Zikir (lidah+hati)
Teringat sebuah kisah seorang soleh. Dia mempunyai bapa saudara yang kuat beribadat yang selalu didampingi. Suatu hari dia berjumpa pakciknya dan bertanya: “Wahai pakcik, apakah yang sepatutnya saya lakukan supaya menjadi seperti pakcik?”. Pakciknya menjawab: “Sebutlah 3 kali setiap hari = [Sesungguhnya Allah memeliharaku, sesungguhnya Allah melihat apa yang kulakukan]”. Lalu lelaki soleh itu mengamalkannya selama seminggu. Kemudian pakciknya menyuruh supaya menyebutnya 3 kali selepas setiap solat, lalu dia mengamalkannya. Selepas seminggu, pakciknya berpesan pula supaya menyebut dengan hatinya, bukan dengan lidah. Akhirnya zikir itu menjadi kebiasaan kepadanya sehingga dia sentiasa mengingati Allah.
Sebaik-baik zikir ialah dengan lidah disertai hati. Sekiranya lidah berzikir tetapi fikiran tidak sedar apa yang diucapkan, maka jadilah zikir itu suatu percakapan yang tidak bermakna.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment