"Janganlah Engkau Marah"
Tahun baru datang lagi. Apa azam tahun baru anda? Azam tahun lepas, tercapaikah? Walau apa pun, jangan ia tinggal azam sahaja. Jadikan ia mangkin untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan.
Apa kata tahun ini, kita kurangkan sifat marah.
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi s.a.w.: “Berilah wasiat kepadaku”. Sahut Nabi: “Janganlah engkau marah”. Kemudian lelaki itu mengulangi soalan sama berulang kali. Sabda Nabi: “Janganlah engkau marah”.
[Riwayat Bukhari]
Ringkas sahaja pesanan Nabi s.a.w., tetapi mempunyai kesan yang mendalam.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah kuat itu dengan bergusti. Tetapi kekuatan yang sejati ialah orang yang menguasai dirinya ketika sedang marah”.
[Riwayat Muslim]
Tersebut sebuah kisah antara Nabi Isa a.s. dan Nabi Yahya a.s.. Berkata Nabi Isa: “Saya akan mengajar engkau satu ilmu yang berguna iaitu; Jangan engkau marah!”. Nabi Yahya bertanya kembali: “Bagaimana caranya supaya saya tidak marah?”. Jawab Nabi Isa: “Bila ada orang yang mengatakan tentang kesalahan engkau, makakatakanlah itu sememangnya dosa yang saya tidak ingat dan kerananya saya minta keampunan Allah. Dan jika ada orang mengakan satu yang tidak ada pada engkau, maka bersyukurlah kepada Allah kerana dia telah memberi kebaikan kepada engkau dengan menghina engkau”.
Akan tetapi ada masanya kita dibolehkan marah. Nabi s.a.w. marah dalam dua perkara, perkara-perkara yang menyalahi kebenaran Islam (langgar syariat) dan orang yang sengaja melengah-lengahkan solat.
Mari lihat sebuah lagi kisah, seorang budak yang panas baran sifatnya. Suatu hari, ayahnya mengajar anak tersebut bagaimana untuk mengatasi sikap marahnya. Si ayah memberikan anak tersebut sekotak paku. Lalu kata si ayah: “Wahai anakku, setiap kali engkau marah ambillah paku itu dan pakukan pada pagar rumah kita”. Hari pertama, si anak memakukan 27 batang paku, dan berterusan sehingga hari-hari yang berikutnya. Lama-kelamaan, paku yang dipaku tersebut semakin berkurangan dan sikap panas barannya semakin hilang. Hinggakan suatu hari tiada lagi paku yang hendak dipakukan.
Lalu si ayah mengajar pula bagaimana untuk mendapatkan sikap sabar. Kata si ayah “Wahai anakku, sekarang cabutlah semua paku-paku yang telah engkau pakukan dipagar kita”. Si anak lalu melakukan apa yg disuruh oleh ayahnya. Dia mengeluarkan semua paku-paku tersebut. Setelah selesai, dia bertemu dengan ayahnya. Kata si ayah: “Anakku, sifat marahmu umpama paku-paku yang telah engkau pakukan dipagar tersebut. Kamu boleh marah sebanyak mana yang kamu mahu. Tetapi kamu juga boleh meminta maaf selepasnya. Perkataan maafmu umpama paku-paku yang dicabut. Walaupun kamu meminta maaf, namun kesannya tetap ada. Lihat kesan paku-paku dipagar tersebut. Walaupun paku sudah dicabut namun lubangnya tetap ada.”
Dan begitulah diri kita dan sifat marah. Kita mudah untuk marah dan mudah pula memohon kemaafan. Namun kesannya pasti sukar untuk disembuhkan. Begitu juga dengan hati kita, tanyalah diri, tenangkah kita apabila kita memarahi seseorang? Damaikah kita? Dan belajarlah untuk memberi kemaafan dan melupakan kesalahan orang lain pada kita. Pasti hidup akan lebih tenang.
say: Cheese-Cake!!
[now u can be happy & hungry at the same time] ^_^
Selamat Tahun baru!!
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment