Wednesday, June 09, 2004

Mengapa sesetengah ulama' tidak berkahwin
Exemplars From the Scholars 1

A Lecture by Shaykh Tawfeq
Masjid Al-Fajr, Indianapolis
June 5th, 2004


Bismillah wa alhamdu lillah allazi laa ilaaha siwaah wa as-solaatu wa as-salaamu 'ala rasulillah

Antara sedar atau tidak, tahukah kita bahawa terdapat sesetengah ulama'/scholars dalam realitinya, memilih untuk tidak berkahwin. Dan mereka ini tidak berkahwin seumur hidup mereka.

Adakah ini bermakna mereka ini tidak mengikuti sunnah nabi saw? Ataupun scholars ini hanyalah scholars scholars yang 'kecil' dan tidak terkenal?

Jauh sekali tidak!

Bahkan scholars yang memilih untuk tidak berkahwin ramai dan mereka cukup dikenali oleh ummat Islam dengan kawarakan dan ketinggian ilmu mereka. Antara mereka termasuk Imam Ibnu Taimiyyah dan Imam An-Nawawi rahimahumullah.

Tujuan di sebalik keputusan mereka untuk tidak berkahwin adalah al-eethaar atau al-aathaar, iaitu kerana menitikberatkan kepentingan orang lain (ummah) dari kepentingan diri sendiri. Jika ada skala pemberat antara berkahwin atau menuntut ilmu, nescaya skala kedahagaan menuntut ilmu jauh melebihi skala keinginan untuk berkahwin.

Scholars scholars ini mendevotekan SELURUH kehidupan mereka untuk Allah. Hidup mereka 24 jam sehari, 7 hari seminggu dihabiskan untuk menuntut ilmu, ibadah dan ummah serta tidak meninggalkan sisa sesaat pun untuk diri mereka sendiri.

Dunia memerlukan scholars yang sebegini bagi menyeimbangkan dunia. Mungkin disebabkan scholars sebegini maka diri kita yang dipenuhi kekotoran dan kezaliman ini masih Allah benarkan untuk hidup di muka bumi ini.

Ini natijah dari mereka memilih maslahah 'ammah (kebaikan umum; contohnya benefit for the community), lebih lagi dari maslahah khassah (kebaikan khusus; contohnya benefit untuk diri sendiri dan keluarga).

Di dalam satu hadith, rasulullah saw pernah mengatakan mengenai anak anak, Hasan dan Husin, cucu kesayangan baginda saw dengan katanya yang lebih kurang membawa maksud: Sesungguhnya kamu ini membawa kepada kebakhilan, membawa kepada sikap pengecut, dan membawa kepada kejahilan, dan kamu adalah wangian dari wangian syurga.

Umar ra dalam kata kata yang famous mengatakan: "Tafaqqahuu qabla an tusawwaduu" yang secara literalnya membawa maksud: menjadi faqih lah kamu sebelum kamu mengambil tanggungjawab. Antara kata asal bagi tasawwadu adalah sayyid iaitu menjadi pemimpin. Mengikut Lisan ul-Arab, At-tasawwadu hua an tazawwaju, iaitu at-tasawwadu membawa maksud perkahwinan.

Dengan kata lain, jika kamu ingin menjadi faqih maka lakukanlah sebelum memperolehi anak. Kerana tatkala mulanya mempunyai anak maka seribu satu permasalahan dan halangan akan mula timbul. Spertimana Sufyan At-Thawri rahimahullah pernah mengatakan: Permulaan adanya anak adalah seperti kita melayari bahtera di lautan.

Nama nama scholars yang bakal disebutkan di bawah, untuk rujukan lanjut boleh didapati kisah dan biografi mereka di sekurang kurang nya salah satu buku berikut:

1. Tazkirah ul-Huffaz oleh Imam Az-Zahabi rahimahullah
2. Siyar A'laam un-Nubala' juga oleh Imam Az-Zahabi rahimahullah
3. A'laam ul-Muqi'een oleh Imam Ibnu Qayyim rahmatullahi 'alayh
4. At-Taareekh oleh Al-Khatib Al-Baghdadi rahimahullah


Di bawah adalah antara ulama' yang tidak berkahwin seumur hidup mereka:

Imam Ibnu Zaid An-Nisaiburi rA

Peribadi ulama' ini merupakan ensiklopedia berjalan pada zamannya. Tidak keterlaluan untuk zaman moden ini dikatakan setaraf dengan enjin pencarian google di zaman ini. Menghabiskan hampir seluruh hidupnya dengan menuntut ilmu, dan selepas 40 atau 50 tahun baru beliau mengendalikan halaqah atau kelas ilmunya yang pertama.

Antara keperibadiannya yang begitu menonjol adalah selama 40 tahun dalam kembaranya mencari ilmu Allah swt, beliau tidak pernah tidur malam. Dan menjadi lumrah baginya, makanan hariannya hanyalah 4 biji badam sehari. Bukan itu sahaja, bahkan seringkali dalam masa 40 tahun ini, beliau akan menggunakan tidak lebih dari satu wudhu' dari fajar/subuh sehingga ke isha'.

Dan yang menjadikan ia lebih menarik, kesemua aktivti di atas hanya dapat beliau amalkan sebelum berkahwin.


Ma'mar Ibn Rashid Al-Basri rA

Antara sifatnya yang terkenal adalah beliau tidak pernah berhenti mengembara dalam mencari ilmu Allah swt. Dari satu tempat ke satu tempat ia jelajahi tanpa henti, bertahun tahun lamanya ini menjadi kegiatan beliau.

Suatu hari, bermeseyuaratlah rakyat di sebuah bandar yang bakal dilalui oleh Ibn Rashid, bagaimana mahu menghentikan Ibn Rashid rA dari mengembara, agar dengannya dapat mereka memakan buah ilmu yang dipunyai oleh beliau.

Setelah nekad, mereka mengambil langkah untuk mengahwinkan beliau .. maka terhentilah pengembaraan beliau yang bertahun lamanya di bandar tersebut.

(bersambung..)

No comments: