Saturday, December 04, 2004

Kesinambungan Ramadhan


Sedar tak sedar, sudah 2/3 Syawal berlalu, bermakna kini hampir sebulan kita meninggalkan madrasah Ramadan. Namum begitu apakah kesan Ramadhan ke atas diri kita? Adakah ia benar-benar meninggalkan kesan, daripada amalan yang dilakukan selama sebulan itu? Adakah puasa kita benar-benar melatih dan mendisplinkan diri kita? Atau sebulan yang berlalu hanya meninggalkan kesan lapar dan dahaga.

Sabda Rasulullah saw: “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan akan diampunkan dosa-dosa yang telah lalu. “

Barangkali, ramai daripada kita telah selesai puasa enam. Puasa enam ini ibarat solat Rawatib yang melengkapkan dan menampal kekurangan-kekurangan solat, tentunya terdapat kekurangan yang kita lakukan semasa kita melakukan ibadah puasa Ramadhan yang lalu. Maka, inilah peluang untuk menampal kekurangan puasa kita.

Selain daripada berpuasa, kita dituntut meneruskan amalan-amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan. Doktor Aqram Ridho di dalam bukunya Buyutuna Fii Ramadhan (Rumah Kita di Ramadhan) menegaskan perlunya kita membuat beberapa penerusan amalan setelah Ramadhan berlalu. Antaranya :

- Menjaga sunah-sunah dalam solat.
- Melakukan solat qiam walaupun hanya satu kali dalam seminggu.
- Membiasakan diri untuk melakukan solat subuh berjamaah pada waktunya.
- Membiasakan diri melakukan puasa sunat.
- Istiqamah membaca Al Qur`an.

Marilah sama-sama kita menambahkan lagi amal ibadat kita di penghujung Syawwal ini. Semoga segala amalan kita diberkati dan diterima oleh Allah swt.

Wallahu’alam


No comments: