Monday, April 12, 2004
From: Adzlan Klang
Subject: Walimah Hazlan & Adlin
Assalamualaikum wbt.
Saya Hazlan bin Hj Atan bekas pelajar kelas 5/11 dengan sukacita menjemput Putera dan Puteri Kisas sekalian ke majlis perkahwinan saya dengan Adlin Haryati Bt Hj Arshad (bekas pelajar 5/10) seperti tarikh di kad yang di"attach"kan :)
Insya Allah kad yang asal akan tetap dihantar tetapi kalau tidak kesampaian janganlah kehadiran putera dan puteri sekalian tidak kesampaian juga.
Sukacita juga dimaklumkan majlis pernikahan kami akan diadakan pada 30hb April 2004 (Jumaat) di Masjid Sultan Sulaiman (masjid yang penuh nostalgia) selepas Asar. Kepada sesiapa yang berkesempatan dijemput hadir.
Semoga dengan kehadiran Putera dan Puteri Kisas sekalian akan memeriahkan lagi walimah ini Insya Allah.
Datang jangan tak datang!
:)
Note: Moga berbahagia dalam sakeenah, mawaddah dan rahmah sehingga ke jannah insha Allah ^_^
No comments:
Post a Comment