"Ini Wilayah Ramadhan"
Kalau anda bekerja/belajar di KL mungkin anda kurang biasa melihat perkataan "No Network" di skrin handphone, ataupun bar signal berada pada tahap kosong. Namun bagi kami yang bekerja di Bintulu, perkara ini memang menjadi kebiasaan.
Tapi yang pastinya bagi mereka yang tinggal di sekitar KL, Malaysia pasti akan ternampak iklan "Ini Wilayah Celcom" di billboards jalan raya.
Jadi izinkan saya membawa berita gembira kepada semua para muslimeen seluruh Malaysia. Bermula pada hari Rabu ini, line/signal/coverage anda semua pasti akan berada pada tahap maksima. No more out of coverage area! Ini saya boleh bersumpah.
In fact bermula pada malam Selasa lagi, para pekerja yang bersayap dah bersiap siaga untuk pasang billboard iklan "Ini Wilayah Ramadhan". Sebenarnya fenomena ajaib ini bakal berlaku di seluruh dunia. Yang lebih menggembirakan, bukan line kita dengan orang yang kita cintai akan clear. Bahkan line kita dengan Pencipta Cinta itu sendiri akan clear, tanpa 'noise'.
Jika selama ini kita rasakan bahawa kita punya talian dengan Allah tidak begitu baik, lemah dan menyedihkan. Insha Allah bermula Rabu ini, anda akan rasakan bahawa hubungan istimewa itu akan bertambah baik. Kerana jika selama ini gelombang kita mungkin hanya tersekat di langit, tetapi bersedialah, Rabu ini pintu langit akan terbuka luas! Dan ini bukan janji saya, tetapi ini janji Rasul kita.
Memang saya akui bahawa adakalanya, kita rasa terperangkap dengan segala perangkap dimensi dunia. Terperangkap dalam dimensi 'space' dan 'time'. Sedangkan akhirat itu di sana, bukan di sini. Namun Allah itu Maha Mencintai. Dia telah sediakan 'window' yang tersangat istimewa bagi kita untuk menerobos keluar dari dimensi ini. Dia telah sediakan 'window istimewa' bagi dimensi ruang (3rd dimension) di Baitullah Al-Haram. Dia telah bukakan "window istimewa" buat beberapa jam di dua pertiga malam setiap hari. Dan lebih menakjubkan, tawaran khas selama 30 hari, Dia telah bukakan "window istimewa" Ramadhan untuk para hambaNya.
Hakikatnya signal dari Allah itu antara yang paling kuat dan di'amplify' semasa Ramadhan. Jika masih tiada line, maka usahlah menuding jari lagi. Itu bukan masalah coverage dan noise(syaitan). Itu adalah masalah hati yang gagal berperanan sebagai receptor yang baik. Hati itu perlu dibaiki, di'fine-tune' ke frekuensi yang betul, agar dapat menerima pancaran Ilahiyyah.
Selamat datang ke "Wilayah Ramadhan" saya ucapkan buat semua. Ramadhan kareem, Allahu akram, wa Allahu akram.
No comments:
Post a Comment