Thursday, February 16, 2006

12 February 2006 - Luahan Rasa di UPMKB

"Kenapa bila kita nak berubah, macam-macam ujian yang datang? Dulu saya tak pakai tudung, tapi sekarang dah pakai. Yang peliknya sejak saya pakai tudung ni, ujian demi ujian yang terlalu berat datang bertimpa-timpa (suara sebak dan tersekat-sekat). Sampai kadang-kadang tu saya dah tak tahan sangat. Kenapa ye?"
- Adik D -


"Alhamdu lillah ada usrah dan program-program sebegini. Kami memang mencari-cari program keagamaan begini. Kalau nak ikutkan ramai yang nak turut serta, tapi maklumat tak sampai. Saya pun nasib baik ada kawan ajak sekejap tadi."
- Adik Z -


"Apabila kita ditimpa musibah, rasa lemah dan hampir nak rebah, kita perlu ucapkan inna lillahi wa inna ilaihi roji'uun. Laa haula wa la quwwata illa billah. Hasbuna Allah wa ni'mal wakeel. Insha Allah dengan itu kita akan menjadi kuat."
- Adik F -


"Sebenarnya dalam Islam boleh ke bercouple ni?"
- Adik M -


"Akak pun dulu tak pakai tudung. Tapi alhamdu lillah, bila pakai tudung ni rasa tenang je. Rasa ada kelainan la pada kehidupan kita."
- Akak J -


"Akak dulu semasa di US ikut juga program-program usrah ni. Kadang-kadang rasa macam satu beban yang berat sangat. Sampai ada masa tu rasa macam nak quit je. Tapi bila rehat tu dan tak bergerak aktif rasa seperti 'tak normal' pulak. Hari-hari buat kerja, makan, tengok tv. Rasa macam ada something wrong. Lama kelamaan baru kita paham bahawa dengan mengikuti jalan dakwah ini sahajalah kita akan menjadi 'normal'."
- Akak S -

2:30
51:56

Fenomena bangau dan fenomena dinasour.

No comments: