Thursday, September 11, 2003

Natrah

Kisah tragis
yang merangkul aqidah seorang gadis
kupaparkan dalam melodi ini

di sebuah desa yang permai
kisah ini terjadi
gadis yang berbudi
pekertinya tinggi
oh Natrah nama diberi

di sebuah desa yang indah
ditemani suami tercinta
dan si ibu tua penuh nostalgia
namun hanya sementara

tiba tiba lembayung senja
meragut sutera iman di hatinya
tiba tiba samudera ombak
merempuh tembok hidayah di dadanya

dan Natrah ..
dan Natrah ..

menangis tersendu
merenung suratan
Natrah ini dibawa pergi
entah bilakan kembali
tak upaya ia mengulangi
kisah Masyitah yang tinggi
hanya doa petunjuk Ilahi
cinta kan bersemi lagi

di sebuah desa yang indah
ditemani suami tercinta
dan si ibu tua penuh nostalgia
namun hanya sementara

demi cinta dan airmata
kau harungi lautan ombak bergelora
demi cinta yang terlara
kau dijejaki lembah derita

oh Natrah
andai kau mendengari
suara hati kecil ku ini
ku pujuk rayumu agar kau sedari
pintu hidayah terbuka lagi

oh Natrah
tentu masih kau ingat
syahadah manisnya di bibir mu
pulang lah harumkan
setagih di pusara hidupmu

*download this song

1 comment:

Ecah said...

lagu ni pernah menjadi siulan sy suatu ketika dulu, waktu tu saya masih dlm usia 13 atau 14 tahun, teringat lagi berapa galaknya saya mencari maklumat pasal Natrah ni, mse tu, sy cme dpt sdkt info shj, akhirnya 3 thn lalu sy dpt info tambahan dlm kelas undg2 malaysia itupun lepas baca fakta kes ReMaria.. dan 2 tahun lepas tu saya terjumpa buku yg btajuk Maria Hertogh di Perpustakaan ATMA.. dan minggu lps dikejutkan pula dengan berita kematiannya...bagi saya ia satu sejarah yang tak sukar utk dlupakan dan insyaAllah sy nk trs mkaji tntg beliau...