Thursday, October 23, 2003

Selamat datang kembali kekasih hati .. Ramadhan fi albi

Sabda RasuluLlah S.A.W. :

“Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah S.W.T telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan. Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak bertemu dengannya ia sangat rugi.”

Ibn Rejab berkata: Hadis ini sebagai ucapan tahniah kepada manusia dengan kedatangan Ramadhan. Bagaimana orang beriman tidak bergembira dengan terbukanya pintu syurga? Dan bagaimana orang berdosa tidak gembira dengan tertutupnya pintu neraka? Dan bagaimana pula orang berakal tidak mendapat berita gembira dengan terbelenggunya syaitan?

Sayyidina Ali r.a apabila masuk Ramadhan beliau terus mengadap mihrabnya dengan tangisan orang yang sedih seraya berkata:

Maksudnya: “Wahai dunia, samada engkau datang kepada ku atau lari daripadaku, aku tetap telah menceraikan engkau dengan talak tiga dan tidak mungkin lagi aku kembali kepadamu, ini kerana sebenarnya umur engkau terlalu pendek, urusan engkau terlalu hina dan bahaya engkau terlalu besar. Oh! Alangkah sedikitnya bekalanku, tetapi perjalananku masih terlalu jauh dan rumit”

No comments: