Tuesday, June 15, 2004

Mengapa sesetengah ulama' tidak berkahwin
Exemplars From The Scholars 2

( .. sambungan dari Exemplars of the Scholars 1 : Mengapa Sesetengah Ulama' Tidak Berkahwin)

Bismillah wa alhamdu lillah allazi laa ilaaha siwaah wa as-solaatu wa as-salaamu 'ala rasulillah

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, keputusan yang telah diambil oleh beberapa ulama' besar rahimahumullah untuk tidak berkahwin bukan lah atas dasar tidak mengikuti sunnah nabi saw. Ini adalah jauh sekali dari kebenaran dan 'blasphemy' yang teramat besar.

Tujuan mereka tidak lain hanyalah kerana mahu meng'devote'kan SELURUH kehidupan mereka untuk ibadah dan menuntut ilmu Allah swt seterusnya dengan illmu tersebut menjadi khazanah buat seluruh ummah. Semoga Allah membalas segala jerih payah mereka, wa Allahu haseeb.

Di dalam Ihya' Ulum ud-Deen karangan Imam al-Ghazali rahimahullah, terdapat 15 mukasurat yang secara khusus membincang kan samada patutkah scholars berkahwin atau tidak. Jadi isu ini bukanlah suatu isu yang baru bahkan scholars sejak dahulu lagi sedar tentang perlunya pengorbanan sebegini dari masa ke semasa bagi menyeimbangkan kestabilan dunia.

Di bawah adalah beberapa lagi scholars yang namanya termaktub dalam salah satu kitab berikut:

1. Tazkirah ul-Huffaz oleh Imam Az-Zahabi rahimahullah
2. Siyar A'laam un-Nubala' juga oleh Imam Az-Zahabi rahimahullah
3. A'laam ul-Muqi'een oleh Imam Ibnu Qayyim rahmatullahi 'alayh
4. At-Taareekh oleh Al-Khatib Al-Baghdadi rahimahullah


Abdullah Ibn Abi Najih al-Makki rA

Beliau merupakan seorang tabi'een. Ketokohan beliau, kewaraan dan ketinggian ilmunya tidak dapat disangkal lagi apabila dilantik sebagai Mufti Makkah al-Mukarramah. Beliau juga merupakan seorang penghujjah hadeeth yang cemerlang dan disegani.

Sesuai dengan tajuk kita hari ini, beliau juga merupakan antara ulama' tersohor yang tidak berkahwin semasa kehidupannya.


Bishr al-Hafi rA

Ulama' dan sufi agung Bishr al-Hafi rA hidup sezaman dengan Imam Ahmad Ibn Hanbal rA (pengasas mazhab Hambali) dan di dalam buku seerah mengenai ulama' terdapat banyak kisah antara beliau dan Imam Ahmad.

Sakeenah dan haybah (aura) yang dipunyai oleh beliau amat luar biasa. Imam Ahmad sendiri mengatakan bahawa Bishr al-Hafi merupakan salah seorang gurunya, namun Imam Ahmad berkata bahawa beliau tidak pernah berbicara dengan Bishr al-Hafi. Dengan kata lain, kehadiran Bishr al-Hafi di sampingnya sudah memadai dan memuaskan hatinya.

Sepanjang kehidupannya, tidak seorang pun pernah mendengar beliau mengungkapkan kata kata ghibah (bercerita mengenai perihal orang lain walaupun perihal tersebut benar) dari mulutnya apatah lagi fitnah (menceritakan hal insan lain yang tidak tentu kebenarannya) dan lain lain.

Taraf wara' Bishr al-Hafi dan Imam Ahmad adalah satu taraf yang sukar untuk kita bayangkan. Bagi mereka, amalan yang kita anggap remeh, seperti meletakkan pena di kocek baju pun mereka elakkan kerana dikhuatiri membawa kepada riya' bilamana orang lain tahu bahawa mereka adalah students of knowledge.

Pernah diriwayatkan, satu hari adik perempuan kepada Bishr al-Hafi datang kepada Imam Ahmad untuk bertanyakan suatu fatwa atau hukum. Adik perempuan kepada Bishr al-Hafi bekerja sebagai tukang jahit. Disebabkan mereka tidak mempunyai lampu di rumah maka kegelapan pada waktu malam memaksanya untuk menjahit di bawah sinaran menara tentera pengawal yang menyuluh sekali sekala (seperti menara yang dekat tepi pantai tu ; lighthouse).

Bayangkan, soalan seperti ini pun ditanya! Mana mungkin kita sendiri akan bertanya soalan sebegini. Soalan ini serupa seperti kita bertanya, halal atau tidak jika kita bekerja di bawah lampu elektrik di depan rumah? Ini tidak lain dan tidak bukan melambangkan nilai wara' keluarga beliau yang teramat tinggi.

Imam Ahmad sendiri hairan dengan persoalan wanita ini (wujudkah orang orang sebegini?). Memang secara am tak perlu dirisaukan soalan sebegini dan tentu sekali dibolehkan untuk bekerja di bawah suluhan menara tersebut.

Lalu Imam Ahmad bertanya siapakah wanita tersebut. Apabila wanita tersbeut mengatakan bahawa dia merupakan adik kepada Bishr al-Hafi barulah Imam Ahmad faham. Maka lantas dia katakan haram untuk perempuan tersebut bekerja di bawah suluhan menara. Fatwa ini khas bagi adik perempuan Bishr al-Hafi bagi menjaga nilai wara' nya.

Bishr al-Hafi meninggal sewaktu umurnya 87 tahun dengan tidak berkahwin.

(bersambung ..)

No comments: