Pada Hari Itu
Pada hari itu
Tersebutlah kisah enam orang kawan; Tarek, Faiz, Waheed, Yat, Fauziah dan Johan. Mereka sahabat akrab yang hati mereka terpaut antara satu sama lain. Pada hari itu, janji disemat dan ikatan semakin erat. Kerana terpahat dalam hati semangat waja pergi ke almaghrib.
Perjalanan kereta selama 14 jam ke Virginia tidak begitu terasa, kerna niat yang terpahat hanya satu - untuk menuntut ilmu. Dengan harapan dapat menjadi insan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang .. insan yang lebih akrab dengan tuhan. Insan yang mampu mengingati tuhan, merindui Ar-Rahman.
Pada hari ini
Pada hari ini, almaghrib sendiri yang menziarahi Purdue. Peluang yang begitu mempesona, mengasyikkan. Pilunya, ramai sahabat-sahabat yang masih tertanya-tanya diri sendiri - patutkah aku pergi?
Cuba dikau teliti, adakah itu suara hati atau suara syaitan, atau adakah ia suara kemalasan .. kemalasan iman?
Aku risau .. sungguh aku risau. Disebabkan tidak turut serta almaghrib pada hari ini, aku akan menangis di kemudian hari. Tatkala CEO dunia bertitah dan menyoal: "Sudah cukupkah usaha kamu di dunia? Tidakkah kamu berkorban?"
Dan aku yakin kerisauan ku itu benar. Kerna sehingga hari ini pun mataku masih bergenang air. Menangis yang berterusan, yang aku harap tidak terus sampai ke akhirat. Tangisan kerna dahulunya aku tidak cukup berusaha di Purdue, tidak cukup berkorban.
Tuhan, maafkan aku.
* Nukilan khas buat semua terutamanya: Imam, Ajey, Johan, Pitman, Shaq, Zaki, Faris, Test, Azad, Huzai, Zam, Tariq, Dayat, Jasman, Khairi, Yat, Zaf dan semua teman teman yang namanya tertulis di hati dan bukan di sini.
No comments:
Post a Comment