Ihya' Fiqh Ad-Dakwah - Siri Al-Awaiq 4
(al-awaiq adalah buku karangan Muhammad Ahmad Ar Rasyid. Antara buku di dalam siri² Fiqh Dakwah. Dalam siri ini ada 4 buah buku, pertama Muntalaq (Langkah Bermula) 2. al-awaiq (Hambatan Dakwah) 3. Ar Raqaaiq (Pelembut Hati) 4. Al Masaar (Perjalanan). Buku-buku ini perlu dibaca secara berperingkat untuk mendapat kefahaman yang jelas. Setakat ini di Malaysia muntalaq, al- awaiq dan ar raqaaiq sudah ada (ini setakat pengetahuan ana la) dan al Masaar ana tak jumpa lagi terjemahan melayunya)
RANTAI-RANTAI KEAIBAN.
Seorang yang benar, yang menyerahkan dirinya kepada Allah akan menyedari – sejak langkahnya yang pertama- bahawa dia sedang berhijrah kepada Allah semata-mata. Dia sedang berlari kepada-Nya. Dia sentiasa tergesa-gesa dan amat merindui-Nya.
Di awal-awal lariannya lagi beliau telah menyedari bahawa, betapa tingginya anak tangga yang perlu didaki dan bertingkat-tingkat. Beliau sentiasa meningkat naik dengan meyakini bahawa kedudukan syurga yang tinggi memerlukan kepada niat keazaman yang tinggi juga. Beliau juga menyedari betapa perlunya dalam perjalanannya itu dihindari perkara-perkara kotor yang boleh mencampuri kejernihan hatinya dan mengurangkan kesuciannya.
Beliau sentiasa ingin memperbaiki unsur-unsur keimanannya setiap kali beliau menyedari terdapat kecacatan. Beliau sentiasa berazam untuk melakukannya. Ketika beliau berusaha memperbaiki kecacatan unsur keimanannya: beliau sedar betapa perlunya kejernihan jiwa dan betapa perlunya beliau menampung dan menjahit keretakan unsur keimanannya dengan segala kebaikan yang telah di kurniakan oleh Allah kepadanya sebelumnya. Beliau juga berjaga-jaga agar tidak sampai dimalukan oleh orang yang tidak dikenali lantas beliau sentiasa berazam untuk perkara itu juga. Begitulah seterusnya beliau sentiasa menguatkan keazamannya . Kali ketiga memerlukan keempat kalinya, begitulah keadaannya dengan sentiasa meningkat sehingga tercapai tujuannya.
Sebaliknya mereka yang membiarkan jiwanya bercampur dengan kekotoran dosa sesungguhnya telah melakukan kesilapan kerana beliau tidak akan mampu berusaha memperbaiki kekurangannya dengan berada di tempat yang jauh dalam keadaan jiwa bercampur kekotoran. Beliau tidak akan merasai puas apabila meminum minuman yang bercampur kekotoran yang tidak jernih.
• Setiap Yang Kurang Memerlukan Propaganda.
Para ulama telah membuat perumpamaan dengan membandingkan seseorang yang telah cukup sempurna unsur-unsur keimanannya, umpama bulan purnama pada malam ke empat belas. Lihatlah betapa ia bulat tidak bujur atau bersegi.
Para penyair memuji keindahan bulan purnama sehingga penuh tulisan-tulisan mereka dengan menceritakan kemegahannya, sedangkan ia diam membisu. Yang meninggikannya ialah kehaibatan ketenangannya, tidak seseorangpun melupai keindahannya. Orang yang merasai nikmat melihatnya diam-diam juga merasainya jika menceritaknnya.
Mereka berkata; perbandingan seseorang yang mempunyai keaiban seumpama bulan gerhana, ia akan keluar dari kebiasaannya yang diam dan tenang dan memerlukan kepada paluan gendang, pujian kanak-kanak dan meniupkan semangat golongan tua agar menggerakkan mereka memarahi ikan paus yang telah menelan bulan dan menghapuskan keindahannya.
Menyempurnakan Diri Dengan Diam.
Oleh itu para salaf sentiasa memberi nasihat supaya : sempurnakan kesempurnaan.
Abu Bakar r.a. telah mengutuskan surat kepada Khalid al-Walid dengan merentasi padang pasir setelah beliau berjaya menjatuhkan Iraq yang berbunyi:
( Hendaklah kamu memandang kacil wahai Abu Sulaiman niat dan habuan, maka sempurnakanlah, nescaya Allah akan menyempurnakan untuk kamu. Janganlah perasaan ujub memasuki jiwa kamu kerana ia akan menjadikan kamu rugi dan hina, jauhilah diri kamu daripada menunjuk-nunjuk dengan amalan, sesungguhnya Allahlah yang memberi kemenangan dan Dialah yang akan memberi pembalasan..)
Beliau meminta daripadanya agar menyempurnakan kesempurnaan dirinya dengan diam-diam tanpa memberhentikan perjalanannya sehinggalah menjadi umpama bulan purnama..
Kemudian Ahmad bin Hanbal mewarisi sifat ini daripada Khalid dan beliau tidak pernah berhenti melangkah menuju kesempurnaan sehinggalah sahabatnya seorang ahli al-Hadis yang bernama Ibrahim al-Harbi berkata:
Aku telah bersahabat dengannya dua puluh tahun, di musim panas dan sejuk, siang dan malam, aku tidak dapati pada dirinya setiap hari, melainkan lebih baik daripada semalamnya.
Beliau tidak tahu berhenti, lebih-lebih lagi tertinggal dan mundur kebelakang tetapi beliau sentiasa meningkat dan segera menyempurnakan dirinya.
(Bersambung)
Dari Ukht Haridah
No comments:
Post a Comment