Al-Maun - Aku Fahamkah??
Ku gagahi diri
baca surah "al maun"
amaran ALLAH
siapa dia pendusta agama
semalam isteri dan aku
ziarahi
keluarga
isteri ditinggal suami
anak-anak ditinggal ayah
anak lelaki sulung usai 11 tahun
adik perempuan nya 10 tahun
sepasang kembar 4 tahun
aktif sungguh anak-anak
"uncle masuklah ke dalam"
undangan manja
aku tanya si anak sulung
tak sekolah ke
jawabnya dengan penuh keyakinan
esok mungkin...
sekarang tolong ibu
jaga adik-adik
membasuh pakaian
memasak
sementara si ibu bekerja
gaji Rm500
sewa bilik tidur Rm200
tak termasuk air + letrik
lebihan untukmenyara anak-anak.
kata si ibu
ku ingin hadiahkan anak kembarku
agar dapat penghidupan baru
tapi...
di antara kasih seorang ibu
sayang seorang kakak
tak mahu berpisah dengan adik-adiknya
aku sebak..........
Abdul Jalil B Bujang
No comments:
Post a Comment