Masih Ada Harapan
Duhai teman du'at,
Percayalah, bahawa kesemua manusia itu inginkan kepada kebaikan. Setiap satu dari insan pasti ada unsur kebaikan dalam dirinya.
Sejahat-jahat manusia manapun, apabila manusia yang lain berbuat kejahatan kepadanya pasti ia benci akan perbuatan itu. Akan pasti terdetik suatu saat dalam hidupnya, kebencian kepada kejahatan, kebencian kepada kekufuran, kebencian kepada tidak kenalnya Tuhan. Suatu saat, ia pasti kan sedar bahawa tanpa tuhan ia akan terkapai kapai kelemasan.
Pernahkah anda melihat orang yang biasa membuat persembahan tari-menari di hadapan orang ramai, dan menangis keinsafan beberapa tahun kemudian? Aku pernah.
Pernahkah anda melihat perempuan yang memakai shorts dan pakaian ketat, beberapa tahun kemudian mendapat kemanisan menutup aurat? Aku pernah.
Pernahkah anda melihat orang yang mulutnya ringan mengucapkan kata-kata kesat, dan bertukar melakukan dakwah beberapa tahun kemudian? Aku pernah.
Pernahkah anda melihat orang yang tidak berguna, dan tidak ada impian bagi dirinya, dan kemudian bercita-cita untuk merubah dunia? Aku pernah.
Maka janganlah berputus asa wahai para du'at. Kerana maksud du'at itu sendiri bukan hanya menyeru, tetapi juga mendoakan kebaikan di kala mad'u tidak kelihatan. Jika anda rasa mahu berputus asa dari jalan dakwah boleh, memang Allah bolehkan .. tetapi tunggulah sehingga sudah 950 tahun kamu sudah berpayah-jerih di jalan dakwah.
p/s: rakan du'at, tolong doakan sahabat saya yang sakit, Lokman Mohd Noh, agar dia sembuh dan sihat kembali. please, tolong doakan ye.
No comments:
Post a Comment