Wasiat-wasiat Kepada Anggota HAMAS dan Kebangkitan Islam - Dr. Abdullah Azzam
Ikhwah dan akhawat sekelian,
Di sini disertakan beberapa wasiat yang ditulis oleh Dr. Abdullah Azzam dalam buku beliau, HAMAS, Sejarah dan Piagam(terjemahan) untuk tatapan bersama..
1. Kepada anda hendaklah mengikhlaskan niat, perasaan yang benar dan menjauhi riya'
2. Kepada anda hendaklah membaca Al Quran sejuzu' setiap hari.
3. Hafazlah Al Quran setiap hari walau satu ayat.
4. Kepada anda hendaklah berzikir pagi dan petang.
5. Beterusan membaca zikir-zikir siang dan malam (al-mathurat), doa-doa makan, berpakaian, keluar rumah, di masjid dan waktu tidur.
6. Kuasailah tafsir-tafsir kecil kecil seperti Jalalain atau Mukhtasar Tabari dan juga Riadhus Salihin.
7. Bacalah kitab Manhaj Haraki Lil-Seerah Nabawiah-Munir Ghadban
8. Bacalah kitab Hayatus-Sahabat oleh Muhd Yusuf Kandahlawi
9. Bacalah kitab Fiqh Sunnah oleh Sayyid Sabiq
10. Bacalah kitab iman, rukun-rukunnya dan perkara-perkara yang membatalkan iman.
11. Kepada anda memiliki kitab Tarikh Islami oleh Ahmad Syakir.
12. Janganlah anda membuang waktu yang terluang,perhatikan buku buku Islam terutamanya Rasail Al-Banna, Keluarga Qutb, Said Hawa, Mustaffa Masyhur, Al-Qardhawi, Fathi Yakan, Al Maududi, Muhammad Abu Faris, Ahmad Naufal, Muhammad Ahmad Rashid dan Jasim Muhalhal.
13. Peliharalah anggota badan anda dari perkara-perkara maksiat nescaya Allah akan pelihara anda dengan kecergasan dan kekuatan.
14. Janganlah anda mencari teman kecuali mukmin dan tidak makan makanan anda kecuali orang yang bertqwa.
15. Hindarilah perkara-perkara haram khasnya wanita.
16. Hendaklah anda tidur awal dan bangun awal serta tidak tidur selepas fajar.
17. Kepada anda hendaklah bangun waktu malam.
18. Tanamkan niat untuk berjihad dan bersedialah untuknya serta mengambil bekalan untuknya.
Kaherah
13 Ramadhan 1412H
No comments:
Post a Comment