Monolog : Self Esteem dan Merasakan Diri Signifikan
Bismillahi wa alhamdu lillah, alhamdu lillahi wa kafa, wa assolaatu wa assalamu 'ala 'ibadihi alhabeeb almustafa, wa 'ala aalihi wa ashaabihi ahli assidqi wa alwafa.
Fenomena biasa tika masuk waktu solah.
"Qad qaamatis solaatu qad qaamatis solaah, Allahu akbar Allahu akbar, Laa ilaaha illa Allah"
Lantas barisan dilurus kan, bahu dirapatkan. Semua orang tunduk dan ada yang menoleh kiri kanan. Mulalah rutin biasa, "Go ahead brother.", "No, you go ahead.", siapa yang nak jadi imam.
Hatiku mula berdetik, "Pergilah, orang dah suruh kau jadi imam tu. Lagipun bacaan kau paling sedap."
[zikir dan istighfar]
(Sejak bila pulak bacaan kau paling sedap? Pernah kau dengar suara sendiri? Buruk! Kau je sebenarnya yang perasan sedap)
"Eloklah kau pergi, kan hafalan kau yang paling banyak sekali. Kau tak ingat ke hadith yang cakap kalau nak lantik imam lantiklah imam yang paling banyak ilmu dia tentang al-Qur'an"
[zikir dan istighfar]
(Mana kau tahu hafalan kau yang paling banyak sekali? Pernah kau tanya orang orang lain yang jarang jadi imam tu, hafalan diorang berapa banyak?)
"Ala pegi je la. Tengok muka muka sebelah kanan dan kiri tu, ada pernah nampak diorang datang masjid? Nak tengok batang hidung pun jarang. Orang semua dah sebut sebut nama kau tu untuk jadi imam, kan kau kira masuk grup grup budak budak baik."
[zikir dan istighfar]
(Astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah. Menangislah wahai diri. Sejak bila kau mula rasakan diri kau lebih baik banding orang lain? Itu sifat kibr! Itu sifat kibr! Orang yang mempunyai sekelumit kecil kibr takkan masuk ke syurga!
Apa kau ingat kibr tu hanya 'show off' sahaja? Kibr itu amalan hati. Memanglah dari segi luaran orang lain tak terlihat langsung amalan kibr tersebut. Tapi kalau dalam hati kau tu, terlintas yang kau lebih baik banding orang lain. Itu kibr! Itu kibr! Neraka tempatnya.
Sejak bila kau rasakan bahawa diri engkau itu terlalu signifikan? Tak teringat kah kau kisah Abu Bakar ra? Ketika ada insan yang mencacinya, maka malaikat melindunginya. Saat sahaja dia mahu menepis cacian, maka malaikat sudah tidak lagi melindunginya, hanya kerana tindakan menepis cacian itu bibit kepada merasakan dirinya adalah signifikan!
Itu Abu Bakr ra. Ini kau nak rasa diri kau signifikan? Boleh blah!
Orang lain hanya memandang kau dengan pujian kerana mereka tidak tahu dosa apakah yang kau perbuat. Kalau mereka tahu, nescaya kau mereka ludahi dengan makian. Muka kau akan dipandang dengan kebencian.
Diri kau itu kau rasa bersih? Sedangkan diri kau bergelumang dengan najis dosa. Mata kau kerap perbuat dosa. Lidah kau kerap membuat dosa. Telinga kau tak terpelihara dari dosa. Hati kau pun kerap memikirkan yang dosa .. dosa dosa dan dosa.
Aduhai hati .. tangisilah kekerasanmu kerna dosa.
Ingat tuhan pun hanya sekali sekala. Itu kau pangggil bersih? Itu kau panggil bersih? Macam hampeh. Ptuih! Ptuih! Ptuih! )
[tangisan, zikir dan istighfar]
No comments:
Post a Comment