Sempena berlangsungnya walimah dan ikatan kasih rakan rakan tercinta. Tahniah dan Mabruk. Barak Allahu lakuma wa baraka 'alaykuma wa jama'a bainakuma fi khaeer.
[ ukhti Najah + akh Pak Din ]
------------------------------------
----- Original Message -----
From: "Faizah Muhammad"
To:
Cc:
Sent: Saturday, August 30, 2003 5:06 AM
Subject: [Alumni Hira] walimatul 'urus lagi-surprise!
assalamualaikum..
ana dengan rasa banggaaa dan terharuuuuu mewakili 2 org sahabat sekelas ana, ingin menjemput seluruh warga alumni hira' ke majlis walimah mereka. untuk keterangan lanjut sila lawati site dibawah.
http://www.geocities.com/saifnajah/
selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga ke syurga
p/s: to all batch 2..kami dah ada kat penang ni..esok majlis akad
nikah...weih wish good luck utk pak din!
panjang2kanlah jemputan ni kepada sesiapa yg mengenali pasangan pengantin.
[ ukht Yana + akh Muhammad Khizam ]
-------------------------------------------------
----- Original Message -----
From: Adilah Darliana
Sent: Monday, August 18, 2003 7:13 PM
Subject: Jemputlah datang ke rumah....
Assalamualaikum warrahmatullah,
Buat kawan2 sekalian.....
Tahniah kepada yang telah kembali ke Malaysia dengan membawa ilmu yang bermanfaat. Dan selamat berjuang bagi yang masih berada di medan perjuangan.
Dengan penuh kesyukuran, saya ingin menjemput kawan2 semua hadir ke majlis saya pada 6 September 2003.
Alamat: No. 5, Jalan Seri Siantan 50, Taman Sri Andalas, 41200 Klang, Selangor.
Phone : 03-33737302 / 012-3738933
[ ukht Hana Shakirah + akh Mohd Syahrizal ]
--------------------------------------------------------
----- Original Message -----
From: Hana' Shakirah MY
To: hira@alumni-hira.org ; spm97@yahoogroups.com
Sent: Saturday, August 23, 2003 10:56 AM
Subject: [Alumni Hira] jemputan walimah-7hb sept 2003
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera
Alhamdulillah setelah beberapa kali majlis walimah ditangguhkan selepas majlis akad nikah bln 2 yang lepas, kami dengan rasa sukacita dan berbesar hati ingin menjemput sahabat2 semua hadir ke majlis kami seperti undangan di bawah. Harap dapat panjangkan jemputan kepada sahabat2 lain yang mungkin tiada dalam list kami atau tertinggal.
Terima kasih.
Ya Allah Ya Rabbul ‘Alamin, Kurniakanlah kepada pasangan mempelai lidah yang lembut dan sentiasa menyebut nama Mu, hati yang bersih, iman dan ketaqwaan yang mantap, kesabaran dan pengorbanan yang tinggi, saling sayang menyayangi, saling bertolak ansur dan memahami di antara mereka serta hidup dalam kebahagiaan dan ketaqwaan.
Ya Allah Ya Rabbul ‘Alamin, pasangan mempelai hidup di alam fana yang amat sofiskated, canggih dan berteknologi tinggi, kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Dan ini sudah tentu memerlukan pelbagai kekuatan, pertolongan dan hidayah daripada Mu. Jadikanlah rumahtangga mereka sebahagian dari syurga Mu, Ya Allah. Kurniakanlah juga kepada mereka anak-anak yang soleh dan solehah, ilmu yang bermanafaat, rezeki yang melimpah dan halal.
Ya Allah Ya Rabbul ‘Alamin, Hidupkanlah kami dengan Islam, cara hidup yang unggul dan sempurna, penuh dengan kasih sayang dan keharmonian. Dan golongkanlah kami bersama ahli-ahli jannah. Sesungguhnya, tiada Tuhan yang disembah kecuali Engkau.
…Amin Ya Rabbul ‘Alamin…
(Mohd Yusuff Mohd -010203)
Turut Mengundang:-
Anas Fathi, Nusaibah, Nadiah, Auni Syamilah, Aminah Syahidah, Iman Faqihah, Hannan Adilah & Seisi keluarga
Majlis Jamuan Makan:
12.30 tgh-4.00 ptg
Tel: 03-55198273 , 019-6961020
012-6088444, 019-2244740
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Memohon Redha dan Rahmat Allah SWT
Haji Mohd Yusuff b. Haji Mohd Dan Hajjah Na’imah bt. Yong
Sekapur sirih seulas pinang, semekar senyuman seikhlas hati, dengan rasa kesyukuran kami mempersilakan ____________Warga Batch 3 Hira' & Keluarga____________ suami / isteri serta seisi keluarga bagi menyerikan Majlis Raja Sehari Puteri Sulung Kami
Hana’ Shakirah bt. Haji Mohd Yusuff Dengan Mohd Syahrizal b. Haji Aman
Memadu pertemuan dua hati dan mendirikan Istana Kasih di teratak rasmi kami :
No. 19 Jalan Tengku Ampuan Maharum 9/12,
40100 Shah Alam, Selangor
Pada hari Ahad 7 hb September 2003 bersamaan 10 Rejab 1424
Merupakan satu penghormatan dan kebahagiaan bagi kami sekeluarga di atas kehadiran dan doa restu kepada kedua mempelai. Semoga diberkati Allah SWT, InsyaAllah.
Wassalam
p/s- Ada tak lagik batch 3 yang belum dapat kad undangan ?separuh dah pos dan separuh lagik by hand (mujahid). kalau ada yg tertinggal, harap dapat beritahu.
[ ukht Hafsa + akh Imran Khayat al-Hafiz ]
-----------------------------------------------------
Email jemputan tak dijumpai, tapi kad nya dah sampai. Cantik and bau wangi kad nya!! SubhanAllah. *smile*
"Manusia Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan dari kakinya untuk dijadikan pengalasnya, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai."
Doa untuk pengantin: "Semoga Allah memberkati kamu, menjadikan hidupmu berkat dan mempersatukan kalian berdua di dalam kebajikan, dikurniakan zuriat yang baik yang memberi manfaat kepada Islam dan Ummat keseluruhannya."
Sabtu 20 September 2003 bersamaan 23 Rejab 1424H bertempat di Dewan Kompleks Sukan Meru, 42200 Pekan Meru, Klang
just added :: http://www.mymuntalaq.net/imranhafsa/index.html
[akh Hishamuddin Hashim ]
----------------------------------
----- Original Message -----
From: khairul fahmi
To: kisas97@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, August 13, 2003 1:09 AM
Subject: [kisas97] walimah hishammuddin hashim
assalamualaikum...saye baru jer dpt kad jemputan drp bakal zaujah hishamudin semlm...
akan dilangsungkan pd 31 ogos di umah pengantin perempuan di teluk panglima tak garang..
dan umah hishammuddin pd 7 sept di bukit tak tajam....
sape nak maklumat lanjut boleh la tanye hishamudin ye...
wassalam....
----- Original Message -----
From: "aURa"
To:
Sent: Thursday, August 14, 2003 5:56 AM
Subject: [kisas97] alfu mabruk kepada hishamuddin hashim
assalamualaikum
ana ucapkan alfu mabruk kepada hishamuddin hashim .. dengan ucapan `ana mintak maaf ler mungkin tak dapat datang sbb 31 hb tu kenduri kawin di sebelah perempuan di perak dan 11 sept pulak di rumah ana di santan, perlis... datanglah beramai ramai ... bukan ana kawin tau abg ana ... ki gak... sbb tu korang semua dijemput.
wasssalam.
[ Saiful Jamsyir aka Along + Noritawati ] (just added)
--------------------------------------------------
----- Original Message -----
From: juara champ
To: hira
Cc: alumni-tarbawi@yahoogroups.com
Sent: Thursday, September 04, 2003 7:29 PM
Subject: [Alumni Hira] (no subject)
Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt....
Kepada semua Ikhwah/akhawat...sahabat-sahabat....kawan-kawan...ape lagi ekk
Dengan ini penyimpan mohor-mohor besar dengan rendah dirinya MENJEMPUT kalian semua ke Walimah saya seperti yang telah di attachkan di dalam emel ni. Insyaallah pada minggu hadapan pa 11hb 9 03 saya akan berangkat ke Kelantan untuk akad di sana. Minta semua sahabat mendoakan kesejahteraan dan mendapat redha dan di rahmati Allah sehingga akhir hayat. sape2 nak gi kelantan sila hubungi saudara Ubaida ....apa2 hal boleh hubungi saya. sekian....terima kasih...datang jgn tak datang...
No comments:
Post a Comment