Mengapa sesetengah ulama' tidak berkahwin
Exemplars From The Scholars 3
( .. a continuation of the series :
Exemplars of the Scholars 1 : Mengapa Sesetengah Ulama' Tidak Berkahwin dan
Exemplars of the Scholars 2 : Mengapa Sesetengah Ulama' Tidak Berkahwin )
Perhatian dan penerangan [hasil dari soalan para pembaca] : Contrary to pupular belief ^.^ - the objective of this writing is NOT to encourage people to tread the path of andartu or bujang lapuk, rather it is the opposite. The main purpose is so that the readers would sow the seed of love towards 'ilm and to rekindle that flame of love towards it, in a time where our ears our being made deaf with slogans of love between the opposite sex hence we get intoxicated by it.
Bismillah wa alhamdu lillah allazi laa ilaaha siwaah wa as-solaatu wa as-salaamu 'ala rasulillah
Imam Abu Ja'far Ibn Jarir At-Tabari rA
Mana mungkin sesiapa di kalangan kita yang tidak pernah mendengar nama Imam Al-Tabari? Ulama' yang tersohor ini dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang amat mendalam cinta mereka terhadap ilmu.
Bilamana kita meniti kembali liku liku sejarah seperti memori kisah hidup Imam At-Tabari ini, antara perkara yang perlu sentiasa diingati adalah pada zaman tersebut belum wujud teknologi mesin cetak.
'Cetakan' buku
Yang wujud hanya lah kertas dan pena (by the way, orang orang Islam lah yang telah memperkenalkan kertas kepada masyarakat Eropah). Kesan dari ketiadaan teknologi mesin cetak ini maka semua 'buku' perlulah disalin secara tangan.
Satu persatu abjad, perkataan demi perkataan perlu disalin semula dengan penuh ketelitian dan kepayahan. Jika anda seorang pelajar, anda tentu masih ingat bagaimana terkadang tangan kita menjadi lenguh yang teramat bilamana menyalin nota guru/pensyarah sewaktu kelas/kuliah. Maka bergandalah keperitannya apabila yang disalin itu bukan nota untuk kuliah selama satu jam, tetapi bayangkan jika yang terpaksa disalin itu adalah buku teks bagi setiap subjek yang kita daftar bagi setiap semester! Ini lah realiti yang timbul sewaktu zaman ulama' terdahulu seperti Imam At-Tabari.
Justeru, terdapat individu yang kerjaya mereka khas bagi menyalin 'buku' apabila timbulnya permintaan. Maka tidak hairanlah jika buku pada waktu tersebut mempunyai harga yang agak tinggi dan dalam masa yang sama bukanlah sesuatu yang begitu mudah diperolehi.
Jika anda benar benar menghayati fikiran ini, iya, jangkaan anda benar. Maka apabila kita bicarakan bahawa kerajaan Baghdad dahulu memulakan idea perpustakaan umum yang pertama di dunia dengan ribuan buku di dalamnya, dan dalam masa yang sama wujud begitu banyak perpustakaan peribadi yang juga mempunyai beribu ribu buku, kita sedang bicarakan buku buku yang ditulis tangan setiap persatu! Dalam era yang sama di Eropah, satu satu gereja itu sudah dikira beruntung jika mempunyai lebih dari 10 buah buku di dalamnya. SubhanAllah.
Kehidupan Sewaktu Kanak-Kanak
Kembali kita pada liku memori Imam Al-Tabari rA. Di dalam buku seerah menceritakan bahawa ayah beliau amat menitik beratkan tarbiyyah dan ilmu. Sejak usia Imam At-Tabari rA mencecah 3 tahun, ayah beliau sudah mula menyalin buku buku untuk pembacaan Imam Al-Tabari rA pada masa mendatang. Tiga tahun! Suatu pengajaran bagi tarbiyyah dalam keluarga du'at kita.
Selain itu, Imam At-tabari rA telah menghafal seluruh al-Qur'an sewaktu usianya lima setengah tahun. Lihat dan renungkan peranan ibu bapa nya dalam hal ini. Tentunya kejayaan ini tidak akan dicapai tanpa keterlibatan yang besar dan keprihatinan yang langsung dari mereka.
Beliau mendapat ijazah hadith semasa umurnya 9 tahun. (Di manakah kita sewaktu kita berusia 9 tahun?)
Kembaranya dalam menuntut ilmu
Imam At-Tabari mula kembara dalam mendalami ilmu agama semasa usianya 12 tahun. Telah dicatatkan bahawa beliau telah melawat dan belajar di 120 bandar besar. Dan kesemua bandar besar ini dilawati beliau secara berjalan!
Beliau juga dikenali sebagai Al-'Ilm Al-Mufrad, yang lebih kurang maksudnya .. a vast ocean of knowledge embodied in a single person.
Penulisan
Antara dua penulisan beliau yang dikenali ramai adalah Taareekh At-Tabari dan Tafseer At-Tabari. Buku Tareekh At-tabari ini setebal lebih kurang 30,000 muka surat dan dibukukan dalam 24 jilid! Buku ini diajar oleh beliau dalam tempoh 7 tahun.
Menjadi kebiasaan bagi beliau untuk menulis sejam sebelum waktu sahur setiap hari. Antara bukti keberkataan Allah dalam insan ini adalah terlalu banyaknya jumlah penulisan beliau selama sejam itu. Sehinggakan penyalin buku (read: pencetak buku)terpaksa mengambil masa 8-10 jam bagi menyalinnya semula.
Jumlah Tafseer At-Tabari pula lebih kurang 30,000 muka surat juga. Dan beliau mengambil masa 9 tahun bagi tamat mengajarkan kitab ini kepada muridnya.
Dapat disimpulkan bahawa hakikatnya, seluruh kehidupan beliau telah dicurahkan dan di'devote'kan untuk pencarian, pengkajian dan pengembangan ilmu. Sebagaimana ulama' ulama' yang lain siri ini, disebabkan fokus mereka yang jitu terhadap sfera ilmu, beliau tidak berkahwin. Beliau akhirnya pergi menghadap Allah swt dalam umurnya 86 tahun.
Jika dihitung, hasil jumlah penulisan beliau dengan nisbah umur beliau, maka dia perlu menulis 40 muka surat setiap hari sejak usianya satu tahun. Perlu diingat bahawa ini bukanlah penulisan santai, penulisan artikel, penulisan cerpen mahupun penulisan blog, ini adalah penulisan mengenai tafseer, seerah, fatwa, hukum hakam dan sebagainya yang memerlukan pengkajian dan penelitian sepenuhnya.
Nahsabuhu kazalik, wa la nuzakki 'ala Allahi ahada.
(bersambung .. )
No comments:
Post a Comment