Tuesday, July 19, 2005

Siapakah Umar Tanpa Islam?

Memang tidak dapat disangkal lagi, Umar mempunyai sifat yang 'outspoken' semasa usia mudanya. Ini merupakan bukti bagi sifat kepemimpinan dalam dirinya. Atau dalam istilah kontemporarinya, beliau berpersonaliti 'choleric'.

Maka, jika pun beliau tidak memeluk Islam logiklah sekurang-kurangnya dia akan menjadi ketua sebuah keluarga. Berkemungkinan juga beliau akan menjadi ketua puak beliau.

Ada juga kebarangkalian, jika beliau tidak masuk Islam, dengan sedikit karisma yang ada padanya beliau akan menjadi ketua kabilah Quraish, dengan kata lain beliau akan jadi ketua seluruh Mekah. Namun, kebarangkalian itu sebenarnya amat tipis memandangkan puak beliau adalah merupakan puak yang kecil dan tidak begitu berpengaruh di dalam Quraish. Maka jikapun beliau mempunyai impian untuk menjadi ketua kabilah Quraish pastinya hanya akan tinggal angan-angan, kerana puak yang lain semestinya tidak akan benarkan perkara tersebut berlaku.

Menyingkap realiti yang lebih utama, sebenarnya Umar seorang yang kuat minum arak semasa muda. Maka besar kemungkinan beliau akan mati semasa usianya masih muda.

Tetapi dengan cahaya Islam, beliau telah menjadi ketua bagi empayar Islam yang meliputi dua pertiga dunia.

Islam adalah agama yang mencungkil kebolehan insan, dan mentransformasi dunia.

No comments: