Monday, February 02, 2004

Warkah dari Mu'allimah
Khas buat warga Alumni Hira'

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang

Assalamualaikum anak-anak muridku yang dikasihi,

Dikesempatan ini muallimah ingin membawa kalian semua kembali ke Hira’.. iaitu gua yang dikunjungi Ar-Rasul SAW ketika baginda mengasingkan diri daripada masyarakat yang tiada pedoman, masyarakat yang jahil dan dalam kegelapan. Kemudian di situlah Jibril datang membawa wahyu yang samasekali merubah kehidupan baginda.

Ingatlah wahyu yang Allah turunkan kepada Rasul junjungan kita di gua bersejarah itu. Apakah yang diperintahkan Allah kepada Nabi SAW yang mengasingkan diri dari masyarakatnya?

Iqra’ dan seterusnya Tahajjud.

Itulah didikan yang kalian terima di Hira’ dahulu. Kepada yang masih meneruskan amalan-amalan tersebut, Alhamdulillah..teruskanlah..

Ingatkah kalian dimana setiap hari di Hira’ dimulakan dengan bacaan Al-Quran?

Betapa suburnya jiwa-jiwa antum yang masih mentah pada ketika itu dibajai dengan Al-Quran. Jauh disudut hati muallimah pada ketika itu mencemburui kalian yang mendapat keistimewaan didikan Hira’.

Kemudian disetiap minggu kalian akan bersama-sama untuk Qiyamullail. Mudah-mudahan jiwa yang dididik di waktu malam akan lebih mantap. Kalian yang masih di alam mimpi dipaksa bangun untuk bertahajjud. Bangun meninggalkan tempat tidur untuk sujud padaNya.

Kalian kini telah meninggalkan alam persekolahan..kalian telah dewasa, ada yang sudah menjadi ibu, ayah, suami, isteri… Kini menjadi tanggungjawab kalian untuk mengamalkan apa yang telah dipelajari dan di tangan kalian terletak amanah terhadap generasi seterusnya.

Maka dengan itu muallimah ingin menyampaikan dua pesanan.

Yang pertama, Iqra’… bacalah

You must read..read..and read…. everyday… bacalah setiap hari..

Al_Quran adalah sebagai bacaan utama dan amalan harian. Selain itu di luar sana banyak khazanah ilmu yang kalian perlu ambil melalui pembacaan. Kenalilah penulis-penulis yang tersohor pada masa kini. Carilah, bacalah dan fahamilah kandungan minda mereka.

Minda yang diasah dengan membaca setiap hari akan berkembang, subur..InsyaAllah kalian akan merasai perubahannya. Jangan beri alasan yang kalian terlalu sibuk.

Perhatikanlah disekeliling kita selalunya orang yang paling sibuk itulah yang banyak membaca.

Those who haven’t discover Harun Yahya, let me suggest to you to read his books. It will change your life. I read one book and my life is never the same again. By now, I’ve read more than 10 of his books.

Yang kedua, berdasarkan perintah Allah seterusnya kepada Ar-Rasul SAW tercinta iaitu tahajjud. Kalian telah dilatih untuk bertahajjud. Buatlah apa cara sekalipun, cubalah sedaya upaya untuk bertahajjud. Sekiranya tidak mampu buatlah sebulan sekali, kemudian seminggu sekali sehinggalah kalian dapat melakukannya setiap hari. Kita baru sahaja melalui bulan Ramadhan dimana setiap hari kita bangun awal untuk bersahur. Jadikanlah amalan bangun awal pagi sebelum fajar menyinsing supaya kalian dapat bersolat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Lakukannya setiap hari… InsyaAllah jiwamu akan kukuh , semangatmu akan cekal dan tabah . Rohani menjadi jernih dan mampu menilai kaca dan intan, itulah dia mata hati yang harus dimiliki setiap mukmin.

Lihatlah masyarakat kita sekarang. Apakah berita-berita yang terpampang di akhbar? Dimanakah perginya nilai Islam yang dianuti? Tidakkah keadaan masyarakat kini merungsingkana kalian semua? Apa akan terjadi pada generasi anak-anak kalian nanti?

Anak-anak muridku..marilah kita amalkan dua perkara ini kerana inilah bekalan yang diajarkan oleh Allah kepada Nabi SAW dalam menghadapi segala cabaran hidup terutamanya bagi kalian yang berada di medan perjuangan menegakkan Islam. Dan inilah juga didikan yang kita lalui di Hira’ dahulu. Apabila kalian dapat mengamalkan dua perkara ini dengan istiqamah, kalian akan dapat merasai ketajaman minda dan kekuatan rohani yang sukar diganggu gugat oleh tarikan duniawi yang sementara ini.

Ya Allah, Ya Tuhanku ..
Ampunkan dosa anak-anak muridku..
Tetapkanlah mereka di jalan keimanan..
Kuatkanlah hati-hati mereka dalam meneruskan perjuangan kami..
Kerana di bahu merekalah letaknya penerusan tugas kami..

Sebagai guru, muallimah mengharapkan yang terbaik untuk antum semua. We gave you the best that we could, we expect only the best from you.

Akhir sekali, kepada batch 1,2 dan 3; masih ingatkah kalian pada persembahan di hari Ihtifal dimana Along gugur shahid? Mungkin ada yang dah lupa, tapi muallimah masih ingat lagi kerana itulah sebenarnya impian muallimah………… ingin melihat anak muridku syahid.

Syahid…. the shortcut to Jannah.

Muallimah berdoa semuga suatu hari nanti ada diantara antum yang akan disematkan darjah kebesaran dan kemuliaan seterusnya dinobatkan di langit dan di bumi sebagai As-Syahid. Ameen.

Segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan hambaNya yang dhaif ini.

Remember me in your prayers.
Muallimah Rahimah

ps. ana dah post warkah ni di mailing list alumni tapi belum keluar lagi. list tu dah jadi moderated ke agaknya?

No comments: