Asal Usul "Sejarah"
Ramai dari kita tahu bahawa perkataan 'sirah' (seperti Sirah Rasul etc) itu berasal dari perkataan arab 'seerah' yang membawa makna yang serupa. Jika sirah itu berasal dari bahasa arab, maka dari mana pula datangnya perkataan sejarah?
Sejarah juga adalah perkataan yang digunakan untuk menerangkan tentang asal usul perihal sesuatu perkara. Dengan kata lain apabila kita berbincang tentang sejarah perkara/individu X, maka kita berdiskusi mengenai 'its roots' (akar umbinya).
Maka tidak pelik dan tidak keterlaluan sebenarnya kita membuat spekulasi bahawa asal sebenar perkataan sejarah adalah 'pokok'. Pokok? Ya, POKOK. Pokok yang apabila kita telusuri kekuatannya, kita akan berjumpa dengan akarnya.
Pokok dalam bahasa arab disebut sebagai SHA-JA-RAH. Memang sesuai bagi sha-ja-rah(pokok) ini menjadi lambang bagi menerangkan asal usul sesuatu peristiwa/individu.
Justeru, terjawablah soalan dan terciptalah spekulasi bahawa perkataan 'sejarah' itu sendiri adalah perkataan Arab. Terbuktilah bahawa, warisan kita adalah suatu warisan Islam. Terima kasih kepada mubaligh mubaligh pedagang Arab dahulu yang hadir ke Selat Melaka untuk usaha perniagaan dan dakwah sejagat.
No comments:
Post a Comment