Dari mailing list KISAS
Assalamualaikum warahmatullah,
Akhir-akhir ini banyak ujian kematian di kalangan sahabat2 yang diturunkan Allah kepada kita.
Terkini, seorang ukhti kenalan NS dalam tanzim IMIJ - dikhabarkan telah kembali ke rahmatullah pada hari semlam.Sama2 kita kirimkan doa dan Fatihah untuk ruhnya.
Beliau yang berusia 25(mgkn 26 tahun, ana kurg pasti) tahun meninggal dunia kerana menghidap penyakit barah payu dara. Beliau yang baru mendirikan rumah tangga (lebih kurang setahun usia perkahwinan) meninggalkan seorang suami yang sabar menjaga beliau ketika sakit. Allahyarhamah merupakan mantan SU HEWI PMRAM.
Moga2 kita mengambil iktibar dari ujian ini. Mudah-mudahan rohnya ditempatkan di maqam orang2 yang Allah redhai. Amin.
#1. Muslimat, jaga kesihatan diri antunna.Buat pemeriksaan kesihatan selalu. Jaga pemakanan dan berdoalah agar dijauhi dr penyakit yg tak disangka2.
#2. Hargai insan yang kita kasihi sementara hayat masih masih ada. Sesungguhnya Allah menyintai mereka yang berkasih sayang hanya semata-mata keranaNya.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment