Thursday, July 17, 2003

Ijlis bina nukmin saa'ah

Kadang2 kita bercakap sesama kita tanpa menyedari perkataan kita keras,pahit,kasar dan tanpa disedari mengguris perasaan ikh ukht kita.

Kadang2 bila kita merasakan usaha yang kita lakukan adalah yang paling bagus dalam melaksanakan tugas2 dakwah, malah menganggap kita orang penting dalamjalan ini.

Kadang2 kita merasa pendapat kita sahaja yang mesti diikuti walaupun di dalam satu mesyuarat yang melaksanakan konsep syura.Jika sebaliknya,kitaakan marah dan kecewa.

Kadang2 kita sering mempertikaikan komitmen orang lain walhal kita sendiri mementingkan diri, harta dan keluarga melebihi Allah dan Rasul.

Kadang2 kita menyeru kepada Islam yang syumul namun unsur2 jahiliyyah masih lagi dapat diterima oleh jiwa kita, disenangi kehadirannya dalam kehidupan kita dan keluarga kita.

Kadang2 kita sering melupakan nasib keluarga kita, "sudahkah mereka aku bawa kepada jalan yang sebenar?"

Kadang2 kita juga tidak mudah memaafkan saudara kita,tidak memulakan untuk mengalah dan menyimpan perasaan yang tidak sudah2 terhadap saudara kita.

Kadang2 kita jarang membincangkan soal2 tazkiyyah dengan sahabat kita, malahlebih banyak membincangkan soal2 harta yang kita miliki.

Wallahualam.

sesungguhnya jari yang menulis ini lebih banyak merasa........

..:: dari Karisma mailing list ::..

No comments: