Bismillah wa alhamdu lillah, alhamdu lillahi wa kafa, wassolaatu wassalamu 'ala 'ibadihi allazina astofa, wa 'ala aalihi wa as-haabihi ahli as-sidqi walwafa.
Usah Terpedaya dengan Buaian Rasa
Manis itu satu rasa. Manis itu juga satu perasaan. Bagi seorang mukmin kemanisan itu meresap di hatinya tatkala dia mengingati, mengenali dan menghampiri Tuhan .. tatkala dia sabar menghadapi ujian dan tatkala dia melakukan ibadah, khalwah dan to'ah kepada Allah.
Namun sedarkah kita, bahawa kemanisan yang mendorong kita melakukan ibadah ini mampu untuk menjadi senjata ampuh bagi syaitan? Bahkan, ia mampu untuk memperdaya kita sehingga syirik kepada Allah s.w.t., moga Allah s.w.t. jauhkan.
Bagaimana sebenarnya syaitan menipu kita dengan manisnya amal? Bolegkah perkara seperti ini terjadi? Kes ini antara sedar dan tidak sering berlaku, terutama buat mereka yang perihatin dengan keadaan hatinya. Bagi kebanyakan insan mukmin ada period masa naik dan turun imannya. Tika iman turun, itu lah masa terbaik untuk syaitan menyerang. Pada kebiasannya, domain masa turunnya iman tersebut merupakan domain masa yang sama bagi lesapnya atau kurangnya rasa kemanisan dalam beribadah.
Contohnya, semasa balik dari kelas atau kerja maka kita berdepan dengan pilihan, samada hendak solat terlebih dahulu, atau hendak buat kerja-kerja lain yang kurang penting. Maka pada masa pergelutan antara iman dan syaitan itu, syaitan mula mengeluarkan bisikannya yang bisa membunuh iman, "Alah, buat la kerja dulu, sebab sekarang ni kalau solat pun tak rasa khushu', nanti mungkin lepas setengah jam dah rehat rehat sikit baru rasa khushu' .. baru best solat." Diri kita pun akhirnya tewas, terpedaya dengan buaian rasa .. tewas dengan syaitan yang memperdaya, bersama senjata ampuhnya .. perasaan manis dalam 'ibadah.
Situasi ini menjadi lebih kronik apabila iman berada dalam keadaan yang tidak sihat. Maka dengan mudah syaitan memperkotak-katikkan kita dengan buaian rasa ini. Sehingga amalan amalan sunat mahupun yang fardhu, boleh disambil-lewakan kerana pada masa tersebut kita tidak 'rasa' kesan atau manis nya dari beramal. Atau perkara yang haram dan makruh kita kerjakan, sebab kita 'rasa' amalan tersebut tidak memberi kesan yang negatif kepada kita.
Sekali lagi diulang .. situasi ini menjadi lebih kronik apabila iman berada dalam keadaan yang tidak sihat. Maka dengan mudah syaitan memperkotak-katikkan kita dengan buaian rasa ini. Sehingga amalan amalan sunat mahupun yang fardhu, boleh disambil-lewakan kerana pada masa tersebut kita tidak 'rasa' kesan atau manis nya dari beramal. Atau perkara yang haram dan makruh kita kerjakan, sebab kita 'rasa' amalan tersebut tidak memberi kesan yang negatif kepada kita.
Nah persoalan uatamanya sekarang, pada waktu tersebut, "Siapa sebenarnya yang kita sembah?". Jika kita tangguhkan sesuatu ibadah kerna pada saat itu kurang rasa manisnya amal, maka adakah yang kita sembah itu Allah atau manisnya amal? Jika kita kerjakan maksiah kerana pada saat itu tidak rasanya impak membuat dosa kepada hati kita, maka adakah yang kita sembah saat itu Allah atau buaian rasa hati? Berhati-hati sahabat semua, sesungguhnya buaian rasa itu bisa menjadi asbab syirik kita kepada Allah, moga Allah jauhkan.
Salah satu langkah bagi menangkis serangan syaitan ini adalah dengan sentiasa membuat pilihan berpandukan kepada pilihan syara'. Ini merupakan langkah yang paling selamatn insha Allah. Ini kerana maqasid (objektif) as-shari'ah adalah bagi memenuhi maqasid as-shaari' (pembuat shara' -- iaitu Allah s.w.t.). Maka setiap gerak hati dan pilihan yang kita lakukan yang mengikut kepada pilihan shari'ah, dalam masa yang sama juga merupakan pilihan (yang disukai) Allahu 'azza wa jall.
Contohnya, jikapun buaian rasa kita tidak merasai manis dalam melakukan solat pada saat itu, namun mengikut shari'ah solat di awal waktu itulah yang terbaik, maka kita gagahkan juga diri kita untuk lakukan solat pada waktu itu. Jikapun pada detik yang lain, kita merasai seperti tidak ada apa-apa jika kita berbual kosong dengan yang bukan mahram atau tidak ada apa-apa jika kita melihat kepada yang bukan mahram kerana kita tidak merasakan impak yang negatif pada hati kita, maka kita nilai dan ingat balik, bahawa dari segi shara' perkara tersebut adalah haram dan tidak boleh dilakukan, maka langsung kita tinggalkan.
Justeru, beringatlah kita akan perkara ini, dan saling kita ingatkan sesama kita, insha Allah. Jika perkara ini difahamai dengan kefahaman yang sebenarnya insha Allah merupakan satu tapak yang kuat dalam meneguhkan kaki kita dalam ibadah kepada Allah s.w.t., dan satu lagi langkah yang indah dalam menghampiri Allah s.w.t.
Usah kita terpedaya dengan buaian rasa. Usah kita terjatuh ke lubang yang sama. Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment