Wednesday, February 23, 2005
Menurut Imam Anwar Al-Awlaki, tiada seorangpun insan yang Allah lantik sebagai Rasul melainkan Allah tetapkan sebelumnya ia mengembala binatang ternakan. Maksudnya kesemua Rasul a.s. pernah menjalankan tugas sebagai pengembala.
Dan mungkin tidak ramai yang tahu bahawa Nelson Mandela pun semasa kecilnya bekerja sebagai pengembala.
Jadi tunggu apa lagi, siapa yang tengah menganggur tu and ada cita-cita nak memimpin dunia .. jadilah pengembala kambing ye :p
p/s: Budak Purdue ada plan nak buat gathering this Sunday. Siapa nak join sila call Sabri.
Monday, February 21, 2005
Duhai teman du'at,
Percayalah, bahawa kesemua manusia itu inginkan kepada kebaikan. Setiap satu dari insan pasti ada unsur kebaikan dalam dirinya.
Sejahat-jahat manusia manapun, apabila manusia yang lain berbuat kejahatan kepadanya pasti ia benci akan perbuatan itu. Akan pasti terdetik suatu saat dalam hidupnya, kebencian kepada kejahatan, kebencian kepada kekufuran, kebencian kepada tidak kenalnya Tuhan. Suatu saat, ia pasti kan sedar bahawa tanpa tuhan ia akan terkapai kapai kelemasan.
Pernahkah anda melihat orang yang biasa membuat persembahan tari-menari di hadapan orang ramai, dan menangis keinsafan beberapa tahun kemudian? Aku pernah.
Pernahkah anda melihat perempuan yang memakai shorts dan pakaian ketat, beberapa tahun kemudian mendapat kemanisan menutup aurat? Aku pernah.
Pernahkah anda melihat orang yang mulutnya ringan mengucapkan kata-kata kesat, dan bertukar melakukan dakwah beberapa tahun kemudian? Aku pernah.
Pernahkah anda melihat orang yang tidak berguna, dan tidak ada impian bagi dirinya, dan kemudian bercita-cita untuk merubah dunia? Aku pernah.
Maka janganlah berputus asa wahai para du'at. Kerana maksud du'at itu sendiri bukan hanya menyeru, tetapi juga mendoakan kebaikan di kala mad'u tidak kelihatan. Jika anda rasa mahu berputus asa dari jalan dakwah boleh, memang Allah bolehkan .. tetapi tunggulah sehingga sudah 950 tahun kamu sudah berpayah-jerih di jalan dakwah.
p/s: rakan du'at, tolong doakan sahabat saya yang sakit, Lokman Mohd Noh, agar dia sembuh dan sihat kembali. please, tolong doakan ye.
Sunday, February 20, 2005
Have you seen the one who denies Ad-Din?
That is he/she who repulses the orphan
And urges not the feeding of Al-Miskin
So, woe unto those performers of Salah
Those who with their Salah are Sahun
Those who do good deeds only to be seen
And withhold Al-Ma`un
(Surah al-Ma'un)
Let's take a visit to the orphans ..
Pondok Penyayang Raudhah
No 336, Batu 11
Gombak, Selangor
603-61852048
"Kita perlu menjadi orang yang bergerak pemikirannya. Kerana hanya orang yang bergerak pemikirannya, buah fikirannya akan diterima pakai. Seperti air, hanya air bersih yang mengalir dan bergerak akan diterima pakai. Air yang bertakung dan berada di takuk lama akan hanyir dan tidak digunakan oleh orang ramai. Oleh kerana itu, untuk menjadikan pemikiran kita bergerak perlu perbanyakkan membaca atau sekurang-kurangnya hadir ke kuliah kuliah yang menambah ilmu pengetahuan seperti ini." - Ustaz Rusdi - [Kuliah Seksyen 7 Surau Al-Islah, 3.00-4.30 :: setiap hari Ahad]
Saturday, February 19, 2005
Wednesday, February 16, 2005
Assalamualaikum Kepada Para Dermawan serta Muslimin &Muslimat Semua.
Terlebih dahulu Misi Muslim Care mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana Syukur Alhamdulillah Agggota Misi ini telah melaksanakan amanah yang telah diserahkan kepadanya dan walaupun melalui berbagai halangan telah selamat kembali ke Malaysia pada Ahad, 13 Feb 2005.
SUKARELAWAN
Sukarelawan Muslim Care seramai 11 orang yang bertolak ke Aceh pada Rabu, 9 Feb 2005 telah diketuai oleh Tn. Hj. Mat Ripin, Ahli Kajibumi Kanan daripada Petronas. Anggota lain Misi ini adalah Ustaz Ahmad Syazili - Imam 1 Masjid As-Syakirin KLCC, Saudara Zulkifli Wahijan dari Petronas selaku Bendahari Muslim Care, dan Sdra Zakaria Latif dari KLCC Holdings selaku Setiausaha Muslim Care. Misi ini juga disertai oleh Pasukan Dokumentasi dan Record daripada Shah Alam iaitu Saudara Azli Yusof, Sdra Yazsid Md. Raschid dan Zulkefli Mohd Nani serta anggota Misi yang lain iaitu Saudara Mohd Johari daripada Maybank, Ustaz Rizwan Mohamed dan Tn. Hj. Hanif.
