assalamualaikum wbt,
Sudah berjalan berhari hari. bermalam sendirian, dengan gelap hutan, sejuk malam, bunyi-bunyian. Yang ada hanya zikir ingat Tuhan. Sudah jauh dipedalaman, tiada insan di kiri kanan.
dalam khemah kecil ini, berbaring seorang diri. mendengar Hereafter the CD. Bila seorang diri sebegini, banyak lagi ingat mati. dan dunia ni, bukan tempat berhenti.
Bila fajar datang, sembahyang subuh sorang sorang. rasa sejuk sampai ke tulang. badan menggigil, tapi hati tenang. berzikir
bersama pepohon, batuan berbalam. dan apabila matahari datang, khemah digulung untuk pulang.
sudah 7 malam di hutan ini. jalan dah jauh ditempuh dengan beban berat tak terperi. tapi, bila teringat, dah nak sampai ke destinasi, aku terpaku, sedih sendiri. mata bergenang teringat ilahi. kerana jalan yang jauh ditempuhi, dengan beban berat tidak terperi. lambat laun, pasti sampai ke destinasi. seperti kehidupan ini, yang satu masa akan sampai mati.
bila esok datang, ke Malaysia akan ku pulang. minta maaf kepada semua brothers and sisters tersayang. semoga Allah terima segala amalan, supaya dunia akhirat hidup senang.
teman mencari kasih Allah,
sahabat islam fissabilillah.
Lokman Mohd Noh
No comments:
Post a Comment