Pengejaran Yang Tidak Kesampaian
Pi Mai Pi Mai Tang Tu
Bismillah wa alhamdu lillah allazi laa ilaaha siwaah wa as-solaatu wa as-salaamu 'ala rasulillah
Teka teki:
Orang yang lakukan amalan apa yang paling rugi dalam dunia ni?
Terutamanya musim cuti begini, mungkin ramai yang sangkakan bahawa masa banyak terbuang dengan benda benda yang tidak berfaedah, contohnya bermain komputer/video game, marathon kartun anime, termenung tanpa sebab, tidur yang berpanjangan, berbual/chatting perkara yang lagho etc.
Aktiviti aktiviti di atas ini tidaklah 100% useless kalau kita niatkan kerana Allah .. (and you start to think, macam mana nak niatkan aktiviti aktiviti tu kerna Allah? .. Exactly!! .. Because that logic doesn't work, you yourself is answering that these activities are indeed useless .. period!) *smile*
Now, adakah itu jawapan bagi teka teki, "Orang yang lakukan amalan apa yang paling rugi dalam dunia ni?".
Surprisingly, NO.
Hint
Perlukan hint? Okay, hint dia .. ironinya orang orang yang lakukan amalan yang paling rugi dalam dunia ni tidak sedar yang sebenarnya mereka sedang habiskan masa dengan sia sia.
Berlainan seperti mereka yang terjatuh dalam aktiviti yang disebutkan di atas; bermain video/komputer game etc - mereka ini sedar bahawa mereka ini dalam kerugian, namun tewas pada pujuk rayu hasutan syahwah dan nafsu lalu terus lemas dalam lautan kesia-siaan.
Ini nak diberitahu, orang yang paling rugi dalam dunia ini lebih parah keadaan mereka daripada itu, kerana mereka ini berada dalam keadaan delusional state. Mereka sangkakan bahawa mereka akan meraih keuntungan, namun sebenarnya ia hanyalah suatu mimpi yang langsung tidak akan kesampaian.
[Hakikatnya, bertanya soalan "Orang yang lakukan amalan apa yang paling rugi dalam dunia ni?" adalah sebenarnya satu sunnah yang Allah swt sendiri menyuruh kita bertanya kepada orang ramai.]
Jawapan bagi teka teki:
Allah swt, Yang Mengetahui Segala yang Nyata dan Tersembunyi - menjawab teka teki ini dalam firmannya:
"Say: "Shall we tell you of those who lose most in respect of their deeds?
Those whose efforts have been wasted in this life, while they thought that they were acquiring good by their works?
They are those who deny the Signs of their Lord and the fact of their having to meet Him (in the Hereafter): vain will be their works, nor shall We, on the Day of Judgment, give them any weight.
That is their reward, Hell, because they rejected Faith, and took My Signs and My Messengers by way of jest." (18:103-106)
Ini lah the ultimate truth. And Allah speaks the truth and to Him belongs the ultimate truth.
Argumentasi
Terkadang terdengar suara syaitani yang berbisik, "eh .. takkanla sampai terus sia sia amalan mereka? mestilah ada jugak nilai dia kan?"
Perhatikan bahawa Allah swt berfirman, "Nor shall We, on the Day of Judgment, give them any weight". Weight atau dalam al-Qur'an disebutkan wazna, atau berat.
Bagi sesiapa yang pernah mempelajari physics pasti tahu bahawa:
weight = mass x gravitational force
berat = jisim x tarikan graviti
Maka beratnya sesuatu amalan itu kesemuanya bergantung kepada sejauh mana 'grave' nya, atau graviti nya Allah swt memandang amalan tersebut.
Jika kita singgah ke dictionary.com antara definisi lain yang paling simple bagi 'gravity' adalah:
1. Grave consequence; seriousness or importance: They are still quite unaware of the gravity of their problems.
2. Solemnity or dignity of manner.
Maka jika Allah swt letakkan gravitinya (definisi seperti di atas) kosong maka kosong lah ia. Dan apa nilai yang didarabkan dengan kosong, maka kosong juga lah jumlahnya.
Jika Allah letakkan graviti nya 700 maka 700 lah ia. Dan tentu sekali apabila didarabkan maka berlipat gandalah ganjarannya (atau dosanya).
An-Naasu niyaam iza maata intabahu
"They are those who deny the Signs of their Lord and the fact of their having to meet Him (in the Hereafter)"
Jangan sekali kali menyangka bahawa ayat ini hanya ditujukan kepada orang kafir, dan hanya memandang ayat ini sebelah mata dengan tanpa emosi (have emotions remember?).
Kerana orang yang melihat dengan sebelah mata (monocular) tidak akan dapat menilai kedalaman dengan nilainya yang sebenar. Hanya manusia yang terbuka kedua belah 'mata'nya (binocular) mampu untuk menilai kedalaman.
Berapa ramai sebenarnya dari kita yang buta, tertutup (kufur) matanya dari melihat aayaat and signs of Allah? Berapa kerapkah mata (hati) kita hakikatnya kabur, diselaputi ghaflah dengan tidak teringat bahawa kita akan berhadapan dengan Allah bila bila masa?
"But the Unbelievers,- their deeds are like a mirage in sandy deserts, which the man parched with thirst mistakes for water; until when he comes up to it, he finds it to be nothing: But he finds Allah (ever) with him, and Allah will pay him his account: and Allah is swift in taking account.
Or (the Unbelievers' state) is like the depths of darkness in a vast deep ocean, overwhelmed with billow topped by billow, topped by (dark) clouds: depths of darkness, one above another: if a man stretches out his hands, he can hardly see it! for any to whom Allah giveth not light, there is no light!" (24:39-40)
Ya Arhama Ar-Rahimeen, irhamnee ya Allah. Allahumma a'inna 'ala zikrika wa shukrika wa husni 'ibadatik.
No comments:
Post a Comment