Anggota Misi Muslim Care diiringi oleh Ir Edhy Mirwandhono, 39 tahun seorang Pensyarah Universiti dari PKS yang telah menunggu kami di Medan dan telah mengiringi Misi kami sepanjang perjalanan. Ibubapa saudara Ir. Edhy adalah Doktor Perubatan dan Sdra Edhy merupakan bekas pemenang pingat emas Sukan Sea bagi acara renang.
SEKITAR BANDA ACEH – HARI PERTAMA, 9/2/2005
Syukur Alhamdulillah, rombongan kami selamat tiba di Banda Aceh pada hari Rabu, jam 2.45 ptg. Sepanjang perjalanan ke POSKO PKPU dan di Banda Aceh kami melihat bencana yang teramat teruk termasuklah sebuah Kapal Tangki Minyak yang berada di sebuah kawasan perumahan yang terletak lebihkurang 3-4 KM dari pantai. Kami menunaikan solat Maghrib di Masjid Baitulrahim yang diimamkan oleh Ustaz Ahmad Syazili - Imam 1 Masjid As-Syakirin KLCC atas permintaan penduduk di situ. Masjid ini terletak lebihkurang 10 meter dari pantai tetapi sehingga hari ini masih berdiri teguh dan boleh digunakan untuk solat. Sebuah hospital setinggi 3 tingkat berdekatan Masjid tersebut rebah ke bumi. Di hospital inilah para doktor, jururawat dan pesakit semuanya hilang semasa dilanda ombak Tsunami.
GEMPABUMI PADA KADAR RITCHER 6.2
Pada lebihkurang jam 8.45 malam hari pertama kami di Banda Aceh, kami telah dikejutkan dengan Gempa Bumi pd kadar 6.2 Ritcher Scale selama lebihkurang 30 saat. Kami yang agak kebingungan dan tidak bersedia menghadapi gempa bumi tidak menyedari bahawa kebanyakkan penduduk Pekan tersebut telah lari ke jalanraya dan bersiap sedia untuk lari ke kawasan tinggi kerana bimbang ombak Tsunami akan menyerang kembali. Setelah 2 jam barulah suasana agak terkawal.
ANAK-ANAK YATIM LARI KE KAWASAN PERGUNUNGAN
Walaubagaimana kami dimaklumkan bahawa disebabkan Trauma Tsunami, anak-anak yatim yang ditempatkan di Rumah Anak Yatim PKPU yang baru mahu mula menjamah makanan ketika Gempabumi 6.2 itu berlaku telah bertempiaran lari hingga ke Gunung. Penjaga mereka memberitahu bahawa pinggan makan mereka terpelanting dan anak-anak kecil ini melompat pagar yang setinggi paras dada selepas Gempa Bumi tersebut. Mereka lari ke Gunung dalam keadaan gelap tanpa memakai selipar atau kasut.
Sehingga jam 1 pagi Anggota Kumpulan Pencari telah menjumpai sebilangan besar anak-anak yatim ini. Tetapi 4 orang yang masih lagi hilang dan Sekumpulan Doktor PKPU (NGO Muslim Indonesia) dan 4 orang anggota misi Muslim Care telah dikerah untuk mencari mereka. Kami menghampiri kawasan kaki Gunung tanpa menyedari bahawa Kumpulan kami telah menghampiri Kawasan GAM. Ia hanya disedarai oleh Dr. Yhudono dari PKPU dan apabila kami berpatah balik kami bertembung dengan Anggota TNI (Tentera Nasional Indonesia). Alhamdulillah kami cuma ditahan (and not shot) dan meraka menerima penjelasan Ketua Kumpulan kami ini. Anak-anak yatim yang hilang ini hanya kembali ke Pusat mereka pada pagi esoknya.
KEADAAN DI PENEMPATAN ANAK YATIM - HARI KEDUA, 10/2/2005
Kami telah pergi ke Pusat Penempatan Anak Yatim PKPU yang diuruskan oleh Pusat Komuniti Peduli Ummah (PKPU). Disini seramai lebihkurang 30 orang anak-anak yatim tidak termasuk 20 orang anak-anak mangsa Tsunami yang ditinggalkan oleh keluarga mereka sedang menetap disini. Rumah anak yatim ini diuruskan oleh Cikgu Rifqa, abangnya Saudara Mohamad Haikal dan Isterinya serta ahli-ahli keluarga mereka yang lain. Kami telah merekodkan data dan mengambil gambar sebahagian besar anak-anak yatim ini. Anak-anak yatim dan yatim piatu ini berumur diantara 1 Tahun hinggalah 16 Tahun. Data-data ini adalah bagi tujuan mendapatkan ibu bapa angkat di Malaysia yang sanggup menghulurkan sumbangan bulanan tetap bagi perbelanjaan pendidikan, makanan serta pengurusan anak-anak yatim ini di Aceh.
Di samping memberikan sumbangan kewangan dan pakaian kanak-kanak hasil sumbangan Muslimin dan Muslimat semua, Misi ini juga telah membelikan pakaian sekolah untuk anak-anak yatim ini seperti yang dipinta oleh Pengurusan Rumah Anak Yatim PKPU ini. Menurut penjaga anak-anak yatim ini bekalan makanan mereka agak mencukupi buat masa ini. Sehingga jam 2.45 petang kami masih lagi merekodkan data anak-anak yatim ini. Anak-anak ini walaupun mereka masih belum makan tidak kedengaran langsung bentakan mereka kerana belum makan ataupun lapar.
Lebihkurangan jam 3.00 petang kelihatan anak-anak ini tersenyum sambil membawa pinggan daripada dapur ke ruang utama untuk makan tengahari. Apabila menghampiri mereka, airmata saya mengalir kerana apa yang ada di dalam pinggan mereka hanyalah nasi dan sayur kobis! Mereka makan dengan penuh berselera sambil tersenyum memandang saya. Rupa-rupanya apabila penjaga mereka mengatakan bahawa bekalan makanan adalah mencukupi ia sebenarnya bermaksud mereka mumpunyai makanan! Mereka terpaksa berjimat kerana mereka tidak pasti sehingga bila mereka akan mendapat bantuan daripada penderma-penderma yang budiman. Saya terkenangkan bagaimana anak-anak kita di Malaysia makan dengan penuh mewah, kadangkala tidak habis makan tetapi minta pula lauk yang lain! Saya juga terbayang dan kebingungan kemana perginya bantuan berjumlah berjuta-juta ringgit yang datang dari luar!
MISI UTAMA DI MEULABOH – HARI KETIGA, 11/2/2005
Misi utama Muslim Care telah diamanahkan untuk sampai ke Melouboh bagi membantu penempatan anak-anak yatim di sana memandangkan NGO Muslim agak kurang disana berbanding dengan Missionaries Christian oleh kerana kesukaran untuk sampai ke Meulaboh dan juga oleh kerana Meulaboh ini dikawal ketat oleh Tentera TNI memandangkan ia sebelumnya adalah Kawasan GAM. Dari Banda Aceh hanya perjalanan melalui udara sahaja yang boleh sampai ke Melouboh oleh kerana jalan darat telah habis rosak dan putus.
Alhamdulillah dengan bantuan TUDM, Anggota Misi ini berlepas ke Melouboh pada hari Jumaat, 11 Februari 2005 jam 11.25 pg. Anggota Misi telah menaiki Helikopter NURI TUDM yang agak terkenal itu (lebih 5 buah telah jatuh terhempas sebelum ini) dan Heli yang kami naiki itu baru sahaja diperbaiki pada pagi tersebut. Dari Heli NURI , kami melihat penempatan sepanjang persisiran pantai ke Melouboh sepanjang 250 km telah habis musnah. Melouboh tinggal tidak sampai 20%. Chalang, Pusat Pemerintahannya juga habis musnah keseluruhannya. Alhamdullilah kami selamat mendarat di Lapangan Desa Lapang Kompise pada jam 12.27 tengahari.
SERANGAN AQIDAH DI MEULABOH
Daripada Lapang Kompise, kami telah diiringi oleh seorang Anggota Tentera TNI yang lengkap bersenjata yang merupakan saudara kepada pengiring kami sehingga kami selamat sampai di POSKO PKPU di Masjid Rahmatullah.
Sepanjang perjalanan kami melihat betapa sibuknya NGO-NGO Kristian dan Missionaries Kristian tidak termasuk UNDP, UNCF dll yang hampir kesemuanya didokongi oleh Petugas Kristian. Mereka bergerak kesana dan kemari degan 4-Wheel Drive yang mewah seperti Challenger dan lain-lain lagi.
Di POSKO PKPU kami diberitahu oleh Dr. Wiwid Anwar, 26 Tahun Graduan Perubatan daripada Universiti Hanuddin, Sulawesi dan Sdra Romi Julianshah, 25 Tahun Graduan Ekonomi dari Universiti Syah Kuala yang berasal dari Meuloboh bahawa selepas Tempoh Misi Perubatan, NGO yang berada di Meulaboh hanya mempunyai 2 tujuan iaitu diantara Tujuan untuk menyelamatkan Aqidah anak-anak Aceh ataupun Tujuan untuk Menyelewengkan Aqidah mereka.
Kami diberitahu oleh para Sukarelawan PKS bahawa daripada rekahan kotak-kotak bekalan para Missionaries ini, mereka ternampak bola-bola ping pong yang ditulis “I Love Jesus� selain dari buku-buku Porno yang mereka bawa masuk ke Aceh. Bungkusan-bungkusan bekalan termasuk telekung yang mereka bekalkan juga diikat dengan ikatan menggambarkan salib. Paling menyedihkan di setengah-setengah tempat, sebelum mereka memberi makan kepada kanak-kanak di pusat penempatan sementara mereka meminta anak-anak ini menunjukkan dimana kepala mereka, perut mereka, bahu kanan dan juga bahu kiri sehinggalah terbuatlah mereka tanpa disedari gerakan tangan berbentuk “Cross� sebelum mereka makan. Memang niat mereka ialah untuk memesongkan Aqidah anak-anak ini secara halus.
Mereka sekarang ini sangat berminat untuk membeli tanah dengan berapa harga sekalipun walaupun buat masa ini Pemerintah Indonesia tidak membenarkannya. Pastinya mereka mempunyai Option untuk menyewa secara Leasehold. Selama mana Masyarakat di sini boleh bertahan daripada menyewakan tanah-tanah mereka kepada kumpulan ini hanya Allah sahaja yang mengetahui. Yang pasti dalam keadaan tidak ada satupun Gereja di bumi Aceh tentunya mereka sangat berminat untuk mendirikan Gereja walaupun hanya sebuah Chapel kecil! Pada masa ini mereka mengambil anak-anak tempatan untuk bekerja dengan mereka dengan gaji lumayan. Lama-kelamaan tentunya mereka terpaksa bergantung kepada Kumpulan Missionaries ini.
ANAK-ANAK YATIM DI MEULABOH
Seterusnya Petugas PKS telah membawa kami ke POSKO Pengungsi PKPU di Pasi Tengoh. Di sini kami menziarah anak-anak yatim dan seperti sebelumnya mengumpulkan data mereka bagi mendapatkan sponsor di Malaysia. Keadaan amat menyedihkan. Tempat tinggal mereka hanyalah sebuah ‘tent� yang dibina pangkin untuk tidur sementara penghalang antara keluarga tersebut hanyalah sehelai kain.
Sumbangan kewangan turut diberikan kepada anak-anak yatim ini. Semasa kami mengedarkan biskut-biskut serta coklat yang kami beli keriangan jelas terpancar di wajah kanak-kanak ini.
CADANGAN PUSAT PENEMPATAN SEMENTARA ANAK YATIM DI MEULABOH HARI KEEMPAT, 12/2/2005
Hari ini sangat penting dan amat bersejarah bagi anggota Misi. Kami telah dibawa berjumpa Ustaz Affan S.Pd seorang Guru Agama Sekolah Dasar (Rendah) yang juga Ketua Panti Asuhan Anak Yatim Yayasan Al-Maghribi. Kami dimaklumkan bahawa pada hari ketujuh Tsunami, telah berlaku satu cubaan untuk membawa anak-anak ini keluar dari Meulaboh melalui Helikopter atas alasan perubatan. Alhamdulillah setelah menerima maklumat tentang perkara ini, para Petugas PKS terus berkejar ke Lapangan Helikopter. Apabila sampai di sana berlakulah perebutan anak-anak yatim ini di antara Kumpulan Perubatan Missionaries dan para Petugas PKS. Alhamdulillah setelah bertegang leher dan tarik menarik, anak-anak ini berjaya dibawa pulang oleh Doktor dan Petugas PKS.
Setelah peristiwa ini mereka nekad untuk menyewa sebuah rumah yang agak besar dan masih elok selama setahun untuk dijadikan Penempatan Anak-Anak Yatim yang dipanggil Panti Asuhan Anak Yatim Yayasan Al-Maghribi. Malangnya oleh kerana kekurangan sumber dan peralatan asas maka Penempatan ini masih lagi belum dapat menerima Anak-Anak Yatim untuk tinggal di situ. Misi telah melawat tempat ini dan sememangnya ia luas serta sesuai untuk dijadikan penempatan anak-anak yatim.
Setelah Anggota Misi Muslim Care mengkaji keperluan mendesak yang telah desenaraikan serta meniliti surat rayuan mohon sumbangan daripada Panti Asuhan Anak Yatim Yayasan Al-Maghribi, maka Lembaga Pemegang Amanah Muslim Care terus membuat keputusan di saat itu juga bahawa keperluan-keperluan tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh Dana Muslim Care yang datangnya dari hasil sumbangan para penderma semua. Alhamdulillah sumbangan sebanyak lebihkurang RM12,000.00 telah diserahkan bagi membeli peralatan seperti Katil Besi 2 Tingkat (Menjimatkan Ruang), Tilam, Bantal, Peralatan Memasak, Pinggan Mangkuk, Almari Pakaian, Meja Makan, Sejadah, Tafsir AL-Quran serta lain-lain lagi.
Insyaallah sumbangan tuan-tuan kami menafaatkan sebaik mungkin. Kami juga telah dibawa berjumpa dengan para Pengelola daripada Panti Asuhan Anak Yatim Yayasan Al-Maghribi ini yang terdiri daripada 6 orang Ustaz, Ustazah serta Guru Sekolah. Insyallah kami yakin anak-anak ini akan dapat dididik menjadi Muslim yang baik oleh para Pengelola ini yang mempunyai Asas Ilmu Islam yang baik.
CADANGAN PEMBINAAN ASRAMA ANAK YATIM DI TANAH WAKAF
Selepas itu, kami dibawa pergi melihat 2 bidang tanah yang diwakafkan. Tanah yang pertama agak luas. Tanah itu rupa-rupanya diwakafkan oleh Ustaz Affan S.Pd sendiri. Kami sangat terharu apabila mendapat tahu tentang perkara ini kerana dia sendiri bukanlah dari golongan berada. Saya sempat bertanya pada dia samada dia mempunya tanah lain dan dia memaklumkan pada saya bahawa tanah itu sahaja yang dimilikinya. Dia menyebutkan pada saya bahawa dia masih muda dan kalau dipanjangkan umur masih punya banyak masa untuk membeli tanah lain!
Tanah Wakaf seterusnya yang kami lawati agak kecil sedikit tetapi sangat strategik dari segi kedudukan. Ia terletak di antara Masjid dan sebuah Sekolah Rendah. Kami telah dibawa berjumpa dengan Jawatankuasa Masjid tersebut dan mereka telah memaklumkan bahawa mereka akan menyerahkan tanah bersebelahan Masjid itu bagi tujuan Pembinaan Rumah Anak Yatim. Pihak Masjid telah bersetuju untuk mengeluarkan surat rasmi bagi tujuan ini. Lebih memudahkan, Setiausaha Masjid itu sendiri adalah bapa saudara kepada isteri Ustaz Affan S.Pd. Pihak Masjid cuma merayu supaya Muslim Care dapat menyumbangkan sebuah Sistem Pam Air untuk Masjid yang akan turut digunakan oleh anak-anak yatim apabila penempatan Rumah Anak Yatim yang “permanent� dibina disitu nanti.
Disebabkan kita bertarung dengan Masa dan Missionaries Kristian, maka sekali lagi Lembaga Pemegang Amanah Muslim Care membuat keputusan di situ juga bahawa Muslim Care bersetuju untuk membina Penempatan Anak Yatim di atas tanah yang diserahkan oleh pihak Masjid. Insyaallah Muslim Care juga akan membelikan Sistem Pam Air bernilai lebihkurang RM2500.00 untuk Masjid tersebut. Pembinaan Rumah Anak Yatim itu akan dimulakan selepas harga barang kembali stabil. Kami menjangkakan kos pembinaan rumah anak yatim ini akan menelan belanja sekitar RM80,000.00 – RM100,000.00 Sebagai tanda komitmen Muslim Care untuk pembinaan Rumah Anak Yatim tersebut, maka sekarang ini kami sedang menguruskan untuk menghantar sumbangan berjumlah RM10,000.00 (juga daripada hasil sumbangan para dermawan sekelian) sebagai perbelanjaan pembinaan Tapak Rumah Anak Yatim tersebut.
INSYALLAH APABILA RUMAH ANAK YATIM INI SIAP KELAK, PARA DERMAWAN SEMUA TURUT MEMPUNYAI SHARE MASING-MASING KE ATAS RUMAH ANAK YATIM INI. INSYA’ALLAH SHARE INI AKAN KEKAL SAMPAI KE AKHIRAT
Tanah Wakaf yang diberikan Ustaz Affan pula kemungkinan akan dijadikan sebagai Pusat Penempatan Anak Yatim yang kedua pula andaikata Pusat Penempatan yang pertama nanti sudah tidak boleh menampung tambahan peserta.
PERJALANAN MENCABAR MELALUI KAWASAN PERGUNUNGAN DARI MEULABOH KE MEDAN
Jam 3.00 petang, 12/2/2005 kami memulakan Perjalanan Melalui Jalan Darat dari Meulaboh ke Medan selama 16 Jam dengan menaiki Van Kecil tanpa Penghawa Dingin dan Bertayar Botak tanpa bunga. Untuk melepasi Kawasan Hutan dan Pergunungan Meulaboh yang juga menjadi tempat persembunyian GAM, kami terpaksa melalui hampir 30 Pos Kawalan Tentera Republik Indonesia. Selain itu Pemandu Van yang memandu dengan begitu laju sekali walaupun ketika memandu di cerun-cerun dan selekoh-selekoh di lereng Gunung juga menguji kesabaran kami semua.
Alhamdulillah berkat Doa para Dermawan, Ahli Keluarga dan teman-teman semua walaupun Van yang kami naiki pancit tayarnya sebanyak 2 kali sehingga kami terpaksa menahan kenderaan lain yang dalam perjalanan menuju ke Medan, Syukur pada Allah kerana akhirnya kami sempat sampai ke Lapangan Terbang Medan Jam 9.15 pagi pada hari Ahad 13/2/2005 bagi menaiki Penerbangan ke Malaysia pada jam 10.00 pg. Alhamdulillah Anggota Misi selamat sampai di Kuala Lumpur Jam 12.30 tengahari waktu Malaysia.
PERANCANGAN MUSLIM CARE SETERUSNYA
Didalam Mesyuarat Muslim Care selepas pulang dari Aceh yang diadakan pada Isnin, 14/2/2005, perbagai tugas segera telah dikenal pasti dan diagih-agihkan dikalangan Ahli-Ahli Lempaga Pemegang Amanah Muslim Care seperti berikut:
Penerbitan CD Dokumentasi Misi Muslim Care di Aceh bagi memberikan gambaran lebih jelas kepada para Dermawan dan sesiapa sahaja tentang Misi Muslim Care di Aceh serta Keadaan Anak-Anak Yatim di Aceh bagi menambah Dana Muslim Care untuk tujuan membantu Anak-Anak Yatim ini.
Membuat Power Point Presentation termasuk Gambar bagi tujuan membuat persembahan di mana-mana sahaja samada di Pejabat, Syarikat, Masjid, Surau ataupun kepada Persatuan-Persatuan Kakitangan Islam.
Membuat Profil Anak-Anak Yatim termasuk gambar mereka bagi mendapatkan Ibu Bapa Angkat di Malaysia yang sanggup menaja perbelanjaan bulanan mereka di Pusat Penempatan Anak Yatim di Aceh.
Menerbitkan Borchure-Brochure Muslim Care untuk memudahkan sumbangan disalurkan.
Membawa seorang Mahasiswa yang berasal dari Aceh Ke Malaysia bagi memberi penjelasan yang lebih terperinci dan memaklumkan tentang perkembangan terkini tentang Aceh kepada pihak yang berminat untuk mendapatkan penjelasan
Membuka Keahlian Muslim Care bagi mendapatkan lebih ramai sukarelawan untuk membantu apa-apa sahaja kerja-kerja kebajikan dari masa ke semasa.
posted by kaksarah
Wednesday, February 16, 2005 Posted: 2249 GMT (0649 HKT)
Goosen missed his tee-off time and has been disqualified LOS ANGELES -- Two-time US Open winner Retief Goosen was disqualified after he overslept and missed his tee off time for the Pro-Am portion of the $4.8 million PGA Los Angeles event.
The 36-year-old South African, who finished a career best sixth on the PGA Tour money list in 2004, was scheduled to tee off in the first group of the day on Wednesday.
Goosen, at number five in the world, was the highest-ranked player in the competition behind Tiger Woods.
The absence of Goosen leaves two-time defending Los Angeles champion Mike Weir (sixth) as the top-ranked golfer behind Woods, who is number two.
Goosen collected $3.89m on the tour last year after winning the US Open and the season-ending Tour Championship.
Alternate John Elliott, of the US, will replace Goosen.
Source: CNN
Date: Mon Feb 14, 2005 11:30 am
Bismillah,
Assalamualaikum warahmatullah,
InshaAllah, this week we are going to learn about “Ibn Abi” (anak bapak). Brothers and sisters, GET READY TO SHAKE!!!
Prelude: From the Eyes of Abdullah ibn Azzubayr
"To every Prophet is a Hawaaree (helper), and my Hawaaree is Azzubayr."
-- Rasul Allah - sal Allahu 'alayhi wa sallam
"O Ameer AlMu'mineen, I did not commit a crime to be afraid of you. Nor is the path tight so that I may make way for you."
-- Abdullah ibn Azzubayr
Lessons from his childhood:
Born in the year of Hijrah, when people started the Hijrah to Madinah .
Rasul Allah - sal Allahu ‘alayhi wa sallam - did tahneek to him, i.e. putting a date which he had put into his mouth into ibn Azzubayr’s mouth, thus, the first thing that he tasted was the Prophet’s - sal Allahu ‘alayhi wa sallam - saliva and the date from the Prophet’s mouth.
Strong in three areas:
i. al-faaris - warrior; horse riding, sword fighting, archery
§ Hisham ibn ‘Urwa said, “When ibn Azzubayr was born, his first word was ‘as-saif’ (the sword).”
ii. al-‘aabid – worship
§ Mujaheed said, ““If it is ever an ‘ibadah that people would not be able to perform, ibn Azzubayr was the one who could do it.” à during the flood of Ka’aba, people stopped doing tawaf. He took the challenge by doing tawaf swimming.
§ A person said that he came and started reciting al-Baqarah, ali ‘Imran, al-Maidah, and ibn Azzubayr was in his sajdah all this time.
§ It was also mentioned that birds used to land on his back when he was praying because of his long stationary state i.e. due to his khushu’ in ibadah.
iii. al-‘aalim/al-fuqahaa – knowledge
§ He grew up in the house of A’isha r.a., who was his maternal aunt
Son of Azzubayr ibn al-Awwam and Asma’ bint Abu Bakr. His father was the Prophet’s - sal Allahu ‘alayhi wa sallam - cousin (son of his aunt Safiyyah) and was related to Khadijah. His mother was also related to the Prophet - sal Allahu ‘alayhi wa sallam.
People would look at him and say, “No one would look like Abu Bakr but ibn Azzubayr!” (Abu Bakr was his atuk, remember? )
Abu Bakr = dark skinned, skinny, had long wispy beard = ibn Azzubayr
No one could compete him in his:
i. Courage (learned from his parents)
ii. Worship
iii. Command of Arabic language i.e. an eloquent leader
Can tell how old he is based on the events that took place after Hijrah (clue: look back at first point )
His relationship with his father:
His father was one of the key people beside the Prophet -sal Allahu ‘alayhi wa sallam.
Azzubayr had a big wound on his back and ibn Azzubayr used to put his hand in it (playing, of course ).
At the age of 5, during the Battle of Ahzaab, ibn Azzubayr saw his father slashing an army who tried to escape from the battlefield into two (belah dua), right before his own eyes.
During the battle of Uhud, a mushrikeen killed a lot of Muslims, so, Azzubayr leaped on his horse from the back and killed him.
At the age of 7, when ibn Azzubayr was playing with his friends, he suggested to them, “Jom pi kasi bai’ah kat Rasul Allah -sal Allahu ‘alayhi wa sallam- nak tak?” He then led them to the masjid and said to the Prophet -sal Allahu ‘alayhi wa sallam, "We came to pledge allegiance to you. Give me your hand so that I’ll pledge allegiance to you,” and everybody else followed suit.
Rasul Allahu -sal Allahu ‘alayhi wa sallam- said to him, “Haza ibn abi.” à Ini anak bapak à Like father like son.
The major events he witnessed:
Once, Rasul Allahu -sal Allahu ‘alayhi wa sallam- was doing hijama (berbekam/cupping) and asked ibn Azzubayr to throw away the blood. Ibn Azzubayr did not want to throw the Prophet’s noble blood to the ground (out of his love to the Prophet -sal Allahu ‘alayhi wa sallam) and decided to drink it. Salman al-Farisi saw it and told the Prophet -sal Allahu ‘alayhi wa sallam, who then said, “No one drinks blood, but the fire of an-Naar will never touch my blood.”
During the battle of Mu’tah against 15,000 Roman army, three generals -Zayd ibn Harithah, Ja’far ibn Abi Talib, and ibn Rawahah – were killed. Khalid took the flag and retreated, so none were killed in it. However, Muslim had never retreated before, so the children and women came out of their houses, threw stones to the army, and closed the doors. They said, “Ya Furraar (those who run away from the war), go back and fight!” Ibn Azzubayr was among those who threw the stones. The Prophet -sal Allahu ‘alayhi wa sallam- said, “A Muslim army is not allowed (to retreat back to the general army) except if it is part of the strategy of the war, and in this case, the Prophet -sal Allahu ‘alayhi wa sallam- was the army that they joined in.”
During the battle of Hunain, ibn Azzubayr were among those who stayed with Rasul Allah -sal Allahu ‘alayhi wa sallam- when other Muslims ran away.
He did Hajj with the Prophet -sal Allahu ‘alayhi wa sallam- when he was 10. People would ask him Hajj questions and he would directly quote from what he saw or experienced during that Hajj.
His participation in the conquests:
He was leader of many cavalries, saver of traders who were threatened.
During the battle of Yarmouk against the Roman, ibn Azzubayr, 12 years old, couldn’t fight because he was under 15.
o His father was trying to encourage the Muslim army, “How many Romans are there, and how many Muslims are there? Verily the people will be assisted due to their iman. Say, ‘How great is the Muslim and how few is the Roman?” Who’ll pay allegiance to fight against that?”
o A small group of Muslims went forward with him. All were killed except him. He did this twice and by the third time, no one came forward.
o He said to his son, “Get up on the horse. I’ll fight by myself.” Ibn Azzubayr directed the horse and his father fought the WHOLE army. They fought until they were in the middle of the Roman army and eventually at the other end. He went back and continued. It took him so long that the Muslims thought they were killed.
o Indeed, he returned and the Muslims army were pumped up and continued to fight again.
o Azzubayr was hit 17 times with sword.
Bersambung…….
May Allah subhaanahu wa ta’aala grant us the spirit of Ibn Azzubayr. InshaAllah…
Wassalam,
LPCT
Friday, February 11, 2005
Benarkah sambutan maal hijrah di Malaysia, dibanding negara negara Islam yang lain tampak meriah. Mungkin banyak betulnya. Kerana terdapat negara Islam yang lain memandang sambutan maal hijrah ini sebagai bid'ah.
Anyhow, malam ni just nak mention satu point tentang hijrah. Mungkin a bit sensitif tapi memang dekat Malaysia tak ramai yang mention aspek ni. Kita biasa dengar hijrah dari yang buruk kepada baik. Hijrah agar kita insaf. Hijrah dari kota mekah ke kota madinah.
Cuma mungkin kita tak terperasan, selain dari aspek aspek mikro dan zahir yang dimention di atas .. satu aspek yang jarang penceramah penceramah tv n radio di Malaysia mention is that kesan dari hijrah is tertubuhnya negara Islam yang pertama. Tak kisah lah Islam Hadhari atau Islam Madani, tetapi Islam sebagai deen dan daulah harus dilaksanakan dengan bersungguh sungguh dan holistik, bukan sekadar slogan yang sedap telinga mendengar tapi sebenarnya hanya terhasil dari paluan gendang yang kosong isinya.
Peace!
p/s: one of the best reading yg i read so far ttg konsep hijrah, is Risalah Tabuk by Ibnu Qayyim.
Thursday, February 10, 2005
Thursday, February 03, 2005
Dear Diary,
17 January 2005 was a memorable day for me and Suria (ini lelaki ye).
O Allah!
Please make our deeds sincere.
Please accept our actions.
I know that our actions may be big in the eyes of humans.
But O Allah, if it's not worthy in Your eyes, then everything would be lost.
So, please please O Allah, let it carry weight in Your eyes.
O Allah!
I did it with the hope of bringing this as a gift for You when the day of our meeting comes.
May you be pleased with it.
Allahumma fash-had.
O Allah!
Abu Bakr never asked for a position whilst he was with people nor alone.
Please Allah, O please Allah, don't blind me with position, wealth nor fame.
Verily my heart crumbles encountering those evils.
I am too weak.
O Allah!
I beg of You.
Please let me see the light as light, and the darkness as darkness.
Please let me see the light as light, and the darkness as darkness.
Please let me see the light as light, and the darkness as darkness.
O Allah!
We are knocking on Your door.
Please answer our prayers.
- 'Ibaad ar-Rahman wannabe
Tuesday, February 01, 2005
Puzzle 15
Edisi Jiwang Islami
Satu hari, perempuan itu termenung, ketika salah seorang mbak mengingatkannya akan sebuah kesempatan emas yang ada dengan memiliki seorang suami seperti lelaki itu.
Dahulu, ia ingat, pada jelang pagi, saat mereka berdua selesai mengerjakan sholat malam-satu-satunya sholat dimana mereka bisa rutin berjamaah karena lelaki itu lebih sering berjamaah di masjid pada waktu sholat yang lain-perempuan itu mencium tangan lelaki itu dan mengenggamnya lebih lama dari biasa.
Sambil menatap sepenuh hati, pelan ia berkata,
"Kaka tahu, makna peristiwa saat aku mencium tangan kaka untuk pertama kalinya?
Lelaki itu memandangnya heran, lalu menggeleng pelan, menanti jawaban.
"Maknanya adalah, sejak saat itu aku azzamkan pada diriku untuk mengoptimalkan semua yang aku punya untuk jadi istri orang yang aku cium tangannya. Meskipun banyak yang lebih ganteng, lebih tinggi, lebih cakep, lebih baik, lebih soleh dari dia, dia tetap yang terbaik buat aku. Karena aku yakin bahwa lelaki ini lah yang Allah pilihkan buat aku. Dan apa yang berasal dari sisiNya senantiasa yang terbaik buat aku. Lelaki itu adalah kaka.
**
Kiriman yang terbaik.
Berulang-ulang ia katakan itu pada dirinya. Benar sekali, bahwa banyak orang yang hadir dalam hidupnya, dan dirasakannya lebih baik. Entah itu lebih cakep, baik, sholeh, banyak hapalan, banyak amalnya, banyak ibadahnya, pemurahnya, atau kesediaannya untuk menolong kala perempuan itu memerlukan pertolongan, dll. Segala kebaikan yang berlebih dibanding lelaki yang baru dikenalnya itu.
Tapi kesyukuran selalu dibisikkan pada hatinya. Kiriman terbaik dariNya. Saat kemuadian diingatkan lagi, ia makin bersyukur. Apalagi bila mengingat banyak kebaikan juga yang diterimanya dari lelaki itu.
Kekurangan pada pasangan, adalah karunia dan ujian kesabaran serta ladang untuk membantu menyempurnakan.
Kebaikan pada pasangan pun, adalah karunia dan ujian kesyukuran serta ladang untuk menimba ilmu.
Apapun yang mereka punya pada awalnya, adalah modal untuk saling menyempurnakan, saling menjadi nikmat bagi yang lain. Agar akhir nanti, sempurnalah pengabdian padaNya.
**semoga senantiasa mampu mensyukuri kiriman terbaikNya, aamiin**