakai pakaian yang menyerupai haya' nya pakaian perempuan masa zaman fitrah di sekolah? Atau sememangnya lelaki zaman dulu dulu dipenuhi dengan sifat haya' sehingga tampak pada cara mereka berpakaian?

Satu lagi interesting point to add is, mungkin point di atas tu nampak pelik dan kelakar .. well here's a more serious proof sebenarnya. As we all know or as we ought to know, hijab or the head cover for sisters is a sign of modesty.

Sebenarnya kalau ikut sejarah Islam, kalau nak tahu seseorang lelaki ini wara' atau pun ahlul hadeeth, one of the signs of ahlul hadeeth (people who are masters in the knowledge of hadeeth) is that they always cover their heads out of modesty. It is a well known fact that the Prophet pbuh always if not all the time covers his head.

Teringat dulu masa tingkatan 2 and tingkatan 3, semua lelaki dalam kelas pakai kopiah. Kalau sesiapa punya kopiah kena cabut memang rasa malu yang teramat. Seolah-olah rasa macam terbuka aurat je.

Maka persoalannya di sini, kenapakah pakaian lelaki pada hari ini sudah tidak menampakkan haya' lagi? Ataupun persoalan yang lebih tepat lagi, mungkinkah hakikatnya status 'endangered species' haya' pada lelaki sudahpun mencapai status EXTINCT !?!

No comments: