Bismillah, wa alhamdu lillah, allazi laa ilaaha siwaah, wa assolaatu wassalaamu 'ala rasulillah.
Masa Sebagai Satu 'Variable' Hati
.. a heart wounded
Ramai orang katakan that "time heals wound". Hakikatnya, dalam hukum alam (sunnatullah) yang Allah s.w.t. ciptakan, Allah s.w.t. menetapkan agar manusia hidup dalam dimensi 'cause and effect'. Dan di dalam dimensi 'cause and effect' ini, Allah s.w.t. jadi kan masa sebagai salah satu asbab kepada berubahnya hati. Dengan kata lain, masa merupakan 'variable' atau pemboleh-ubah bagi hati.
Manusia, menurut kajian dan pengalaman hidup mereka mengatakan bahawa masa itu mampu untuk mengubat hati yang terluka. People forget and has a weak sense of memory, or an even better explanation, people tend to store these autobiographical memory in the long-term memory or in the subconscious, which results to it being ignored by the day to day memory or short term memory. Sayangnya, once confronted face-to-face (either mentally with the problem or physically with the individual), that memory arises back into limelight. Luka yang lama berdarah kembali.
Kadang-kadang semasa memasak dan memotong sesuatu menggunakan pisau, terpotong jari -- luka dan berdarah. Adoi. Luka-luka yang minor dan tidak dalam boleh dibiarkan begitu sahaja, pada kebiasannya ia akan sembuh sendiri, atas asbab mekanisme biologi yang Allah letakkan. Namun untuk luka-luka yang parah dan besar, tidak boleh dibiarkan 'unattended'. Perlu dibasuh, diubati, dibaluti dengan bersih. Jika tidak kemungkinan besar berlaku 'infection', luka akan menjadi lebih teruk, dan ada kemungkinan juga untuk mengakibatkan kematian.
Hati manusia, bila terluka juga sebenarnya perlu dibasuh, diubati dan dibaluti dengan segera. Tika ada dosa dengan manusia, perlu juga diaddress dalam kadar waktu yang sebaiknya, kerana masa itu 'variable' bagi hati. Jika luka itu dibiarkan lama-lama, dimamah usia, maka ia akan bernanah dan menjadi busuk. Ini merupakan antara hikmah, guru kita yang agung nabi Muhammad s.a.w. melarang untuk kita bermasam muka dan bersengketa dengan saudara kita lebih dari tiga hari. Apalah nasib hati kita jika ia menjadi busuk dan bernanah sedang kan hati itu merupakan pancaindera kita yang terpenting untuk mengenal Allah. Jika ia terluka dan cacat, maka terluka dan cacat jugalah 'kenderaan' kita dalam kembara menuju Allah. Tersekat lah kita tidak dapat berjumpa dengan Allah.
Bahkan, lebih terluka dan melukakan hati, adalah bilamana kita melakukan dosa kepada Allah. Hati tu bagai dihiris dihiris. Jika tidak diubati dengan ubat istighfar dan dibasuhi dengan air mata keinsafan maka tenat lah hati tersebut. Kemungkinan ia akan buta -- hati yang buta. Bagaimana hati yang buta mahu melihat Allah? Jika selalu sangat dihiris-hiris dengan zunub, maka sel-sel hati akan mati, dan sudah tidak terasa lagi pedihnya torehan zunub kepada hati. Kemungkinan ia akan mati -- hati yang mati. Bagaimana hati yang mati mahu mengenal Allah?
Again, masa menjadi 'variable' yang penting di sini. Sekali buat dosa, perlu terus bertaubat. Kerana itu hikmah guru kita yang agung s.a.w., mengajarkan kita dengan menjadi kan baginda sendiri sebagai contoh, untuk kita beristighfar sekurang-kurang nya 70 atau 100 kali sehari. Agar hati kita lembut dan hangat kembali. Agar hati kita mampu untuk menjadi fu-ad. Fu-ad adalah nama khas bagi hati -- hati yang mempunyai kehangatan syu'uur (perasaan). Hati yang 'cold' dan 'bitter' susah untuk menyerap hidayah Allah s.w.t.
Di dalam hidup ini, manusia sering menjalankan eksperimen-eksperimen untuk membuktikan sesuatu teori. Allah s.w.t. sendiri telah menunjukkan hasil-hasil eksperimen kesan masa sebagai 'variable' terhadap hati manusia.
"Dan (ingatlah), ketika Kami berjanji kepada Musa (memberikan Taurat, sesudah) empat puluh malam, lalu kamu menjadikan anak lembu (sembahanmu) sepeninggalannya dan kamu adalah orang-orang yang zalim". (2:52)
Kesan dari 'variable' masa terhadap hati -- pengasingan nabi Musa a.s. selama 40 hari dari kaumnya, menjadikan kaumnya lalai tanpa peringatan selama 40 hari dan akhirnya mengakibatkan hati mereka kufur -- tunduk menyembah seekor patung lembu.
Yang paling menarik adalah, di dalam al-Qur'an terdapat satu ayat di mana Allah menerangkan secara 'explicit' bahawa masa yang panjang itu mengeraskan hati.
"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq." (57:16)
Semoga Allah menjadikan diri kita tidak termasuk dalam golongan tersebut. Allahumma ameen.
Allahu a'lam.
-- 'Ibaad ar-Rahmaan
No comments:
Post a Comment